Tuesday, March 18, 2014

Nostalgia Bonda


NOSTALGIA  BONDA


Suatu waktu dahulu
Rumah teres setingkat itu
Amat riuh dengan penghuni yang berbagai ragam
Gelak tawa, hiruk pikuk yang berlanjutan
Namun hati bonda yang patuh sentiasa terhibur
Dengan gelagat yang pelbagai

Suatu waktu dahulu
Rumah teres setingkat itu
Amat meriah dengan tetamu yang berkunjung
Saudara mara, handai taulan yang tercinta
Tidak mengira hari perayaan atau waktu terluang
Membuatkan hati bonda lapang dan gembira
Saat indah yang semakin sering dikenang

Suatu waktu dahulu
Rumah teres setingkat itu
Amat berseri lamannya, indah dengan bunga dan orkid yang segar
Tika musim berbunga, bauan melur harum mewangi
Membuatkan hati bonda semakin sayang dengan hasil tangannya
Membelai setiap hari, tanpa jemu..

Suatu waktu dahulu
Rumah teres setingkat itu
Akan dipenuhi anak-anak di hujung minggunya
Yang memang akan ditunggui saatnya oleh bonda  serta suami tercintanya
Juadah yang pelbagai dihidangkan demi anak-anak yang tercinta
Hati bonda sebak bila anak-anak pulang

Kini
Rumah teres setingkat itu
Amat usang kelihatannya,
Tiada lagi gurau senda, hiruk pikuk
Tiada lagi bunga-bungaan yang segar dan harum
Tiada jua yang bertandang, tanpa bonda yang setia..

Semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan para solehah
Duhai bonda Azizah tersayang yang disanjungi..Al-fatihah!



Tuesday, March 11, 2014

DEMI MASA


DEMI  MASA

Tik, tok..tik, tok..
detik terus berlalu, tanpa belas ihsan
menuju ke hadapan tanpa menoleh lagi.

Si bayangan putih yang kabur..
yang sering alpa akan tanggungjawab yang utama
mendahulukan yang kurang penting berbanding yang wajib
namun masa tidak ada titik noktahnya..

Masih terus mengejar waktu yang ditetapkan
andai terhenti, musnahlah seisi alam
namun masih dan tetap teguh di situ
segalanya  terasa sukar untuk dilepaskan...

Apa lagi yang dicari wahai bayangan putih yang kabur?
Stabiliti, kemewahan atau jaminan hidup yang tidak menentu...
berbaloikah?



Sunday, February 23, 2014

Penyampaian Hadiah Peraduan Anjung Seri

22 Februari 2014 (Sabtu)

Bertempat di Hailam Kopitiam, Shah Alam. Pendaftaran bermula 1.30 pm. Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Hasrul selaku Pengerusi Majlis, diikuti  Puan Onlia selaku Pemangku Pengarang Anjung Seri, kepada semua pemenang dan keluarga yang hadir.

Pemenang dibahagikan kepada 3 kategori, Dulux, Joven dan Fotile. Setiap kategori terdapat 7 pemenang saguhati dan 3 hadiah utama.

Selepas bergambar beramai-ramai, semua dijemput melawat bilik-bilik hotel De Art yang terletak bersebelahan. Majlis tamat selepas pemenang menjamu selera dengan hidangan buffet yang disediakan.

Syabas kepada semua pemenang!

Tuesday, February 18, 2014

Menara Kuala Lumpur

Berkesempatan ke Menara Kuala Lumpur baru-baru ini. Hi tea di Restoran Berputar dan peluang ke pelantar untuk melihat panorama Kuala Lumpur memang mengujakan.

Jom tengok gambar-gambar dibawah...

Wednesday, February 5, 2014

Bandung, Indonesia - part 4



Tempat menarik di Bandung.


6. Cibaduyut.

Terkenal dengan barangan kulit. Sepatu,tas tangan, tali pinggang branded yang dijual dengan harga yang murah. Malangnya tiada gambar yang sempat diambil kerana sibuk nak shopping nih...

Di sinilah kami menghabiskan lebih 2 juta rupiah tetapi berbaloi rasanya Sepasang kasut coklat belle buat Sham.(lebih kurang rm120 shj).2 pasang kasut buat Danial,  handbag, kasut dan sport shoes buat Iman dan Shasha. Danish sibuk dengan sport shoe merah dan patung elmo, manakala Sarah tidak berjumpa kasut ysng diidam, hanya patung Patrick (spongebob). Sepasang belluci, sebuah LV Dan Versace (secara kebetulan ada diskaun..he he) untuk diri sendiri dan Versace kiriman Cikgu Lia.

Branded handbag,  original -kulit boleh di dapati dengan harga sejuta lebih & ke at as (dalam rm280 ke atas) murah bukan. Bagi yang branded tapi campur kulit n PVC harga dari RM140 ke atas.

Segalanya disusun di dalam sebuah kotak oleh jurujual muda comel (lelaki) yang dengan sabar membantu kami dari awal lagi. Dia akan kelam kabut jika Iman atau shasha duduk di lantai, lantas kelam kabut mencari kerusi kecil. 'Aduh..jgn duduk di lantai..nanti aku di marahin sama boss...'he he.

Di luar mall terdapat juga deretan kedai menjual kasut dan sebagainya.

7.  Toko Tiga

Original branded jeans, t-shirt boleh didapati di sini. Jeans Levis yang berharga RM300++ di  Malaysia cuma berharga RM100 ++ di sini...



Bersambung....



Tuesday, February 4, 2014

Bandung, Indonesia - part 5

Tempat menarik di Bandung.

8.   Bebek Salero.

Cubaan kali pertama merasai nasi bebek (nasi itik) diJogjakarta membuatkan kami mencari menu yang sama di sini.



Terletak berhampiran Masjid agung Bandung, sajian yang disediakan amat menepati citarasa.



Jus avacado menjadi minuman fevret Sham sepanjang di sini selain ES tehnya.












Setibanya di hotel, keluar sebentar ke Giant berhampiran. Mujur ada climb bank.. seb baik sham sempat aktifkan..memandangkan cash yang semakin berkurangan..

Plannya nak ke Pasar Baru esok ...








"Oh mama...Kat sini pun Ada giant.." danish yang excited dapat berjalan malam, sempat pula membeli murtabak. (Murtabak di sini rasanya seperti apam balik di Malaysia)

Sunday, January 26, 2014

Bandung, Indonesia - part 3

Tempat menarik di Bandung

17 Jan 2014

5. Kawah Putih.

Terletak di Bandung Selatan.Inilah tempat yang wajib dilawati sebenarnya. Dari Bandung perjalanan mengambil masa  selama 2 1/2 jam. Jadi tidak hairan ramai yang tidak sanggup mengorbankan masa untuk shopping kerana memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam jika ke sana.




Seawal 8 am bertolak ke sana. Di sepanjang perjalanan menaiki bukit, kelihatan kediaman penduduk di kiri kanan jalan dan kebun-kebun sayur yang merupakan punca pendapatan utama penduduk.





Semakin hampir di atas terdapat juga ladang teh dan strawberry, malah dibolehkan pelancong memetik sendiri buah strawberi dengan bayaran tertentu.


Tiba, hujan menyambut kedatangan kami. Setelah agak reda kami memulakan langkah ke destinasi. Ramai yang mengambil mengambil kesempatan menyewakan payung.






Sebaik terpandang dari kejauhan...sudah tidak mampu meluahkan kata-kata....
Subhanallah...indah sungguh ciptaanMu..

Nikmatilah gambar2 di bawah....