4.3.2017
Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat Angah Azi dan Kak Sab diatas pernikahan anak kedua mereka, Emma dengan jejaka pilihan hatinya, Aliff.
Pernikahan dijadualkan berlangsung pada 9.30 pagi di surau berhampiran di Danau Kota.
Tiba tepat 8 am di rumah Angah Azie, sebelum Sham ke klas di UUM, KL. Cantik Emma yang sedang disolek dan diandam jurumekap.
Tiba di surau, Alang, Nora dan Aida sedang bersarapan. Pihak lelaki pun dah tiba sejak 9 am lagi. Nazri, Hafiz dan Along tiba tidak lama kemudian
Dengan sekali lafaz, Emma menjadi halal bagi Aliff, alhamdulillah..
Jam 10.55 bergegas ke dewan kerana tetamu jemputan bermula 11 am. Allahuakbar..
Meja dikaunter kosong menandakan belum ada sebarang persiapan, bunga telur atau goodies. Jam menunjukkan 11.10 minit dan tetamu sudah mula hadir. Disinilah indahnya silaturahim dan bidan terjun...walaupun tiada briefing yang dibuat..he he
Walaupun ada juga yang tidak berani nak memulakan, keputusan harus dibuat segera. Semua bekerja dengan pantas mengeluarkan barang2 dari bilik Vip dan menyusunnya di atas meja walau masih samar-samar dengan agihan hadiah. Alhamdulillah semuanya lancar...
Selamat Pengantin baru Emma n Aliff.
Semoga dengan penyatuan ini akan menghasilkan generasi yang soleh dan berilmu. Moga kehidupan baru kalian sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang yang berkekalan oleh Allah swt.
Perkahwinan bukanlah suatu pengakhiran indah sebuah percintaan tetapi merupakan suatu perjalanan yang baru bermula yang penuh dengan rasa tanggungjawab, toleransi dan tahap kesabaran yang tinggi!! Bukan seperti yang selalu kita bayangkan yang terdapat dalam novel-novel dan drama swasta di tv...
Jom kita nikmati gambar-gambar di bawah :