NOSTALGIA BONDA
Suatu waktu dahulu
Rumah teres setingkat itu
Amat riuh dengan penghuni
yang berbagai ragam
Gelak tawa, hiruk pikuk yang
berlanjutan
Namun hati bonda yang patuh
sentiasa terhibur
Dengan gelagat yang pelbagai
Suatu waktu dahulu
Rumah teres setingkat itu
Amat meriah dengan tetamu
yang berkunjung
Saudara mara, handai taulan
yang tercinta
Tidak mengira hari perayaan
atau waktu terluang
Membuatkan hati bonda lapang
dan gembira
Saat indah yang semakin
sering dikenang
Suatu waktu dahulu
Rumah teres setingkat itu
Amat berseri lamannya, indah
dengan bunga dan orkid yang segar
Tika musim berbunga, bauan
melur harum mewangi
Membuatkan hati bonda
semakin sayang dengan hasil tangannya
Membelai setiap hari, tanpa
jemu..
Suatu waktu dahulu
Rumah teres setingkat itu
Akan dipenuhi anak-anak di
hujung minggunya
Yang memang akan ditunggui
saatnya oleh bonda serta suami
tercintanya
Juadah yang pelbagai
dihidangkan demi anak-anak yang tercinta
Hati bonda sebak bila
anak-anak pulang
Kini
Rumah teres setingkat itu
Amat usang kelihatannya,
Tiada lagi gurau senda,
hiruk pikuk
Tiada lagi bunga-bungaan
yang segar dan harum
Tiada jua yang bertandang,
tanpa bonda yang setia..
Semoga Allahyarhamah
ditempatkan di kalangan para solehah
Duhai bonda Azizah tersayang
yang disanjungi..Al-fatihah!