Friday, August 8, 2014

Aidilfitri 2014 - Part 2

Pagi itu sempat merebus nasi impit yang dihidang bersama kuah kacang, kuah soto dan rendang. Sham sempat pula memasak bubur durian yang dicicah dengan roti. Plannyer nora & keluarga, Nazri juga Hafiz akan berkunjung. Selepas itu akan ke rumah Aida, azi di setapak, Nazri di Puchong, Along di Rinching dan Nora di Seremban.

Tapi sebenarnya lama sikit di rumah nazri sebab sempat pulak dorang nih mandi swim poolll...he he
Bihun Nazri sedap bangat sampi x cukup bila dah ramai2 ni. Oh ya...Azi n Family pun ikut serta. 











Sementara anak2 mandi, sempat Aida n Kak Sab masak spaghetti...
Sampai Seremban entah dah pukul berapa. Bersembang pula sambil minum kopi..kul 4 am baru nk tido..ish ish

Thursday, August 7, 2014

Aidilfitri 2014 - part 1


Allaahuakbar Allaahuakbar Allahuakbar.....


Gema takbir dipagi Aidilfitri merupakan saat indah yang tak boleh diucapkan dengan kata-kata.
Sarah yang amat excited kerap terjaga di waktu malam bertanya sudah pukul berapa. 4 am baru terlelap dan bangun 6 am untuk mengejut seisi rumah untuk subuh..


Lemang dan nasi impit yang dimakan dengan rendang dan kuah kacang dijamah selepas pulang solat sunat aidilfitri sebelum bertolak ke Pantai Dalam. Alhamdulillah..
Berkumpul dengan seisi keluarga merupakan satu momen yang memang ditunggu... maklumlah bukan senang nak mengumpulkan 10 orang anak2 Abdul Rahman nih dibawah satu bumbung...

Kata Sham..perut sudah kenyang, hati pun senang..jom kita tengok gambar2 di bawah :



Aidilfitri 2014 - pre raya

Suasana Syawal masih dirasai walaupun hampir 2 minggu sudah berlalu. Tiada yang lebih indah bila dapat berkumpul seluruh keluarga meraikan hari kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa, menahan diri dari segala yang dilarang dan beramal, ke arah yang lebih baik. Yang paling seronok tentulah Sarah dan Danish. Alhamdulillah Danish yang berusia 8 tahun berjaya berpuasa penuh walaupun banyak dugaan termasuk rakan2 yang tidak berpuasa di sekolah...

Aidilfitri disambut dengan sederhana. Jumaat itu, Danial balik dijemput ayahnya yang baru tiba di m'sia, pulang dari Bangkok dan vietnam selepas 3 hari berada di sana. Baru lengkap rasanya bila semua dapat berkumpul. Sabtu sempat membeli kasut Sarah..last minute sungguh..kalau tak...pakai selipar buruk le jawabnya..

Ahad, hari mantai...ke pasar tani paya jaras, membeli  ayam untuk dibuat rendang. Petang, rendang dan kuah kacang siap dimasak..Dan sebelah malamnya merebus ketupat segera. Alhamdulilah..projek mengemas dah mula awal lagi..tension Iman n shasha tiap2 minggu kena tolong kemas..bukan calang- calang , hokey..

Yeayyyy! Esok Hari Raya!