Monday, February 27, 2012

NASI KANDAR, KANGKUNG SOTONG...UMMPHH!!



Seperti biasa, hotel booked last minute, semuanya last minute. Kali ni gara-gara Che' Shamsulnya yang kena outstation ke Penang baru-baru nih. Hari Khamis baru confirmed, balik, malam kemas baju sebab plannyer esok balik kerja nak terus bertolak. Imanlah yang paling gumbira sebab dah ngidam nak makan nasi kandar Penang..termakbul sudah hajatnya...

Balik kerja Jumaat tu, tiba agak lewat di rumah. Tapi anak-anak semua dah siap menunggu. Selepas mandi & solat Isyak, kami pun bertolak. Singgah dinner dulu di Sg Buloh dan ke rumah Cheah di Sri Damansara. Kali ini Atuk & Opah kesayangan anak-anakku turut serta. Aku yang memang dari siangnya tadi mula rasa tak sedap badan, macam nak demam..sempat menelan sebiji panadol sebelum terlelap.
Danish berlatarbelakangkan pemandangan yang sungguh indah
Sempat solat subuh di masjid kesukaan kami di Seberang Prai sebelum meneruskan perjalanan menaiki feri untuk ke Pulau. Breakfast apa lagi..nasi kandar,lah di Batu Ferringhi. Ibu & bapa mentuaku cuma makan roti canai aje..Dengan budi bicara petugas di kaunter, kami dapat awal check-in..pukul 10.00 am, semua mengambil peluang untuk berehat.



 
Hasil kreativiti Shasha


Shasha & Opah..mama kat bilik tertidur awal lepas makan panadol

so sweet..dibawah lindungan towel Sarah


Atuk & Opah

Shasha & Iman dengan timbunan kulit kerang


 


Danish pun nak bergambar juga, tapi takut terjatuh ke dalam air...he he he


Inilah kuda laut..sempat singgah di akuarium Penang
Dan bunga pun berguguran....



Pagi Isnin itu, Che' Shamsul ke airport untuk mesyuarat seperti yang telah dijadualkan, manakala aku & ibu mentuaku ke kolam renang melihat anak-anak yang sedang mandi-manda. Selepas check-out, kami singgah untuk lunch dulu sebelum bertolak meninggalkan P. Pinang. Dalam perjalanan pulang, menuju ke Pantai Dalam, Sarah sempat meluahkan kata-kata " Ala, rasa tak puaslah jalan dengan Atuk & Opah.." "Ala..tak apalah..nanti ada rezeki, kita jalan lagi.." sahutku. Opah & Atuk turut mengiyakan perbualan pendek tersebut. InsyaAllah..kalau ada rezeki, kita jalan lagi...