Thursday, December 31, 2015

Cuti-cuti Malaysia - Melaka

Asam pedas...apa lagi yang dicari kalau ke  Melaka..

Selain itu banyak terdapat kesan peninggalan sejarah..berbagai muzium yang ada, muzium tentera darat, bahtera, muzium kesultanan melayu, muzium kapal selam dan sebagainya. Terbaru Menara Taming Sari dan cruise yang turut menambah tarikan pelancong unruk berkunjung.

Awal cuti sekolah @ pertengahan November sempat ke Mahkota, Melaka.
Asam pedas kepala ikan merupakan menu utama setiap kali makan. Harganya pun amat berpatutan.

Cendol bakar dan kuih keria antarabangsa merupakan makanan fevret di sini...jika lalu di laluan pantai  Tengkera pasti akan nampak gerai yang pembelinya sanggup beratur panjang dan jalan jadi jam sebab kereta diparkir di bahu jalan..hingga kini masih x dapat merasa cendol bakar kerana x sanggup menunggu begitu lama..

Nikmati gambar2 dibawah :

Saturday, December 12, 2015

Jalan jalan di Port Dickson

"Bestlah mama..lama x jln dgn atam"...
"haah..next time ada rezeki kita jalan lg.." percutian last minute dan tidak dirancang ke Sri Pena, Port Dickson memenuhi kuota perjalanan kami cuti sekolah kali ini.

Iman baru selesai dengan spmnya awal disember. Bang long yang sedang menghadapi final exam 3rd semesternya, break selama 3 hari bermula jumaat dan sambung semula pada Isnin. Jadi Danial akan datang turut serta pada hari Jumaat. Alhamdulillah...

Pagi Khamis singgah ke Pantai Dalam, ambil mak  yang akan turut serta. Last2  si kecil Amnan pun ikut sekali, x sampi hati pula nk tinggalkan dia kt Naza.

Lama dah tak datang ke sini. Baru dibuka semula setelah ditutup selama 8 bulan untuk kerja-kerja renovation.

Anak-anak mandi dari pagi ke petang...naik pun sebab nak makan je...

Alhamdulillah...