Monday, June 1, 2015

Floating Market, Bangkok



Destinasi berikutnya adalah floating market.     . Sebelum ini pernah ke Amphawa floating market. Sila rujuk Floating Market, Amphawa http://serititisembun.blogspot.com/2014/06/floating-market-amphawa.html


Mungkin pembaca boleh membuat perbandingan sebelum membuat pilihan untuk memilih yang mana satu untuk dilawati. 
Masing-masing ada kelebihannya yang tersendiri.

Sampai sahaja, kami terus dibawa untuk menaiki sampan yang memang telah tersedia untuk dinaiki. Menyusuri sungai sambil window shopping, singgah pula di beberapa kedai dan sampan yang menjual barangan  Tambah excited Sarah bila ayahnya membeli udang galah bakar dari sampan berhampiran dengan harga baht 300 lebih kurang RM31.00

Menikmati udang galah bakar dengan cicah cili yang disediakan memang lazat..di tambah pula makan pulut mangga dicicah santan yang memang terkenal di sini.

Jika diikutkan harga barang-barang di sini lebih mahal berbanding di Amphawa.  Perlu pandai tawar menawar. Sempat membeli satu dua souvenier sebelum bertolak ke Chang Puak Camp.



Pengalaman yang amat manis buat Sarah dan  Danish.






Friday, May 15, 2015

Bangkok city, Thailand.


Alhamdulillah ..... berpeluang ke Bangkok sekali lagi pada 25/4 ke 28/4 mengikut che husband yang bertugas. Kali ini Sarah dan Danish ikut serta.


Penerbangan Malaysia Airlines 6.50 pm dan tiba lebih kurang 2 jam kemudian. 7.50 waktu Thai tiba di airport dan terus menaiki bts hingga stesyen Phaya Thai .  Berjalan ke hotel, lalu dinner di kedai makan halal berhampiran. Murtabak pisang merupakan makanan favourite sarah n danish sepanjang berada di sana.

Ahad seawal 7.00 am (8 am waktu Malaysia) telah siap menunggu di lobby. En shamnyer telah menempah pakej untuk ke train market dan floating market. Alhamdulillah... pagi tu breakfast roti yang di bawa dari Malaysia dan coffee yang dibeli dari kedai berhampiran.

TRAIN MARKET

Perjalanan memgambil masa lebih kurang 1 1/2 jam ke 2 jam. Tiba, menyusuri sepanjang rel keretapi yang terdapat pelbagai urusniaga, sayur-sayuran, bahan basah seperti makanan laut dan sebagainya. Uniknya train market ini, bila keretapi lalu, mereka akan mengangkat dan mengalihkan segala barang jualan. Selepas keretapi berlalu, barang jualan akan diletakkan semula ditempatnya dan urusniaga diteruskan seperti biasa.

Malangnya, keretapi yang dijangka lalu pada 9.40 am tiba lewat dari jadual. Semua menunggu dengan sabar pada awalnya untuk menikmati saat itu berlalu dengan hampa kerana harus ke tempat lain pula.

Tuesday, March 17, 2015

FADHAIL ZAM-ZAM (KELEBIHAN)


1) Air yang terbaik di atas muka bumi dan boleh menyembuhkan penyakit denqgan izin Allah swt.

Nabi saw bersabda :

Maksudnya  " Sebaik-baik air yang ada di mukabumi ialah air zam zam. Di dalamnya terdapat zat makanan (orang yang meminumnya akan berasa kenyang seperti memakan makanan) dan penyembuh daripada penyakit."

2)  Zamzam diberkati dan mengenyangkan peminumnya.

Sabda Rasulullah saw :

Maksudnya, "Sesungguhnya zamzam merupakan air yang diberkati. Sesungguhnya ia mengandungi zat makanan (orang yang memakannya akan berasa kenyang seperti memakan makanan."

3)  Zamzam menyempurnakan hasrat peminumnya. (Dengan izin Allah)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Air zamzam itu untuk sebarang tujuan (niat) orang yang meminumnya (dengan izin Allah.)"

KELEBIHAN AIR ZAMZAM

1)   Air  Merupakan salah satu daripada mata air syurga.

2)   Merupakan kurniaan pertama yang Allah swt bwri hasil doa Nabi Ibrahim as.

3)   Allah swt telah menjadikan air zam-zam yang berkat ini sbg penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya kewujudan Baitullah di bumi teraebut.

4)   Merupakan salah satu tanda -tanda kekuasaan Allah swt di Tanah haram.

5)   Merupakan slah satu drp nikmat yang besar dan manafaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.

6)   Telaga zamzam muncul melalui perantaraan Jibrail as.

7)   Terbit dari kawasan yang paling mulia di atas mukabumi.

8)   Air yang dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah saw beberapa kali.

9)   Bertambah keberkatannya dgn ludahan Rasulullah saw ke dalamnya.

10)  boleh menyembuhkan demam panas.

11)  banyak meminum air zamzam merupakan sebahagian daripada tanda keimanan dan tanda kebebasan drp sifat munafik.

12)  Minuman orang-orang yang mulia.

13)  sebaik-baik hadiah atau buah tangan

14)  tidak akan kering walau ramai yang telah mengambilnya.

15)  Boleh menambah kekuatan (tenaga) tubuh badan.

ADAB MEMINUM AIR ZAMZAM

a)  Menghadap ke arah kiblat.

b)  minum dgn 3 kali nafas, iaitu dgn 3 kali teguk.

c)  baca bismillah setiap kali meminumnya.

d)  memuji Allah dgn menyebut Alhamdulillah pada setiap nafas.

e)  minum dgn tangan kanan. (Syaitan makan dgn tangan kiri).

f)  Berdoa setelah minum air zamzam kerana merupakan antara waktu yang diperkenankan doa:
"Ya Allah aku bermohon kepadaMu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang luas dan kesembuhan dari semua penyakit."


Sunday, March 15, 2015

Lambaian Kaabah - Al-Madinah Al- Munawwarah (2)




Hiasan Dalaman & Senireka Masjid Nabawi yang memukau

Selepas 7 jam penerbangan, transit di Abu Dhabi selama lebih kurang 3 jam sebelum berlepas ke Jeddah. 3 jam kemudian tiba di Lapangan Terbang King Abdul Aziz.  

Urusan kastam mengambil masa yang agak lama.  Menurut ustaz biasanya cuma 2 jam,  tetapi kali ini kami terpaksa menunggu selama 5 jam sebelum menaiki bas yang telah lama menunggu untuk ke Madinah.  Perjalanan dari Jeddah ke Madinah mengambil masa selama 5 jam. Alhamdulillah..

King Abdul Aziz Airport, Jeddah


AL- MADINAH AL-MUNAWARRAH

.Bermaksud Kota yang bercahaya atau Al-Madinah Al-Nabawiyyah yang bermaksud bandar Nabi SAW.


Drp Abu Hurairah r.a, Sabda Rasulullah SAW :

MAKSUDNYA : "Pahala solat dimasjidku ini adalah 1,000 kali lebih baik drp solat dilain2 masjid kecuali di masjidilharam."

Maka bermulalah edisi pembelajaran dan ibadah yang jitu dan indah.  Seperti tidak percaya berada di masjid dan kota Rasulallah saw.




KELEBIHAN MATI DI MADINAH

Drp Abdullah ibn Umar r.a, Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya "Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah dilakukannya. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kpd mereka yang mati di Madinah."


KELEBIHAN BERSABAR MENANGGUNG KESUSAHAN YG DIHADAPI DI MADINAH

Maksudnya "Mana2 individu umatku yang bersabar menanggung kesusahan dan kepayahan di Madinah, aku akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat, atau aku menjadi saksi kepadanya."

Pemandangan Subuh di Masjid Nabawi

KELEBIHAN BELAJAR DI MASJID NABAWI

Maksudnya "Sesiapa yg memasuki masjid kami ini untuk mempelajari satu kebaikan atau mengajarnya adalah umpama mujahid di jalan Allah  dan sesiapa yg masuk dgn tujuan lain adalah umpama org yg melihat kecantikan barang orang lain. "







Pasar Tamar








Subhanallah... cantik sungguh Masjid Nabawi yang tersergam indah.. sentiasa penuh dengan jemaah dari seluruh pelusuk negara.  Payung gergasi yang akan mengembang awal pagi dan menguncup di kala maghrib menjelma..

Al -Madinah Al-Munawwarah - Ziarah (4)

ZIARAH - TEMPAT BERSEJARAH DI MADINAH

1.   Jannatul Baqi

Tanah perkuburan untuk penduduk Madinah, jemaah haji dan umrah yg meninggal di kota suci ini.

Disemadikan lebih 1,000 sahabat, isteri anak dan keluarga Rasululah saw termasuk :

Isteri  : Aishah, ummu Salamah, Zainab khuzaimah, Hafsah Umar Al Khattab dan Mariah Alqibtiyah.

Anak2 baginda : Ibrahim, fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqaiyah.

Cucu : Hassan

Kedudukan Perkuburan di Perkuburan Baqi'



Dari atas :
1)  Kubur Ibrahim bin Rasulullah
2)  Kubur Syuhada al harrah
3)  Kubur Uthman bin Affan

Nota : gambar kedudukan perkuburan dan kubur dipetik dari buku "Madinah Munawwarah - Kelebihan dan Sejarah" oleh Dr. Abdul Basit Abd. Rahman

2.    UHUD


     Gambar berlatarkan Jabar Uhud, bersama Ustaz Roslan dan Kak Sabariah.

Sebuah bukit yg terletak 3 km dari Bandar Madinah dan Masjid Nabawi.

Di lereng bukit tercetusnya peperangan Uhud antara org Islam dan kafir quraisy.

Di lereng bhg tengah dan baratnya menjadi tempat perkuburan syuhada perang uhud. Di bhg tengah, kubur saidina hamzah abdul mutalib dan dipagari tembok besi.

3.   MASJID QUBA'

Masjid pertama yang dibina dalam sejarah perkembangan Islam yang diasaskan atas dasar taqwa dan iman yang padu.

Didirikan oleh Rasulullah SAW dan sahabat, Abu Bakar al-Siddiq ketika dlm perjalanan hijrah dr Mekah ke Madinah pd tahun 622 Hijrah.

Rasulullah SAW dtg ke masjid Quba' pada setiap Sabtu dgn berjalan kaki atau menunggang unta.

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: "Sesiapa yang berwudu' dirumahmya kemudian berkunjung ke masjid Quba' dan mendirikan solat, pahalanya seumpama menunaikan.umrah"





4.  MASJID QIBLATAIN

Terletak di bahagian barat kota Madinah, kira-kira 3.5 km dr Masjid Nabawi.

Masjid Qiblatain (2 kiblat) kerana ketika Rasulullah SAW bersolat di masjid ini, baginda menghadap ke Baitulmaqdis manakala 2 Rakaat terakhir menghadap Baitullah setelah menerima wahyu untuk mengubah arah kiblat umat Islam ke Baitullah.





Info dipetik dari buku "Bekalan umrah" oleh Juara Travel dan " Madinah Munawwarah - Kelebihan dan Sejarah" oleh Dr. Abdul Basit Abd. Rahman.








Ziarah Wida' & Perjalanan Madinah ke Makkah (5)


Kebiasaannya ke masjid dengan rakan-rakan sebilik tetapi pagi itu solat subuh bersama suami tercinta. Solat Subuh berjemaah di dataran masjid sahaja kerana tidak dibenarkan masuk oleh gadis Arab yang menjaga pintu. Setiap kali masuk ke masjid beg akan digelidah untuk langkah keselamatan.

Berjumpa dengan Sham di tiang di hadapan pintu masuk untuk membuat ziarah wida'.

ZIARAH WIDA' (ZIARAH SELAMAT TINGGAL)

Setiap yang hendak meninggalkan Madinah disunatkan berziarah selamat tinggal kepada Rasulullah saw sebagai menghormatinya dan keluar setelah selesai berziarah.
Sham masuk melalui pintu Babussalam untuk ziarah kali terakhir.

Berdiri membelakangkan kubah hijau ( dibawah kubah terletaknya maqam Rasulullah saw), menghadap kiblat, segala salam dan doa dipanjatkan..

Sedih hendak meninggalkan kota yang amat mendamaikan ini. Ya Allah , janganlah jadikan ziarahku ini ziarah yang terakhir...

MAKKAH AL-MUKARRAMAH

1)  BERNIAT IHRAM DI MIQAT

Awal lagi sudah bersiap mandi sunat ihram. Disunatkan juga memotong kuku dan mencukur segala yang perlu dan berwangi-wangian. Bas memulakan perjalanan dalam 2 pm dijangka tiba 5 jam kemudian. Berhenti di Miqat Masjid Bir Ali yang terletak kira-kira 11 km dr Masjid Nabawi untuk solat sunat  dan berniat ihram. Maka bermulalah segala pantang larang yang 13.


Singgah di kawasan R & R untuk solat qasar n jamak maghrib dan isya' dan makan malam. Nasi Arab, hidangan kami malam itu.

Alhamdulillah selamat tiba, kumpulan kami yang seramai 11 orang termasuk Ustaz Roslan turun dulu di hotel Mira Ajyad sebelum bas bergerak ke hotel lain.

Ustaz memberi masa sejam lebih untuk check in dan berehat sebentar sambil nembersihkan diri sebelum ke masjidil haram untuk mengerjakan umrah yang pertama.


Wednesday, March 11, 2015

Makkah Al-Mukawarrah - Doa Istimewa Dari Kaki Jabar Nur (8)


Tiada yang lebih mengharukan dan rasa syukur yang teramat  apabila selesai menunaikan umrah buat kali ke 2 dan ke 3. Hadiah istimewa buat Allahyarham ayahanda dan allahyarhamah bonda. Semoga mereka ditempatkan di kalangan para soleh dan solehah. Moga Allah menerima segala ibadah yang serba kekurangan.

Sabtu malam, perancangan awal untuk mengadakan kekah Danish dan tahlil arwah di hotel ditukar ke tempat yang lebih istimewa..di kaki Jabar Nur iaitu diatas bukit itulah terletaknya Gua Hira' iaitu tempat Rasulullah saw sering berkhalwat dan mendapat wahyu yang pertama. Syukur alhamdulillah atas rahmatMu ya Allah..

Kalau tak silap ada lebih 80 jemaah hadir. Solat Maghrib dan Isya' berjemaah serta sedikit ceramah tentang Makkah dan tawaf wida' sebelum doa dan tahlil dibacakan..

Semoga arwah mak dan abah ditempatkan di kalangan para soleh n solehah. Doa juga ditujukan buat arwah busu, mak ngah dan opah. Ya Allah kau ampunilah dosa-dosa mereka..kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku semasa kecil...


Allahuakbar! Maha suci Allah..yang menjadikan setiap sesuatu itu bersebab. Sejuk yang amat ditambah angin yang bertiup, menambah rasa syahdu yang tidak bertepi...

Hidangan istimewa malam itu tentulah Nasi Arab dan Nasi Mandy kambing dengan lauk pauk dan buah-buahan yang pelbagai. Sibuk menapau makanan dengan Yasmin untuk nenek, Zura dan Zali yang tidak hadir.
Balik, walaupun penat tapi dengan hati yang puas..alhamdulillah...