Thursday, October 27, 2016

Fadhilat dan khasiat Surah Ad Dukhan

FADHILAT DAN KHASIAT SURAH AD DUKHAN


ِ بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 Surah Ad-Dukhan (bahasa Arab:الدخان) adalah surah ke 44 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah‘makkiyah’ yang terdiri atas 59 ayat. Dinamakan Ad-Dukhan kerana kata Ad-Dukhan yang terdapat pada ayat 10 yang bererti ‘Kabut, Jerubu atau Asap’.

Ia mengandungi amaran Allah SWT terhadap kaum kafir musyrik yang menetang Nabi Muhammad SAW bahawa mereka akan ditimpakan azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang menyebabkan kebuluranyang amat dashyat.

.

Menurut riwayat Bukhari secara ringkas dapat diterangkan sebagai berikut:

Orang-orang kafir Mekkah telah melampaui batas dalam penentangan dan menghalangi agama Islam,  dengan menyakiti dan mendurhakai Nabi Muhammad SAW, kerana itu Nabi SAW berdoa kepada Allah SWT agar diturunkan azab. Sebagaimana Doa Nabi Yusuf a.s. dikabulkan Allah ke atas orang-orang yang derhaka kepada Baginda a.s. dengan musim kemarau yang panjang, sehinggakan orang-orang kafir memakan tulang dan bangkai kerana kelaparan.

Mereka selalu menengadah ke langit mengharap pertolongan Allah SWT, tetapi tidak satupun yang mereka lihat kecuali kabut jerubu yang menutupi pandangan mereka.

Akhirnya mereka datang kepada Nabi, agar Nabi memohon kepada Allah supaya hujan diturunkan. Setelah Allah SWT mengabulkan doa Nabi dan hujan diturunkan, mereka kembali kafir seperti asal, kerana itu Allah menyatakan bahawa mereka nanti akan diazab dengan azab yang pedih.

.

Menurut tafsir Ahmad Sonhadji, surah ini diturunkan di Makkah selepas turunnya surah az-Zukhruf, Ad-Dukhan ertinya asap. Dinamakan surah ini Ad-Dukhan kerana Allah menjadikan asap tebal seperti kabus hitam yang menutupi langit menyebabkan cuaca gelap bagi menakutkan atau memberi peringatan kepada yang tidak mahu percaya kepada hari kiamat dan pembalasan; sebagaimana yang Allah nyatakan dalamayat 10 dalam surah ini;

.

Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat). (Ad-Dukhan; Ayat:10)

.

.

SURAH  AD-DUKHAN  DAN  TERJEMAHANNYA

بسم الله الرحمن الرحيم

Haa, Miim. (1) Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran. (2) Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). (3) (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). (4) Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul. (5) (Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya). (6) Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu). (7) Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dia lah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dia lah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu. (8)(Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara ugama.(9) Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat), (10) Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: “Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan”. (11) (Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!”. (12) Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)! (13) Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): “Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila!” (14)Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar). (15) (Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya). (16) Dan demi Sesungguhnya! Sebelum mereka, Kami telah menguji kaum Firaun, dan merekapun telah didatangi oleh seorang Rasul (Nabi Musa) Yang mulia, – (17) (Yang memberitahu kepada mereka dengan katanya): Berikanlah kepadaku wahai hamba-hamba Allah (apa-apa yang menandakan kamu menerima kerasulanku); sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, yang diutuskan kepada kamu. (18)

.

.

“Dan janganlah kamu berlaku sombong takbur terhadap Allah; sesungguhnya aku ada membawa kepada kamu mukjizat yang jelas nyata. (19) “Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.(20) “Dan sekiranya kamu tidak juga mahu berimankan kerasulanku, maka putuskanlah perhubungan kamu denganku (janganlah mengganggu daku).” (21) (Setelah Nabi Musa berputus asa daripada iman mereka), maka ia pun merayu kepada Tuhannya lalu berkata: “Sesungguhnya orang-orang ini adalah kaum yang berdosa, (yang telah sebati dengan kekufurannya, dan berhaklah mereka menerima balasan yang seburuk-buruknya)”. (22) Lalu (diperintahkan kepadanya): “Bawalah hamba-hambaku (pengikut-pengikutmu) keluar pada waktu malam, kerana sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan orang-orangnya). (23) “Dan tinggalkanlah laut itu dalam keadaan tenang – terbelah, kerana sesungguhnya mereka (yang mengejarmu itu) ialah tentera yang akan ditenggelamkan (sehingga binasa)”. (24) Banyak sungguh kebun-kebun dan matair, mereka tinggalkan, (25) Dan juga berbagai jenis tanaman serta tempat-tempat kediaman yang indah – mulia, (26)Dan juga kemewahan hidup, yang mereka sekian lama menikmatinya. (27) Demikianlah keadaannya (hukum Kami ke atas orang-orang yang derhaka); dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan orang-orangnya: milik kaum yang lain (kaum Bani Israil). (28) Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi. (29) Dan demi sesungguhnya! Kami telah selamatkan kaum Bani Israil, dari azab yang menghina, – (30) Dari penindasan Firaun, sesungguhnya ia adalah seorang yang sombong takbur lagi terbilang dari orang-orang yang melampaui batas (dalam keganasan dan kekejamannya). (31) Dan demi sesungguhnya! Kami telah memilih mereka dengan berdasarkan pengetahuan (Kami) – menjadi lebih pangkatnya dari penduduk dunia (pada zaman itu), (32)Dan Kami berikan kepada mereka (melalui Nabi Musa) berbagai mukjizat yang mengandungi ujian yang jelas nyata (untuk melahirkan sikap mereka). (33) (Berbalik kepada kisah kaum musyrik penduduk Makkah, Allah berfirman): “Sesungguhnya mereka ini akan berkata (kepadamu – wahai Muhammad dan kepada pengikut-pengikutmu): (34) “Mati, hanyalah mati kita yang pertama (di dunia), dan kita tidak sekali-kali akan dibangkitkan hidup lagi (sesudah itu); (35) “(Jika tidak) maka bawakanlah datuk nenek kami (yang telah mati) kalau betul kamu orang-orang yang benar!” (36) (Mengapa mereka masih berdegil dalam kekufurannya?) Adakah mereka yang lebih kekuatan dan kehandalannya atau kaum “Tubba'” dan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu semuanya Kami telah binasakan, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berdosa. (37) Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main; (38) Tidaklah Kami menciptakan keduanya (serta segala yang ada di antaranya) melainkan kerana menzahirkan perkara-perkara yang benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).(39)

.

.

Sesungguhnya hari pemutusan hukum untuk memberi balasan, ialah masa untuk mereka semua berhimpun, –(40) Iaitu hari seseorang kerabat atau sahabat karib tidak dapat memberikan sebarang perlindungan kepada seseorang kerabat atau sahabat karibnya, dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan (untuk menghapuskan azab itu), (41) Kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (42) (Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum, – (43) (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka). (44)(Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, – (45) Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya. (46) (Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): “Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka. (47) “Kemudian curahkanlah di atas kepalanya – azab seksa – dari air panas yang menggelegak”. (48) (Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): “Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu)” (49)(Kemudian dikatakan kepada ahli neraka umumnya): “Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya!” (50) Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa. – (51) Ia itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya, (52)Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing). (53) Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. (54)Mereka meminta – di dalam Syurga itu – tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa. (55) Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu; dan Allah selamatkan mereka dari azab neraka; (56) (Mereka diberikan semuanya itu) sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu (wahai Muhammad); yang demikian itulah kemenangan yang besar. (57) Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya mereka (yang memahaminya) beringat dan insaf (untuk beriman dan mematuhinya). (58) (Kiranya mereka tidak berbuat demikian) maka tunggulah (wahai Muhammad akan kesudahan mereka), sesungguhnya mereka juga menunggu (akan kesudahanmu). (59)

.
.

Suasana Alam Akhirat

Suasana alam akhirat telah digambarkan seperti dalamayat 40 hingga ayat 59 daripada surah Ad-Dukhan di atas. Terjemahan ayat tersebut dengan sendirinya sudah memberikan gambaran kepada kita apa yang akan berlaku di akhirat nanti. Betapa gerunnya kita dengan bekalan yang tidak seberapa dan sewajarnya dijadikan pemangkin dalam beribadat kepada-Nya.

Kelebihan Dan Fadhilat Surah Ad-Dukhan

Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyatakan fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Ad Dukhan ini, diantaranya:

1.  Dari Khalil bahawa Rasulullah SAW bersabda:  “Di dalam Al Quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan Haa Miim, akan datang di depan setiap pintu neraka jahanamdan memohon kepada Allah SWT dengan katanya; “Ya Allah! Janganlah Dikau masukkan ke dalam neraka ini orang yang percaya kepadaku dan membacaku.” (HR: Al Baihaqi).

2.  Daripada Zaid Ibnu Haritsah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada Ibnu Zayyad;“Sesungguhnya aku simpan sesuatu, maka apakah ia?. Maka Nabi SAW simpan baginya surah Ad-Dukhan, maka baginda bersabda dia ialah (Ad-Dukhan) dan bersabda lagi; Pergilah. Masyaallah, kemudian dia pergi”.

3.  Dari Abi Ja’far r.a., beliau berkataRasulullah SAW bersabda: “Orang yang membaca surah Ad-Dukhan dalam solat-solat fardhu dan nafilahnya (sunatnya), maka Allah akan membangkitkannya bersama orang-orang yang mendapatkan penjagaan Allah pada hari Kiamat,menaunginya di bawah Arsy-Nya, menghisabnya denganmudah dan memberi kitab (catatan amal) nya dari sebelahkanannya.” (HR: Abu Hamzah Tsumali)

.

.

Malam Jumaat

1.  Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa membaca “Haa Miim – Ad Dukhan” pada malam Jumaat; maka diberi keampunan baginya”.(HR: Ibnu Katsir).

2.  Dari Umamah pula menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Ad Dukhan pada malam atau hari Jumaat maka Allah akanmembinakan sebuah rumah dalam syurga.” (HR: At Tabrani).

3.  Disebutkan dalam tafsir al-Burhan, dari Nabi SAW bersabda; “Orang yang membacanya (surah ad-Dukhan) pada malam Jumaat, maka akan diampuni dosa-dosanyayang telah lalu.”  Baginda SAW juga bersabda, “Orang yang membaca surah ad-Dukhan pada malam Jumaat akan dimintakan ampun (atas dosa-dosanya) menjelang paginya oleh tujuh puluh ribu Malaikat.”

.

.

Membaca Surat Ad-Dukhan, dimohonkan ampun oleh Malaikat.

1.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca Ad-Dukhan setiap malam, maka tujuh puluh ribu (70.000) malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).

2.  Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah “Haamim – Ad Dukhan” pada waktu malam; maka esoknya 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya“. (HR.Ibnu Katsir)

3.  Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Ad-Dukhan di waktu malam, maka 70.000 malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).

.

.

Khasiat Ayat-Ayat Surah Ad-Dukhan

  1. Mengamalkan membaca keseluruhan surah Ad-Dukhan ini, akan terselamat dari segala gangguan.
  2. Khasiat ayat 1-8          – Membantu membinasakan musuh.
  3. Khasiat ayat 12            – Dijauhkan daripada ditimpa bala.
  4. Khasiat ayat 59   – Dapat membantu memenangi berhujah.

.

Mudah-mudahan kita sentiasa dapat membaca surahAd-Dukhan bersekali dengan Surah Yasin, pada malamJumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar. Surah Ad-Dukhan yang mengandungi 59 ayat ini dikaitkan dengan memohon keampunan dan elokdifahami erti dan maksudnya. Dan istimewanya membaca Surah Ad-Dukhan juga, Malaikat akan memohon ampun untuk  pembacanya.

.

.والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

https://shafiqolbu.wordpress.com/

.

.

Friday, October 14, 2016

10 PERKARA YANG BOLEH MENYELAMATKAN KITA DARI AZAB API NERAKA

10 PERKARA YANG BOLEH MENYELAMATKAN KITA DARI AZAB API NERAKA

1.  Taubat

2.  istighfar

3.  Melakukan kebaikan

4.  Doa drp org beriman

5.  Ujian di dunia

6.  Azab di kubur

7.  Kepayahan di akhirat

8.  Kebaikan dr yg hidup kepada yg telah mati (contoh : doa anak yg soleh)

9.  Syafaat nabi saw

10  Rahmat dan kasih sayang Allah

HURAIAN SEPERTI DI BAWAH :

Antara sebab kewujudan kita di atas muka dunia ini adalah untuk menyelamatkan diri kita dari azab neraka Jahannam. Allah merakamkan di dalam al-Quran,

ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ

“Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.” (4:185)

Kejayaan sebenar adalah selamat dari seksa neraka, dan mendapat ganjaran terbesar, iaitu memasuki syurga.

Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullahu taala telah menyenaraikan 10 perkara atau cara supaya terhindarnya kita dari azab yang maha pedih; azab jahannam.

TAUBAT

Taubat bermaksud kembali kepada Allah. Ia adalah merupakan tindakan hati. Taubat adalah sebuah psychological state; perasaan ingin kembali kepada Pencipta, Rabb. Rasulullah saw pernah mengatakan, “الندم التوبة” yang bermaksud, “rasa bersalah itu taubat”.

Oleh kerana dosa menjauhkan kita dari Allah, meletakkan pembatas antara kita dan Allah, maka taubat mengembalikan kita semula kepada Allah setelah melakukan dosa.

Taubat adalah merupakan cara paling berkesan untuk menghapuskan dosa-dosa kita. Tidak ada cara lain yang lebih hebat dari taubat. Tidak ada dosa yang tidak akan diampunkan melalui taubat.

ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا

“kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa” (39:53)

Apa yang membuat taubat ini lebih lebih hebat ialah penerimaan taubat itu dijamin keatas mereka yang bertaubat dengan ikhlas. Tidak ada sesuatu pun yang boleh menjadi penghalang antara pendosa dan rahmat Allah.

Bahkan, sebahagian ulama’ telah menyebutkan bahawa konsep taubat ini adalah antara hikmah mengapa Allah menciptakan kita.

Apabila malaikat mempersoalkan “ya Allah mengapa Engkau menciptakan manusia sedangkan mereka ini selalu menumpahkan darah, saling bermusuhan, berperang? Sedangkan kami- para malaikat tidak melakukan dosa. Kami sering mengingatimu tanpa lelah, sentiasa taat dan patuh kepadaMu.”

Allah pun menjawab “Aku lebih tahu apa yang kalian tidak tahu.”

Di sinilah sebahagian mufassirun memberi komentar bahawa sebab Allah menciptakan manusia adalah agar Dia dapat memanifestasikan, memperlihatkan rahmat dan cintaNya kepada hamba-hamba yang selalu berdosa.

Subhanallah ikhwati fillah.

Sepertinya Allah mengatakan,
“Supaya mereka tahu betapa aku ini Maha Pengasih, Maha Pengampun, Maha Penyayang, maka apakah tidak ada dari hamba-hambaku yang mahu bertaubat?”

Nabi saw juga ada menyebutkan, “orang yang melakukan taubat itu seperti tidak pernah melakukan apa-apa dosa” (HR. Ibn Majah)

Lalu, apakah yang menghalang kita daripada mahu bertaubat?

ISTIGHFAR

Apabila kita mengatakan bahawa taubat ialah tindakan hati, maka istighfar pula ialah tindakan lidah kita. Taubat yang dilisankan. taubat dan istighfar; kedua-dua adalah hal berbeza, tapi saling memerlukan. Istighfar adalah salah satu cara melahirkan rasa taubat.

Nabi saw bersabda,

وَاللَّهِ إِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِى الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

“Demi Allah. Sungguh aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali.” (HR. Bukhari)

Jika nabi saw sering bertaubat dan beristighfar, bagaimana dengan anda dan saya?

Dalam sebuah hadith riwayat Bukhari diceritakan tentang seorang hamba yang berbuat dosa kemudian berkata,

يَا رَبِّ إِنِّى أَذْنَبْتُ ذَنْبًا فَاغْفِرْ لِى

“Ya Allah aku telah berdosa, ampunilah aku”

Maka Allah berfirman,

عَلِمَ عَبْدِى أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ

“Hambaku mengetahui bahawa dia memiliki Rabb yang mengampuni dosa”

Maka dia pun diampunkan. Dan berulang-ulang kali hal yang sama terjadi. Dia berulang kali melakukan dosa, dan Allah tidhak letinh mengampunkan dosa-dosanya. Allah tidak menyukai dosa, tetapi Allah mencintai pendosa yang bertaubat.

MELAKUKAN KEBAIKAN

Berbuat kebaikan akan menghapuskan dosa-dosa. Dalam sebuah hadith nabi saw diceritakan bahawa seorang lelaki telah mencium seorang wanita ajnabi lalu bertemu dengan Nabi saw dan berkata, “Ya Rasulullah aku telah melakukan sekian dan sekian apakah aku akan diampunkan?” Rasulullah saw mendiamkan diri. Apalagi tidak ada sebarang hukuman dalam syarak terhadap perkara tersebut. Kemudian datangnya waktu solat dan mereka solat. Selepas solat, Nabi saw memanggil si fulan dan berkata, “Bukankah engkau telah hadir ke masjid dan solat bersama kami?” “Ya” jawabnya. Lalu kata nabi, ” ان الحسنات يذهبن السيات” “Sesungguhkan kebaikan menghapuskan kejahatan”.

Setiap sedeqah, setiap wudhu’, setiap solat, setiap senyuman, setiap tenaga yang disumbang, apa-apa sahaja kebaikan akan menghapuskan sebahagian dari dosa-dosa.

Doa daripada orang-orang beriman kepada kita
Mendoakan orang lain agar diampunkan adalah perintah dan anjuran Allah. Doa mampu menghapuskan dosa-dosa.

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”. (59:10)

Kita mengharapkan, agar setelah kita pergi, sebahagian doa-doa dari orang muslim itu sampai kepada kita, apatah lagi doa-doa yang menyebut nama kita secara khusus. Doakanlah orang lain, semoga kita juga didoakan.

“كما تدين تدان”

Sebagaimana kita mendoakan, kita juga didoakan.

UJIAN DI DUNIA

Atas rahmat dari Allah, setiap kesakitan, sama ada secara fizikal atau emosi yang menimpa akan menghapuskan dosa-dosa.

“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”.
(HR. Bukhari)

Tiada manusia yang sukakan kepayahan dan kesakitan. Akan tetapi seorang mukmin bila diuji, sebahagian kecil dari dirinya akan menyedari dan menerimanya dengan lapang dada kerana menyedari bahawa Allah sedang mengampuni dosa-dosanya, dan mengharapkan agar apabila di mahsyar kelak, dosa-dosanya semuanya terhapus.

Azab di kubur
Azab seksa di kubur adalah perkara yang tidak kita mahu lalui. Akan tetapi, berbanding dengan azab neraka, azab di kubur lebih baik kerana ia mampu memadamkan dosa-dosa kita.

Akan ada sebahagian dari kita, naudzubillahi min dzalik, melakukan dosa-dosa besar dan akan diseksa di neraka jahannam. Namun, atas rahmatNya, Allah menjadikan azab kubur sebagai kaffarah.

KEPAYAHAN DI HARI AKHIRAT

Hari akhirat adalah merupakan hari kesusahan bagi kebanyakan manusia. Ia adalah hari yang amat panas, kecuali bagi mereka yang mendapat naungan dari Allah. Kiamat adalah hari di mana manusia akan kehausan, kecuali mereka yang Allah izinkan untuk minum dari perigi Haud. Untuk ramai manusia hisab terlalu menggugah kekuatan, titian sirat amat payah dilalui, kecuali mereka yang diberikan kemudahan oleh Allah. Sebahagian ini akan menjadi kaffarah untuk kita dari ditimpa azab jahannam.

Kebaikan dari orang hidup kepada yang telah mati
Doa dari seorang anak yatim yang pernah kita berbuat baik padanya, membesar lalu teringat pada kita dan mendoakan kita, masyarakat yang mendoakan kita kerana ilmu kita memberi manfaat kepada mereka, ini semua mampu menyelamatkan kita dari azab neraka.

Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadith yang masyhur,

عَنْ اَبي هُـرَيْـرَةَ رَضِـَي اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذاَ ماَتَ ابْنُ اٰدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّمِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ اَوْعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ اَوْوَلَدٍصَا لِحٍ يَدْعُوْلَه. رَوَهُ مُسْلِمْ

“Dari Abi Hurairah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW.bersabda; Apabila anak Adam telah meningal dunia terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara, yaitu sedekah jariyah ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan kedua orang tuanya,”(HR Muslim)

Menyedari hal ini, menjadi keperluan bagi kita untuk memaksimakan manfaat kita semasa di dunia, planting the best of seeds, and as many as we could, agar selepas kita mati, mereka akan ingat pada kita dan mendoakan kita. Menjadi insan yang paling baik, yang paling pemurah, yang paling ringan tangan. Tidaklah kita tahu kebaikan mana yang akan membantu kita pada hari akhirat.

SYAFAAT NABI SAW

Syafaat nabi mampu menyelamatkan kita dari azab neraka. Berdoalah sebagaimana doa kita selepas azan,

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدَاً الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامَاً مَحْمُودَاً الَّذِي وَعَدْتَهُ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ

‘Maqam mahmudaa’ itu adalah maqam syafaat. Semoga Allah menerima kita dari mereka yang mendapat syafaat nabi saw di hari akhirat.

Rahmat dan kasih sayang Allah kepada sesiapa sahaja yang dia mahukan
Ini adalah yang terakhir, jauh sekali dari yang paling tidak penting.

RAHMAT ALLAH

Hakikatnya, akhirat kelak akan ada terlalu ramai manusia yang layak untuk dicampak ke neraka jahannam. Akan tetapi,

ۚ وَرَحْمَتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ

“…dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu…” (7:156)

Terlalu besar rahmat Allah. Dalam sebuah hadith nabi menceritakan bahawa Allah mempunyai 100 bahagian rahmat, dan 1 diletakkan di atas dunia. Dengan 1 rahmat itu, haiwan mengasihi anaknya, seorang ibu menyayangi keluarganya, pemuda berbuat baik kepada yang tua. Dari awal penciptaan sehingga hari kiamat. Segalanya. Semua atas satu rahmat ini.

99 lagi bahagian rahmat yang lain Allah memperuntukkan untuk hari akhirat. Begitulah sifat Ar-Rahman Allah kepada manusia, sekalipun kepada yang tidak layak.

Apapun, hal ini tiada jaminan dan kita harus berusaha mendapatkannya.

Kita semua pendosa, dan dosa itu pahit

Hakikatnya ikhwati fillah yang dikasihi, dosa tidak melakukan apa-apa kecuali kepedihan di alam ini dan akhirat. Ingkar kepada Allah tidak menenangkan, menjauhkan kita dari Allah.

Melakukan dosa mengeraskan jiwa, hati kita mati. Menarik rezeki-rezeki daripada turun kepada kita. Dosa-dosa juga akhirnya akan membawa kita ke neraka.

Sebelum berfikir tentang bagaimana untuk diampunkan dosa, fikirkan dahulu bagaimana ingin menghindarkan diri darinya. Kemudian barulah kita berfikir tentang cara terampunnya dosa-dosa.

Sama-sama kita berusaha dan berdoa agar pada bulan Ramadhan ini dosa-dosa kita dihapuskan, mendapat pengampunan Allah dan bergraduasi dari bulan Ramadhan dengan jiwa yang bersih.

Ameen, inshaAllah.

Artikel ini di hantar oleh Saudara Adib ‘Afifi bin Abdul Rahim seorang Pelajar Perubatan Universiti Iskandariah, Mesir.
Nota: Diekstrak dan disunting dari khutbah Syeikh Yasir Qadhi, “10 things that saves us from hellfire”

Wednesday, October 12, 2016

Indahnya Ukhwah & Erat Silaturrahim..

12 Oktober 2016

Hampir 2 pm baru tiba di Segamat Rel, Shah Alam untuk berjumpa En suami. Sekilas pandang, sepasang mata yang bersinar, dek genangan air mata..tanda perpisahan yang bakal berlaku. Turut tersentuh dan sebak dengan situasi yang tidak dijangka. Kali terakhir berjumpa adalah sebelum Ramadhan yang lepas. Semoga Allah merahmati  pertemuan dan persahabatan ini.

Persahabatan yang terbina lebih 22 tahun yang lampau. Dari zaman single,  suka duka dilalui bersama, malah tarikh perkahwinan juga dalam bulan dan tahun yang sama.

Pernah juga berselisih pendapat dan tidak bertegur sapa dalam tempoh yang agak lama, semoga ianya menjadi satu teladan dan sempadan kehidupan.

Yang paling indah tentulah peluang bersama-sama mengerjakan umrah pada Februari 2015 yang lepas. Kenangan yang tak.mungkin pudar hingga akhir zaman. Walau tidak sentiasa bersama di sana memandangkan suami masing2 dan ahli keluarganya turut serta, tetapi  sempat juga  berpeluang bersama, bersembang, berkongsi ilmu dan rasa..

Beberapa kali pernah menulis tentang beliau tetapi entah kenapa tidak pernah disiarkan. Diantaranya yang dicedok semula dr penulisan yang terdahulu :

Appointment setiap Rabu dgn sahabat lama, zura berjalan seperti yang dijadualkan. alhamdulillah..berseri-seri rupa orang yang baru balik dari umrah ni..

Berkesempatan menimba sedikit ilmu bersama-sama...syukur sangat rasanya atas kurniaan Allah. Moga Allah permudahkan dan diberi kekuatan untuk meneruskan pencarian yang tak akan pernah habis.

Kata Ustaz Kariman hidayah itu terbahagi kepada 4. Hidayah taufikiyah merupakan yang paling dicari oleh semua.. bertuahlah sesiapa yang mendapatnya. Semua tidak akan dapat secara percuma....kita yang harus berusaha untuk memprakttikkannya, paksa diri dan akhirnya terbiasa dan akan merindu jika meninggalkannya.

Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan untuk terus mencari, mengamal dan mempraktikkannya. juga agar segalanya dipermudahkan...agar dapat merasai manisnya buah keimanan itu, agar mati dalam husnul khotimah ...

Dan pada blog yang lainnya :

Berjumpa lagi selepas seminggu kemudian. Alhamdulillah...
kali ini dibekalkan pula oleh Mak cik Jameah hasil kebun di belakang rumah..alhamdulillah..setandan pisang dan nangka masak yang memang menjadi fevret anak2...Allah aje yang dapat membalas baik budi beliau..

Betapa indahnya persahabatan yang ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan

Masa turut merubah perwatakan seseorang. Walau pernah berubah tanpa disedari oleh arus kehidupan, nilai murni yang bersisa ternyata turut mengkaburi segala salah dan silap yang ada.

Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat Allah, dan sisa-sisa kehidupan ini cuba kita isi dengan sebaik-baiknya walau masa yang ada di hujung jari cuma. Moga hijrah ini menjadi 1 asbab ke jannah dan terus kekal istiqomah..

"Jangan lupa doakan aku dalam setiap doa ko.....Zuraini Kamaruzaman!"

Sempat bergambar sebaik keluar dari Raudhah, Masjid Nabawi, Madinah Al Munawarah...Alhamdulillah..
Bilalah bumbung ni nak terbuka...sambil ngaji, baca yasin..dok tgk2 gak kalau bumbung terbuka..he he

Sunday, October 9, 2016

Aidilfitri 2016 (3)

dan lagi...gambar di sekitar Aidilftri 2016. Sayang jika tak diabadikan di sini momen2 yang amat berharga ini..bak kata Nazri, jika panjang umur berjumpa, berkumpul di Aidilfitri 2017. Bukan mudah untuk mengumpulkan semua ahli keluarga...manis dan indahnya perjumpaan masih terasa hingga kini..alhamdulillah.