7 Januari 2017
Berpagi-pagian. Usai menghantar kancil ke bengkel terus ke Pantai Dalam menjenguk orang tua. Alhamdulillah sihat keduanya. Lunch dengan asam pedas dan kari hati Pak Kasim yang dibeli sebelum tiba. Iman memasak nasi dan mak pula menambah lauk dengan mendadar telur dan menggoreng ikan masin.
Sembang panjang dengan mak n ila sambil melayani keletah Si Amnan. 2.30 pm ke rumah Along di Rinching. Niat di hati nak menjengah A isa, suami Along yg sakit kerana tekanan darah tinggi.
Tiba, rumah bermangga pula..cuba lagi menghubunginya beberapa kali ..akhirnya dapat juga..beliau di Kajang membeli keperluan tadika yang baru dibuka. Ke masjid berhampiran menunaikan zohor sementara Along tiba.
Sempat pula ke Tesco berhampiran membeli barang keperluan sementara menanti.... alhamdulillah...
Tiba, Along sedang sibuk memasak...macam biasa..tak sah klu ke rumahnya tidak merasai air tangannya. Paprik ayam, sambal tumis bilis, tumis sawi dan ikan masin, menu malam tu..amat menyelerakan.
Kata A isa dan Along, tekanan darah tiba2 naik selepas makan kambing bakar di jamuan. tekanan tinggi 220/150 melebihi kadar normal 120/70 kalau x silap. Bergegas ke hospital dan mendapatkan rawatan kecemasan bila beliau x boleh tidur dan badan terasa panas, berpeluh2 seram sejuk dan rasa nk pitam.
Alhamdulillah..cepat bertindak. Masih dlm pengawasan doktor, dibekalkan ubat sebelum pulang. Masih lemah, jalan pun terhoyong-hayang tanpa bantuan walau sudah hampir seminggu berlalu. Semoga Allah kurniakan kesembuhan dengan kadar segera buat A Isa dan moga dikurniakan kesihatan yang baik, juga semua yg terbaik buat mereka sekeluarga dan kita semua...Amiinn...
Singgah pula di Tadika baru Along n Tina di kawasan berhampiran sebelum balik. Alhamdulillah..semoga bertambah maju hendaknya..dimurahkan rezeki sentiasa..Allahuma amin!