Sunday, April 13, 2014

Pencarian

Pencarian

Lelaki itu termenung
Mengenang perihal  diri yang semakin menua
Terlihat imej seorang lelaki tua yang sentiasa bersongkok melangkah ke masjid..akukah itu?

Lalu terpancar pula figura seorang lelaki berusia di ambang 50 an yang semakin selesa dengan kehidupan di bumi Allah..
Kekosongan jiwa membuatkannya alpa dengan tanggungjawab terhadap isteri tersayang
Yang selama ini sentiasa bersama susah dan senang..
"Aku tak pernah abaikan keperluan di rumah..segalanya cukup..apa lagi maumu?"

Tidakkah kau sedar tanggungjawabmu bukan sekadar itu
Di mana kamu saat isteri dan anak-anak memerlukanmu
Pulang setelah embun mula menitis
Percuma membazir masa bersembang dengan teman perempuan di alam siber
yang tak tentu asalnya
Apa yang kau cari sebenarnya wahai lelaki?

Tuesday, April 8, 2014

Bandung, Indonesia - part 6

Tempat menarik di Bandung.

18 Januari 2014

9.  Kartika Sari.

Terkenal dengan kelazatan browniesnya. Terdapat berbagai perisa, almond, kismis dll. Harga sekitar Rm15 sebekas. Sempat membeli 4/5 kotak untuk dibawa pulang.
Selain itu, Amanda juga merupakan satu lagi tempat yang setanding dengan Kartika sari.

10.  Pasar Baru.

Tempat yang wajib dilawati. Rugi rasanya tidak dapat ke sana kebih awal lagi. Terdapat banyak barangan yang dijual dengan harga yg murah! Sempat juga membeli beberapa buah beg tangan untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Tapi dah tentu tujuan utama mencari kain lace putih kiriman Along buat pernikahan Tina. Rambang mata dan puas menawar untuk mendapat harga terbaik. Akhirnya dapat juga yang berkenan dihati..alhamdulillah.

Sempat membeli baju renang Sarah n danish yang jumlahnya tak sampai rm30. Kasut sport Nike Sarah yang berharga Rm28, akhirnya jumpa juga yang berkenan dihati..

Agak ralat kerana tidak sempat ke semua tingkat kerana jam 1 harus beredar ke airport. Kain ela yang dicitakan juga tidak sempat dicari...

Berazam..lain kali kalau ke Bandung harus terus ke Pasar Baru. Patutlah melalui research yang dibuat di internet sebelum ke sana..sehari  tidak cukup jika mahu berbelanja...

Walau apapun..sebuah perjalanan yang indah untuk diabadikan bersama keluarga. In shaa Allah akan berkunjung lagi ke sini jika berkesemptan..
Alhamdulillah ..sempat juga menghabiskan story ini walaupun lewat..ish ish..

Salam sejahtera buat semua....