Sunday, October 27, 2013

Rerama dan Mawar Putih Berduri


Kelmarin ,
di waktu itu rerama berterbangan
Mengembangkan pesona kilauan corak dan warna di sayapnya
Di celah tumbuhan dan bunga yang segar mekar mewangi
Lalu hinggap pula menghirup madunya si mawar putih berduri
Subhanallah! Sungguh indah panorama alam ini, segar dengan bau rerumput yang masih basah ditimpa hujan..

Kini,
Baru sebentar kulihat,
Rerama sudah seakan hilang sinar di sayapnya...
Berterbangan perlahan lalu singgah melihat si mawar putih berduri yang semakin gugur kelopaknya..
Namun begitu tetap unggul buat si rerama
Walau lebih banyak mawar yang berbagai warna di sekeliling...
juga pernah terlalai walau seketika....

Esok,
Siapa pun tidak pasti apa yang akan terjadi
Rerama, mawar putih berduri juga kita makhluk Allah di bumi yang luas ini
Semoga penyudahnya yang terbaik dan terindah buat semua...
In shaa Allah semuanya akan baik-baik saja!

Thursday, October 24, 2013

Aidil Adha 2013


Pagi Isnin menguruskan berbagai perkara sementara anak2 bersekolah. Plannyer selepas Maghrib ke Pantai Dalam. Buat pertama kalinya sejak bergelar isteri tidak merendang, memasak untuk raya..janggal sungguh rasanya. Tetapi seronok juga malam raya di rumah opah dan atuk...

Terjaga kala Danial bersiap dan mengejut ayahnya untuk solat subuh di surau yang berada di tingkat bawah. Mujur rumah opah cuma di tingkat 3...

Usai solat subuh dan mandi sunat Aidil Adha, bersarapan nasi beriani yang ditempah khas bersama rendang daging (rendang oleh chef naza). Kali INI x dapat sertai Danial dan ayahnya untuk bersembahyang raya kerana keadaan tidak mengizinkan...

Walau begitu...doa dan syukur tetap dipanjatkan ke hadrat Ilahi agar semuanya beroleh kemenangan dan kejayaan.

Muhasabah dengan diri sendiri dengan segala kejadian dan dugaan yang dilalui . Sedih dengan apa yang terjadi. Rupanya ikatan yang lama terbina tidak menjanjikan apa-apa. Ya Allah, berilah kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi kehidupan sehari-hari, supaya keimanan dan aqidah tidak terpesong dari landasan..

Cermin diri sentiasa kerana kita tidak sentiasa benar,  ada kala tersasar juga...benda yang kecil tak perlu diperbesar dan segala aib tak perlu diungkit dan dihebah serata alam akan kesahihannya. Sebaiknya selidik dulu sebelum membuat kesimpulan...

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya...

Peringatan untuk diri sendiri juga pegangan sehingga kini...jangan sesekali mengeluarkan kata-kata yang tidak elok hatta difitnah oleh seteru yang hasad sekalipun..kelak akan menyesal di kemudian hari...Allah sentiasa bersama orang2 yang benar...

Pulang ke SG Buloh, lewat petang dan sebelah malamnya, selepas Maghrib berkunjung ke rumah Aida....

Al fatihah juga buat ayahanda allahyarham Mansor bin Sabariah dan Allahyarham bonda, semoga sentiasa dilimpahi rahmatnya dan ditempatkan di  kalangan para solehah..amin!!

Wednesday, October 23, 2013

Salam Aidil Adha & Cameron Highlands


Salam Aidil Adha buat semua.

Memandangkan cuti yang bersambung selama 4 hari,  En shamnyer berhajat menggunakan sebaik-baiknya masa yang ada...time quality katanya...maklumlah sering outstation... sesekali cuti panjang harus digunakan sebaiknya.

Asalnya nak ke Penang tapi atas permintaan Iman. Shasha dan Sarah, tiba juga di Cameron Highlands petang Sabtu itu. Lagipun dekat sikit dan isninnya Iman, Shasha dan Danial harus bersekolah pula.

Tiba di Ringlet, hujan renyai2 menyambut kedatangan kami. Menginap di komardi, rumah teres berkonsep inggeris yang mempunyai dua bilik dan 2 bilik air jug a ruang tamu comel untuk kami berkumpul menonton tv..mujur ada astro dan wifi percuma turut disediakan.

Tenang, segar dan amat sejuk dek hujan yang turun...itulah kesimpulannya.

Petang, ke taman berhampiran dan terus dinner di Medan selera berdekatan. Mujur masih ada kedai yang dibuka, maklumlah orang sudah mula bercuti untuk menyambut  Aidil Adha.

Keesokan paginya, sejuk sungguh kerana hujan yang turun, breakfast di gerai di tanah rata. Mujur hujan berhenti sebaik tiba di Mardi..jadi sempat melawat di sekitar...alhamdulillah..

Jemputan dari kakak sepupu sempena meraikan perkahwinan anak lelakinya di Seremban dipenuhi. Mujur suamiku yang outstation ke bangkok dan ho chi Minh city, Vietnam dari Ahad, pulang pada malam jumaat..kalau tak, tak pergilah Kak ton...he he

Asalnya tiada pakatan untuk pergi bersama memandangkan masing-masing ada plan sendiri.

Tapi entah macam mana setengah jalan pakat dengan along yang terlupa event ari tu..sedang makan, alang pula tiba diikuti aida n keluarga. Alhamdulillah...

Terus ke Port Dickson..itupun last minute plan sebenarnya..secara kebetulan ada kekosongan di sri pena..ke situlsh destinasi kami kali ni..
Seronok dan hilang segala stress..mungkin kerana dah lama tak ke sana dan kami benar-benar perlukan break..

Tuesday, October 22, 2013

Bangkok, Thailand - part 5

Tak tahu kenapa mengambil masa yang lama untuk menyudahkan entri sebelum ini. Sibuk barangkali...yang pasti  mood untuk menulis sekarang tidak sama saat keterujaan mengalaminya di kala itu...

Berbalik pada nama yang tiada di dalam senarai...pihak Thai Airways menyarankan kami ke kaunter Malaysia airlines dengan segera memandangkan tiada kekosongan ...
Maka bertukar arah pula dan kerisauan melanda pula bila diberitahu yang kami diletakkan under standby list.  Kekosongan hanya akan diketahui selepas semua penumpang check in. Kami disarankan agar berada di sekitar..niat awal untuk lewat lunch x kesampaian nampaknya. Jika penuh flight seterusnys adalah jam 6 am keesokannya...

Biar betul...anak2 di rumah dan esok perlu sekolah..Ya Allah permudahkanlah segalanya..doaku n suami tidak henti-henti.

Akhirnya penantian berakhir jua. Kami terpaksa duduk berjauhan kerana klas ekonomi cuma tinggal 1 dan sham di business class. Alhamdulillah walaupun terpaksa menambah bayaran sebanyak lebih kurang RM800.

Maka berkejaranlah pula 2 anak remaja ini, berlari2 anak khuatir ketinggalan flight walaupun diberi pas VIP untuk laluan ekspress...jika diimbas semula... subhanallah.. dugaan sungguh..

Alhamdulillah, perjalanan lancar dan selamat tiba ke destinasi.

Setelah dikenang semula, semuanya bermula bila En shamnyer menukar flight pulang dari Sabtu ke Ahad, Malaysia airlines ke Thai airways, melalui agent yang berpusat di USA, kalau tak  silap, melalui internet. Segala confirmation telah disahkan  melalui email. Kesilapan yang terjadi ini amat mendukacitakan...

Semasa entri ini di tulis..( 2 bulan selepas kejadian) ekoran segala komplen yang dibuat, rm800 dipulangkan semula. Tetapi masa,  tenaga dan perasaan kacau bilau yang dilalui tidak dapat ditukar ganti.

Walau bagaimanapun ianya merupakan sebuah perjalanan yang indah dan sukar untuk dilupakan. Happy Anniversary sayang..18@25 tahun...suatu waktu yang bukan sekejap. .. Semoga berkekalan hingga ke jannah..Amin!

Wednesday, October 2, 2013

Bangkok, Thailand - part 4.

Pagi minggu selepas solat subuh, breakfast seawal 6.30 am. Menu seperti biasa, roti n butter dan salad.

Menaiki tren ke Mo Chit yang terletak 3 hentian seterusnya untuk ke Chatuchak Weekend Market.

Punyalah besar pasarnya..rasanya tidak sempat ke semua bahagian kerana, dengan umur yang semakin muda..kaki mula sakit kerana terlalu banyak berjalan dan turun naik tangga menaiki tren...he he

Pasar ni dibahagikan mengikut kategori. Pakaian, hiasan dalaman, makanan, barangan cenderahati dan sebagainya. Sempat membeli Thai silk untuk Aida dan diri sendiri, cardigan biru buat Iman, jam hiasan yang unik buat mak, transformers untuk Danish dan t shirt buat Sarah.

Bergegas pulang ke hotel kerana harus check out pada 2 pm. Selepas check out menyimpan beg ditempat yang disediakan sebelum ke area Platinum untuk mencari sedikit barang lagi dengan menaiki tuk-tuk.

Flight dijadualkan pada 7.10 pm, Thai Airways. Dalam pukul 4.45 pm bergerak ke airport. Terpaksa beratur panjang untuk check in. Tiba masanya, satu masalah pula timbul...nama kitorang tiada dalam senarai penumpang..pulak dah...!!