Penerbangan Malaysia Airlines 6.50 pm dan tiba lebih kurang 2 jam kemudian. 7.50 waktu Thai tiba di airport dan terus menaiki bts hingga stesyen Phaya Thai . Berjalan ke hotel, lalu dinner di kedai makan halal berhampiran. Murtabak pisang merupakan makanan favourite sarah n danish sepanjang berada di sana.
Ahad seawal 7.00 am (8 am waktu Malaysia) telah siap menunggu di lobby. En shamnyer telah menempah pakej untuk ke train market dan floating market. Alhamdulillah... pagi tu breakfast roti yang di bawa dari Malaysia dan coffee yang dibeli dari kedai berhampiran.
TRAIN MARKET
Perjalanan memgambil masa lebih kurang 1 1/2 jam ke 2 jam. Tiba, menyusuri sepanjang rel keretapi yang terdapat pelbagai urusniaga, sayur-sayuran, bahan basah seperti makanan laut dan sebagainya. Uniknya train market ini, bila keretapi lalu, mereka akan mengangkat dan mengalihkan segala barang jualan. Selepas keretapi berlalu, barang jualan akan diletakkan semula ditempatnya dan urusniaga diteruskan seperti biasa.
Malangnya, keretapi yang dijangka lalu pada 9.40 am tiba lewat dari jadual. Semua menunggu dengan sabar pada awalnya untuk menikmati saat itu berlalu dengan hampa kerana harus ke tempat lain pula.