Berpeluang beberapa kali ke Ancasa, Port Dickson. Best juga sesekali bertukar angin..
Berkonsepkan apartment dengan segala kemudahan seperti swimming pool, gym, table snooker dan berbagai lagi. Yang menariknya, pada pagi dan petang pengunjung di kolam renang di jemput beramai2 senamrobik dengan tenaga pengajar di tepi kolam berlatarbelakangkan musik yang bersesuaian.
Malam selepas maghrib pula diadakan pertunjukan api di tepi kolam renang. Semua kagum dgn pertunjukan dan pekerja yg mahir.
Lanskap di sekitar amat indah, berkonsepkan bali..
Gambar yang diambil pun nampak cantik..apa lagi..jangan lepaskan peluang..he he