Thursday, December 31, 2015

Cuti-cuti Malaysia - Melaka

Asam pedas...apa lagi yang dicari kalau ke  Melaka..

Selain itu banyak terdapat kesan peninggalan sejarah..berbagai muzium yang ada, muzium tentera darat, bahtera, muzium kesultanan melayu, muzium kapal selam dan sebagainya. Terbaru Menara Taming Sari dan cruise yang turut menambah tarikan pelancong unruk berkunjung.

Awal cuti sekolah @ pertengahan November sempat ke Mahkota, Melaka.
Asam pedas kepala ikan merupakan menu utama setiap kali makan. Harganya pun amat berpatutan.

Cendol bakar dan kuih keria antarabangsa merupakan makanan fevret di sini...jika lalu di laluan pantai  Tengkera pasti akan nampak gerai yang pembelinya sanggup beratur panjang dan jalan jadi jam sebab kereta diparkir di bahu jalan..hingga kini masih x dapat merasa cendol bakar kerana x sanggup menunggu begitu lama..

Nikmati gambar2 dibawah :

Saturday, December 12, 2015

Jalan jalan di Port Dickson

"Bestlah mama..lama x jln dgn atam"...
"haah..next time ada rezeki kita jalan lg.." percutian last minute dan tidak dirancang ke Sri Pena, Port Dickson memenuhi kuota perjalanan kami cuti sekolah kali ini.

Iman baru selesai dengan spmnya awal disember. Bang long yang sedang menghadapi final exam 3rd semesternya, break selama 3 hari bermula jumaat dan sambung semula pada Isnin. Jadi Danial akan datang turut serta pada hari Jumaat. Alhamdulillah...

Pagi Khamis singgah ke Pantai Dalam, ambil mak  yang akan turut serta. Last2  si kecil Amnan pun ikut sekali, x sampi hati pula nk tinggalkan dia kt Naza.

Lama dah tak datang ke sini. Baru dibuka semula setelah ditutup selama 8 bulan untuk kerja-kerja renovation.

Anak-anak mandi dari pagi ke petang...naik pun sebab nak makan je...

Alhamdulillah...

Wednesday, November 11, 2015

Ancasa, Port Dickson - 2015

Berpeluang beberapa kali ke Ancasa, Port Dickson. Best juga sesekali bertukar angin..

Berkonsepkan apartment dengan segala kemudahan seperti swimming pool, gym, table snooker dan berbagai lagi. Yang menariknya, pada pagi dan petang pengunjung di kolam renang di jemput beramai2 senamrobik dengan tenaga pengajar di tepi kolam berlatarbelakangkan musik yang bersesuaian.

Malam selepas maghrib pula diadakan pertunjukan  api di tepi kolam renang. Semua kagum dgn pertunjukan dan pekerja yg mahir.

Lanskap di sekitar amat indah, berkonsepkan bali..

Gambar yang diambil pun nampak cantik..apa lagi..jangan lepaskan peluang..he he

Monday, September 7, 2015

Asiatique, Bangkok


Malam, menaiki bts sebelum tiba di stesen  ...x hingat...klu free nnti check balik ya....    

Beratur panjang untuk menaiki boat yang disediakan secara percuma untuk ke seberang. Angin malam menyapa sepoi-sepoi bahasa. Dari kejauhan cahaya lampu kelihatan begitu indah sekali.

Saturday, September 5, 2015

Chang Puak Camp

Singgah di Chang Puak Camp sebelum balik ke hotel.

Di sini dikenakan lebih kurang RM70 jika ingin menaiki gajah.


Sarah dan danish memberi gajah makan, pisang sebakul boleh dibeli dengan harga 11 bht lebihkurang RM10.



Atas permintaan Sham, van menurunkan kami  di MBK Plaza. Cadangnya nak late lunch di Yana Restaurant, makanan halal yang menyajikan makanan Thai. Bertambah Danish dan Sarah makan..mmg lazat makanan yang disediakan...


Wednesday, August 26, 2015

Cinta dirai, kasih & sayang diselami

27 August 2015 - Happy blessed 27@20 yrs anniversary to my dearest bff @ hubby.  Syukur alhamdulillah dengan segala kurnia dan anugerahMu.
Semoga iman dan taqwa terus utuh dan sentiasa bercambah mekar, disulami  kasih sayang yang sentiasa terbaja dengan limpah rahmat dan barokah Allah swt yang tiada sempadan dan batasan.

Dia bukanlah hero Malaya yang berbadan sado yang perlu diagungkan.., masa yang berlalu telah mengubah fizikal serta tingkah laku yang semakin matang. Malah, pernah membuat silap  tanpa terfikir natijahnya yang amat menghiris perasaan. Manusia biasa yang serba serbi kekurangan.

Namun, tanggungjawab yang utama membesarkan anak2, in shaa Allah tidak pernah diabaikan, semampu mungkin walaupun adakalanya kesabaran kian menipis. Dialah yang dipilih oleh yang Esa, memimpin kami menuju ke destinasi yang utama, jannah, in shaa Allah....

Semoga Allah sentiasa permudahkan laluan kami di dunia & akhirat....

Selamat ulangtahun juga buat ibu n ayah mentua, 51 tahun bersama susah senang membesarkan anak-anak yang berbagai ragam. Waktu kesukaran yang ditempuhi dengan penuh kesabaran.

Ucapan dan doa yang sama buat adik-adik ipar, Naza & Ali dan Mamat & Tasha.

Juga buat sahabat karib yang sentiasa dirindui, Zura & Zali yang sama2 berebut tarikh nikah dan bersanding 20 tahun yang lalu...