Wednesday, October 12, 2016

Indahnya Ukhwah & Erat Silaturrahim..

12 Oktober 2016

Hampir 2 pm baru tiba di Segamat Rel, Shah Alam untuk berjumpa En suami. Sekilas pandang, sepasang mata yang bersinar, dek genangan air mata..tanda perpisahan yang bakal berlaku. Turut tersentuh dan sebak dengan situasi yang tidak dijangka. Kali terakhir berjumpa adalah sebelum Ramadhan yang lepas. Semoga Allah merahmati  pertemuan dan persahabatan ini.

Persahabatan yang terbina lebih 22 tahun yang lampau. Dari zaman single,  suka duka dilalui bersama, malah tarikh perkahwinan juga dalam bulan dan tahun yang sama.

Pernah juga berselisih pendapat dan tidak bertegur sapa dalam tempoh yang agak lama, semoga ianya menjadi satu teladan dan sempadan kehidupan.

Yang paling indah tentulah peluang bersama-sama mengerjakan umrah pada Februari 2015 yang lepas. Kenangan yang tak.mungkin pudar hingga akhir zaman. Walau tidak sentiasa bersama di sana memandangkan suami masing2 dan ahli keluarganya turut serta, tetapi  sempat juga  berpeluang bersama, bersembang, berkongsi ilmu dan rasa..

Beberapa kali pernah menulis tentang beliau tetapi entah kenapa tidak pernah disiarkan. Diantaranya yang dicedok semula dr penulisan yang terdahulu :

Appointment setiap Rabu dgn sahabat lama, zura berjalan seperti yang dijadualkan. alhamdulillah..berseri-seri rupa orang yang baru balik dari umrah ni..

Berkesempatan menimba sedikit ilmu bersama-sama...syukur sangat rasanya atas kurniaan Allah. Moga Allah permudahkan dan diberi kekuatan untuk meneruskan pencarian yang tak akan pernah habis.

Kata Ustaz Kariman hidayah itu terbahagi kepada 4. Hidayah taufikiyah merupakan yang paling dicari oleh semua.. bertuahlah sesiapa yang mendapatnya. Semua tidak akan dapat secara percuma....kita yang harus berusaha untuk memprakttikkannya, paksa diri dan akhirnya terbiasa dan akan merindu jika meninggalkannya.

Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan untuk terus mencari, mengamal dan mempraktikkannya. juga agar segalanya dipermudahkan...agar dapat merasai manisnya buah keimanan itu, agar mati dalam husnul khotimah ...

Dan pada blog yang lainnya :

Berjumpa lagi selepas seminggu kemudian. Alhamdulillah...
kali ini dibekalkan pula oleh Mak cik Jameah hasil kebun di belakang rumah..alhamdulillah..setandan pisang dan nangka masak yang memang menjadi fevret anak2...Allah aje yang dapat membalas baik budi beliau..

Betapa indahnya persahabatan yang ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan

Masa turut merubah perwatakan seseorang. Walau pernah berubah tanpa disedari oleh arus kehidupan, nilai murni yang bersisa ternyata turut mengkaburi segala salah dan silap yang ada.

Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat Allah, dan sisa-sisa kehidupan ini cuba kita isi dengan sebaik-baiknya walau masa yang ada di hujung jari cuma. Moga hijrah ini menjadi 1 asbab ke jannah dan terus kekal istiqomah..

"Jangan lupa doakan aku dalam setiap doa ko.....Zuraini Kamaruzaman!"

Sempat bergambar sebaik keluar dari Raudhah, Masjid Nabawi, Madinah Al Munawarah...Alhamdulillah..
Bilalah bumbung ni nak terbuka...sambil ngaji, baca yasin..dok tgk2 gak kalau bumbung terbuka..he he

No comments:

Post a Comment