Wednesday, July 27, 2016

Menerusi jendela rumah kelihatan anak2 berjalan  ke sekolah, loceng hampir berbunyi menandakan waktu belajar akan bermula.

Berehat sebentar melepas lelah sebelum mula membuat kerja2 yg sepatutnya. Alhamdulillah..tidak lagi terikat dengan waktu pejabat yang sangat  padat dan panjang..yang sentiasa pula diberi task2 baru yang menyesakkan...bila diamanahkan harus pula  cuba melakukan yang terbaik. Berpeluang membuat perkara2 yang tidak dapat dibuat sepanjang 26 tahun bekerja..  alhamdulillah..  sungguh cantik aturanNya yang telah dibuat perjanjian sejak dr loh mahfuz lg..

Alhamdulillah..usai solat subuh, mengaji dan mmbaca yasin, melihat anak2 ke sekolah..hati x henti2 memuji akan kebesaran Allah..semoga terus diberi kekuatan olehNya untuk melakukan yang terdaya, sebanyak mungkin..semoga terus istiqomah dalam mendalami dan mencari ilmu...

Ketiadaan suami tercinta atas urusan kerja di luar daerah selama 3 hari memberi ruang untuk terus bermonolog..
Kejahilan masa lampau yang amat merugikan..astaghfirullah..semoga Allah mengampuni dosa2 ku juga suami, kedua ibubapa dan anak2 ku...kurniakanlah kami syurga tanpa hisabmu..

Kehidupan yang memang tidak boleh lari dari keduniaan cuba diseimbangkan dgn amal ibadat yang di hujung jari cuma..Allahuakbar! Yang kumohon cuma kekusyukan, dan kekuatan dlm menjalani ibadahMu.

Allahu Rabbi..dalam meniti usia yang semakin senja..hati sering berkata2..cuba memperbaiki dan menambah apa yg boleh walau kudrat ternyata tidak sekuat dulu!

Semua orang sibuk dengan kehidupan  seharian yang pelbagai urusannya, walaupun dia hanya seorang pelajar. Masa yang ada cuba digunakan sebaik baiknya bergantung pada keutamaan seseorang, walau ada kala turut tersasar dr yang dirancang. Perubahan rancangan walau sedikit akan memberi impak yang besar tanpa disangka. Perbuatan yang x disengajakan ada kala menghiris perasaan orang lain atas kepentingan diri sendiri...bukanlah satu sikap yang terpuji...

Subuh tadi, tiba2 teringat..

28/7/81 hari yang istimewa..masih terbayang2 lg arwah mak yg sakit nak melahirkan dan terpaksa di hantar dengan ambulan ke Hospital Seremban. (masa tu tinggal di Kuala Pilah).
Alhamdulillah..seorang bayi yang comel lahir. Bayi terpaksa di letak di dlm inkubator kerana lahir tidak cukup bulan, selapas 2.minggu baru dibenarkan pulang.

Mohd Hafizi b Mansor, yang dikasihi semua orang terutama arwah abah , yang menjadi peneman di kala waktu usia emasnya.

Semoga Hafiz sentiasa dirahmati Allah..dipermudahkan urusann, diberi hidayah taufikiyah oleh Allah swt. Semoga hidupnya lebih diberkati, dgn hala tuju yang dipermudahkan Allah sentiasa...semoga semua yg terbaik untuknya dan kita semua...amin!

Friday, June 3, 2016

Happy Birthday!

Khamis, 2/6/16 jam 10 am ke Pantai Dalam, mengambil Mak & Apak dan terus ke Pengkalan Balak, Melaka. Hari ini merupakan hari lahir Apak yg ke 78..alhamdulillah, semoga beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik dan dirahmati Allah. Alhamdulillah juga diberi kesempatan dan peluang oleh Allah swt merai hari yang istimewa ini bersama- sama.

Pari bakar, tomyam dan satay antara menu makan malam hari itu. Menikmati hidangan di tepi laut, dengan angin sepoi2 bahasa..amat menenangkan.

Bersambung pula dgn acara memotong kek di bilik. Sham yang tarikh lahirnya pada 25 May, jadi wajarlah hari yang istimewa ini dikongsi bersama. Alhamdulillah..

Buat 2 insan penting dan istimewa dalam hidupku, salam dan doa di hari lahir yang dilimpahi barakah, rahmat Allah dan  kasih sayang yang tiada bertepi. Segala doa yang terbaik buat mereka berdua. Semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik, umur yg panjang dan barakah, yang penting dikurniakan hidayah taufikiyah dan sentiasa di bawah lindunganNya...Aamiin....

Terima kasih juga buat ibu mentuaku kerana melahirkan suamiku   yang menjadi teman untuk segalanya, di kala susah dan senang...ternasuk teman bergaduh...

Al fatihah buat arwah ibubapaku yang telah tiada, semoga Allah merahmati, mengampuni dosa2 dan mengurniakan syurga tanpa hisab buat kalian berdua...aamiin..



Monday, May 9, 2016

Bangkok..lagi dan lagi... (2)

Dari jendela, tingkat 18, terbukti apa yang diperkatakan..bandar Bangkok Raja segala jam. 

Kali ini tidak ke mana cuma di sekitar bandar sahaja. Ke area Pratanum yang terkenal dengan jualan borong, harus membeli sekurang2 nya 3 helai untuk mendapatkan harga borong. Cuma pilihan agak terhad kerana penduduk di sana gemar memakai seluar pendek@shorts yang berbagai corak. pilihan blousenya juga lebih kepada lengan pendek atau tanpa lengan. Blouse pendek berenda putih amat digemari penduduk tempatan.

Mbk mall, segalanya ada di sini, sempat membeli sehelai 2 t shirt buat buah tangan. 

Setiap pagi akan bersarapan nasi kerabu berhadapan hotel ( Bangkok city Hotel). Harus menaiki jambatan untuk ke seberang. Tak ingat pula nama jalannya. Terdapat masjid dan banyak juga terdapat gerai2 makanan halal yg dijual penduduk setempat. Sedap "nasi kabu" berlaukkan daging goreng kunyit dan telur asin beserta teh o ais yang dijual. Tuan punya kedai fasih telo kelantan di bantu wanita berbangsa Thai yang agak berumur.

Dah beberapa kali ke sini, masih belum berkesempatan, mgkin lain kali berpeluang pula untuk solat di masjid ini...in shaa Allah

Tak sabar rasanya utk pulang selepas 3 hari 2 malam di sini terutama bila teringat si kecil berdua...

gambar tahun lepas semasa berkunjung membawa sarah dan danish...pengalaman pertama kali mereka menaiki tuk tuk..inilah sebabnya tak ingat nama masjid yg diceritakan di atas..he he
di sepanjang jalan berdekatan masjid, kelihatan gerai2 menjual makanan halal.
inilah kedai nasi kabu yang popular..

Saturday, April 23, 2016

Bangkok

Masih terbayang2 lagi lambaian dari Danish dan Sarah kala 6.30 am tadi. Jadual penerbangan ke Bangkok pada pukul 9.50 am, harus berada di Klia 2 jam sebelumnya, mujur jalan tidak jem, maka tiba awal dan tidak perlu terkejar-kejar.

Setibanya di Don Muang Airport jam 12 tgh (11 am waktu bkk) terus menaiki bas yang terletak di hadapan airport ke  Chatucak bts stesen dgn tambang bht     (lebih kurang Rm 3.70 klu x silap)..
Menaiki tren ke Ratchachewi, pengawal berbangsa Thai mengarahkan kami membuka beg untuk diperiksa sebagai langkah keselamatan. Dikhuatiri pengganas dari Filipina atau Indonesia yang membawa barang2 terlarang...aduh..jenuh pulak nak cari kunci buka beg suma..

Tiba di Ratchachewi stesen perlu berjalan lebih kurang 300m  untuk tiba di hotel. Singgah makan dulu di Restoran Fatimah Parone yang menyajikan makanan halal. Sham  makan nasi berlaukkan 3 ekor udang galah dan gulai rebung ikan dan hati ayam goreng kunyit menjadi pilihanku. Memandangkan cuaca yang begitu panas, kami cuma minum ais kosong sahaja. Pulut mangga bersantan turut ditapau untuk dimakan kemudian. Kesemuanya berjumlah 200 bht (pulut mangga 100 bht = RM12.00).

Tiba di hotel kami dibenarkan check in awal..alhamdulillah

Sebelah petang menemani En Suami yang bertemujanji di hotel  Grand Mercure  Bangkok Fortune . Di kala ini sedang menunggu Sham yang masih belum habis dengan meetingnya. Mujur dihidangkan dengan alunan muzik tradisional yang mendamaikan oleh 3 wanita Thai. Habis agak lewat, kami mengambil keputusan balik ke hotel untuk berehat.

Saturday, March 19, 2016

Cuti-cuti Malaysia - Pulau Pinang

Selalunya percutian yang tidak dirancang memang menyeronokkan. Weekand lepas, Sabtu tu bff macam biasa, menghadiri klas di UUM. Ahad ke Pantai Dalam menziarahi orang tua, niatnya nak jenguk mak yang kena cirit birit, di samping apak pun yang x brp sihat. Rupanya mak dan ila ke rumah Cheah di Rawang.

Entah macam mana, tiba2 bff sudah plan dgn Pak Su Mamatnya nak bawa apak ke Penang. Alhamdullilah...selepas siap pack suma, terus ke Sg Buloh..

Sementara mengemas baju, apak n mamat dijamu spagetti chicken ball express dan iman pula sempat membuat teh o jasmine panas...alhamdulillah...
kelam kabut pack baju sbb x nak orang menunggu lama...he he

9 pm bertolak, stop sekejap di R&R untuk solat Isya'. Tiba di jambatan Pulau Pinang  dalam 2.20 am. Singgah makan mi goreng dan roti cicah sup kambing di kedai berhampiran Hotel Continental. Singgah di masjid di Batu Feringghi untuk berehat dan melelapkan mata seketika.

Alhamdulillah pagi tu solat subuh di Masjid terapung. Anak2 dari sekolah tahfiz berhampiran memenuhi masjid dengan berjubah dan berserban putih. Suasana yang amat damai di sekitar masjid kerana dikelilingi laut dan bot2 nelayan yang menambah seri pemandangan.

Breakfast di gerai yang selalu dikunjungi jika ke sana, nasi kandar menjadi pilihan utama. Mamat pula mencuba roti canai dan nasi lemak buat apak.

Memandangkan masa yang masih bersisa, ke Tropical Fruit farm untuk mencari durian. Harus melalui empangan yang besar dan cantik pemandangannya.
Jalannya pula mendaki bukit seperti ke Cameron Highlands.

Malangnya bukan musim durian..x de rezeki...Pak Su membeli buah potong untuk dimakan beramai2 sambil melepas lelah menikmati pemandangan yang indah dari atas bukit.

Singgah pula di Pantai Feringghi, sempat Sarah, Danish n Pak Su mandi laut. Airnya yang sejuk dan nyaman  ditambah pula ombak yg agak kuat..benar2 menggamit untuk kami turut serta...

Akhirnya check in di Sri Sayang yang dibooked thru internet semalamnya. Apartment berkonsep 2 bilik dengan harga yang amat berpatutan. Pemandangan yang amat menakjubkan dari balkoni apartment..subhanallah!

Nasi kandar menjadi makanan fevret sepanjang berada di sana. Walau seronok tetap rasa x cukup corum kerana Danial tidak dapat turut serta..in Shaa Allah, ada rezeki kita jalan lagi..



Saturday, January 23, 2016

Jalan-jalan di bali - (7)

Jam 6 berkumpul, meninggalkan Tanah lot menuju ke airport. Memandangkan tidak berapa jem, sempat singgah di Krisna selama sejam untuk last minute shopping.

Tiba di airport,  sibuk mengemas semula muatan untuk dibawa pulang. Memandangkan trip kali ni tidak sempat nk bershopping sgt, Rp masih berlebihan dan ruangan di dalam beg masih byk yg kosong...

Tidak lama kemudian anak-anak Pak Ali seramai 3 orang tiba membawa sebuah kotak sederhana besar berisi jus alpukat, es buah dan Pempek Palembang.  Kalau x silap cuma jus sahaja yang dibayar oleh Sham..Pempeknya Pak Ali  yang belanja, alhamdulillah...

Cadangan Pak Ali sebelumnya amat dialu-alukan oleh Sham.....jadilah sebagai alas perut.
Terima kasih yang tidak terhingga buat Pak Ali...in shaa Allah..ada rezeki kita jumpa lagi...

Selesai urusan check in...makan beramai2 bekalan Pak Ali di satu sudut di airport.
Entah macam mana, urusan kastam menjadi lewat kerana orang yang terlalu ramai..menunggu Cheah yang ketinggalan di belakang, berkejaran untuk mendapatkan bas ke flight. Kasihan pula mak mentuanya yang turut terkejar..pendek nafas di buatnya... subhanallah...

Mujur semuanya lancar n dipermudahkan.
Sebuah perjalanan yang indah..in shaa Allah ada rezeki kita jalan lagi....


Thursday, January 21, 2016

Jalan-jalan di Bali - Tanah Lot (6)

TANAH  LOT  -  tempat yang wajib dikunjungi jika ke Bali.




Disepanjang jalan ke laut terdapat banyak gerai-gerai yang menjual bermacam2 barangan termasuk lukisan minyak, baju, t shirt, rantai perhiasan, selipar yg dihiasi bunga dan berbagai lagi.

Kadang-kadang gambar saja sudah menyatakan segalanya....
Nikmati gambar-gambar di bawah..