Ha, yang ni Cameron Highlands version personal...he he he
Danish & Sarah, berlatarbelakangkan ladang teh
Baru-baru ni berpeluang ke sana bersama keluarga sambil bekerja amat menyeronokkan. Tambahan pula pergi bersama kawan karib @ bos, zura & family...bayangkan selepas lebih 16 tahun, tempat yang pernah kami kunjungi, tetapi kali ini bersama anak2 masing-masing. Nostalgia sungguh...
Kami ditempatkan di Cottage atau Rumah Inggeris (Mardi). Kediaman yang kami duduki ini amat cozy sehingga aku & Zura berangan-angan akan ke sana semula dengan keluarga masing-masing. (Family gathering le konon). 3 bilik tidur & 2 bilik air serta kemudahan kelengkapan peralatan dapur memudahkan chef utama weekend itu Che Shamsul dan assistantnya, Che Zali untuk menyediakan makan malam & makan tengahari untuk seisi keluarga...he he he (memandangkan 2 ibu ni kena bekerja..ha ha ha..)
Hujan renyai-renyai menemani kami sepanjang perjalanan dari Tapah ke Tanah rata. Sampai dalam pukul 3 ++ terus memasuki kediaman yang disediakan & mengikut Sham ke luar mencari bahan-bahan untuk dibuat spaghetti..untuk dinner le..Hujan yang lebat adalah salah satu sebab yang malam itu menjadi sejuk suungguh...dalam 17 darjah celcius..
Malam itu kami sembang tak habis-habis. Dalam pukul 10 mlm, keluar, konon nak minum teh tarik...kalau sampai di sini, rugi kalau tak rasa tehnya...class gitu...
Singgah di apartment Su & Shidah sebentar, nak ajak dorang sekali minum-minum, sambil tu nak hantar le sikit spagethi tu tuk kawan-kawan...he he he. Cuma En Nordin aje yang joint kitorang. x pelah..
Makan time....gambar sebelah kanan, Abang Amirul sibuk bakar roti untuk adik-adik...
Sebelum bertolak sempat Su menarik ke tepi & berpesan "K liza tolong tengok-tengokkan si Nordin tu..kang orang citer lain, dia citer lain..." Sambil ketawa..aku menjawab "kannya A Sham tak biasa, tahulah dia.." he he he
Balik, sempat menemani anak-anak tu menonton cerita melayu arahan Aflin shauki...x ingat lak tajuknya. Pukul 2.00 am kitorang naik ke atas. Dan pening pulak memikirkan masalah yang satu tu.. Sebenarnya bilik yang kududuki itu itu kiranya berada diluar. Pintu utama yang menghubungkan bilikku ke bahagian2 yang lain dibahagian atas mesti dikunci, dikhuatiri dimasuki orang. Tapi jika dikunci pula, amatlah dibimbangkan penghuni 2 bilik (1 bilik Zura & 1 lagi bilik anak-anakku) tidak terjaga awal ataupun terlajak tidur memandangkan agenda kami keesokannya bermula 8.30 am dan kami harus bersiap dalam pukul 7 am untuk bersarapan dahulu. Bayangkan berebut-rebut nak bersiap, solat, menyediakan breakfast dan sbgnya. Last-last aku pun berkata " x palah, suma orang kunci pintu, biar pintu kat tgh tu tak berkunci..sbb pagi-pagi esok seperti biasa tugas utamaku mengejut seisi rumah...
After more than 16 years...alhamdulillah...
Nak dijadikan cerita, esok seawal 5 am dah jaga..dalam pukul 6.15 am sebaik buka pintu terkejut sebab Shasha berada betul2 depan pintu nak kejutlah konon...rupa-rupanya, dia tak boleh tidur, asyik terjaga sebab takut terlewat...he he he
8.30 am mengikuti rombongan peserta melawat sekitar MARDI. semua ada di situ termasuk ladang teh! Malah teh Mardi turut dijual di Mart yang terdapat disitu. Strawberry apatah lagi..Danish seronok sungguh berjalan dengan "Auntie Juya"nya...he he he.
Petang, kami balik dengan perasaan yang berbunga-bunga ( maklumlah..kan kat situ banyak bunga). Bila lagi boleh ke sana ya...
No comments:
Post a Comment