Sunday, June 10, 2012
NUKILAN RASA
Sekolah baru saja bermula selepas bercuti selama 2 minggu. Tapi demi tuntutan kerja yang tak habis-habis, cuti yang telah dipohon terpaksa dibatalkan.. 2 weekend berturut-turut terpaksa bekerja, 2hb Jun , terlibat dengan Pencarian Gadis Jelita di Grand Ballroom, Seri Pacific. Tak sampai hati sebenarnya membiarkan rakan-rakan yang bertungkus lumus, ditambah pula tidak cukup kakitangan..plan awal bersama suami untuk membawa anak-anak bercuti terpaksa dibatalkan. Bukan anak-anak aje yang mengeluh, suami pun seperti redho, x redho aje..
5hb Jun ke 10hb Jun pula terpaksa menguruskan & terlibat dengan jualan booth di Expo Barangan Buatan Malaysia di PWTC. Penat, itulah kesimpulannya..maklumlah , dengan umur yang semakin muda...he he he...
Di office pula, rakan seperjuangan sudah 2 bulan MC..itulah gambaran untuk segala-galanya..Sekarang nih, kena belajar buat yang mana penting dahulu, kalau tak, kelam-kabutlah jadinya..
Buat anak-anak & suamiku, minta maaf banyak-banyak, kadang-kadang apa yang kita plan tuh, tidak menjadi kenyataan...TAPI, InsyaAllah, lebih banyak HIKMAH yang tersembunyi, kan, kan,kan.......
Monday, April 9, 2012
SATU MALAM DI KLCC
Suatu weekend..dah tak ingat bila (di awal tahun).acara tetap, seperti biasa menziarah mentua di Pantai Dalam. Lepas Maghrib, beransur pulang, dinner di Kg Bharu dan En Shamsulnya rajin pula "pusing-pusing" (bak kata Danish) sebelum pulang ke Sg Buloh.
Cantik pula KLCC ni di waktu malam, jadi kitorang pun stop jap..bergambar..
Cantik,kan gambar-gambar di bawah...

Sehingga bertemu kembali...
Friday, April 6, 2012
SECEBIS KISAH SEBAGAI PENGAJARAN
MANA LAGI PENTING, SUAMI ATAU CUCU?
Pagi itu terpaksa menaiki teksi di hadapan Tesco Puchong untuk ke office di Jalan Klang Lama. Teksi pertama mengenakan bayaran RM35.00. Wau..dahsyat betul..lebih double pay dari yang sepatutnya. Teksi yang kedua pula asyik dengan suratkhabar dan katanya tengah tunggu client. Nasib baik sempat menahan sebuah teksi yang lalu. Ikuti perbualan di bawah.
Pemandu : teksi tu tak nak pergi ke?
Aku : dia x pakai meter..lebih double dari yang sepatutnya..
Pemandu : lain kali jangan naik teksi yang berhenti di bus stop tu..tahan teksi yang lalu aje..
Pemandu itu bertutur dengan cara yang amat berhemah, walaupun tutur katanya agak seperti telor Indonesia..mungkin dah lama menetap di sini..fikirku.
Itulah permulaannya. Mula bercerita pasal anak-anak. Bertanya siapa yang menjaga anak-anakku jika aku bekerja dan sebagainya. Bercerita pula tentang anak-anaknya yang seramai 5 orang..semua dah bekerja kecuali yang bongsu, tahun ini akan menghadapi peperiksaan SPM. Dan mula bercerita tentang anak-anak yang bekerja di MAS, kerja shift, yang menuntut masa yang banyak. Dua anak & menantunya bekerja di sana, dengan masa yang tak tentu hala ditambah pula bila mendapat anak. Anak-anak dihantar ke rumah ibu (isteri pemandu) memandangkan sukar mencari orang untuk menjaga, tanpa meminta izin daripadanya terlebih dahulu. 2 bayi dari 2 anaknya tinggal bersama, dan mungkin seminggu sekali akan datang menjenguk..bayangkan..semudah itu meninggalkan anak tanpa memikirkan keperluan ibubapa sendiri..
Pemandu : saya ni dah tua..dah 53 tahun. Inilah masa untuk beramal ibadat. Kita
kalau boleh, kalau masuk syurga tu, nak isteri masuk sekali..ini kalau
isteri dah sibuk, sampai keperluan saya sendiri dah terabai, macam
mana..nak masak pun tak sempat..kalau yang simple2 pun lepas isyak
baru boleh makan, saya x kisah..beli aje, tom yam ke, dekat kedai yang
berhampiran..
Aku : Saya faham..memang penat menjaga anak-anak ni..
Pemandu : Itulah dorang nih ha, sepatutnya minta izin saya dulu..siapa yang tak
sayangkan cucu..sayang.. cuma kalau saya sendiri terabai..makan
minum, malam pun dia tidur dengan cucu (baru ku tahu yang cucu
tinggal ngan diorang)..saya ni masih kuat..dia pula penat, asyik
menguruskan cucu..puan faham,kan..kita dah tua-tua nih..dah tak larat
dengan budak-budak dah... menangislah.. apalah..
Aku : Saya dah tak ada org tua..tapi saya suka kalau mak sendiri jaga..lebih
teratur & kita x perlu risau apa-apa. Tapi kalau sampai menyusahkan
macam tuh..tak bolehlah...
Pemandu : Betul...minta izin dulu..saya dulu anak2 kecil, insyaAllah saya diberi sedikit
ilmu..ajar anak baca iqra', sendiri..alhamdulillah..sekarang saya menjadi
imam di surau di Puchong ni..orang akan bertanya, isterinya mana Pak
Imam...saya nak cakap apa...di rumah dgn cucu2..sembahyang pun x
tentu..
Dia mula bercerita tentang besarnya tanggungjawab seorang suami. Baik macam mana pun jika isteri & anak-anak tidak menjaga solat & sebagainya..dia terpaksa menjawab di akhirat esok..dan akan dimasukkan ke neraka dulu sebelum masuk ke Syurga...Tazkirah di pagi hari..mengingatkan kita akan tanggungjawab masing-masing.
Yang pasti si pemandu mula terasa pernah menghantarku sebelum ini bila laluan yang kulalui semakin hampir ke destinasi.
Pemandu : Rasanya saya pernah hantar puan sebelum ini..ya betul..di sini..tapi
yang saya hantar hari tu kelihatannya muda, ya..masih muda..jadi
saya tidak suka berbual..budak-budak..
Aku : Mungkin ari tuh saya pakai seluar, hari ini baju kurung..(dalam hati..
huhuhu.. tua sangat ke aku? Tapi dulu dia ingat aku budak-budak......
he he he)
Aku mula merenung kembali perjalanan hidup kita sendiri, tanggungjawab suami, isteri..mendidik anak-anak..semuanya akan disoal di akhirat kelak. Mungkin secara tak langsung turut menyedar & mengingatkan kita yang mana lebih penting untuk didahulukan. Adakah ia turut memberi kesan & apakah pendapat anda semua tentang kisah ini?

Monday, April 2, 2012
ADAT PERPATIH
KEWUJUDAN ADAT PERPATIH DI NEGERI SEMBILAN
Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dan
Naning adalah gabungan sekurang-kurangnya tiga system kemasyarakatan iaitu
Sistem Adat Minangkabau yang terdiri drp 3 sistem iaitu Adat (undang-undang) nan
Tigo, Adat Elok Baleh dan Adat Tuah Disakato, sistem Adat Tempatan Siak dan
Sistem Adat Tempatan Negeri Sembilan (Adat Benar).
Gambarajah Pembentukan Sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan
Pihak penjajah telah memperkenalkan undang-undang Inggeris
berdasarkan Common Law mulai tahun 1885. Bermula dari Tahun tersebut, penjajah
telah mengenepikan amalan2 & petua-petua dalam system perundangan Adat Perpatih.
Kemudian, dengan terkanunnya undang-undang syariah tempatan, sekali lagi perundangan
adat perpatih disisihkan. Disamping 2 perundangan ini, pendidikan Barat yang
telah diperkenalkan seawal akhir abad ke-18 secara langsung telah mempengaruhi
dan mengubah system nilai serta budaya masyarakat Adat Perpatih. Hari Ini
keseluruhan system Adat Perpatih telah diresapi oleh system Adat Melayu yg
datang dari luar wilayah adat perpatih dan budaya barat. Oleh itu, budaya Adat
Perpatih ini semakin menipis & pengamalannya lebih berkecenderungan untuk
berbudaya Melayu ala Barat.
BATU BATIKAM & BATU BALING
![]() |
| Batu Bersurat |
sumber teks & gambar : Muzium Adat Jelebu
Negeri Sembilan
Tuesday, March 27, 2012
CAMERON HIGHLANDS
![]() |
| ladang teh...sejuk mata memandang. |
Cuti sekolah sudah tiba dipenghujung. Awalnya memang tidak ada plan nak ke mana pun..maklumlah baru aje ke Penang ari tuh..tapi entah macam mana, pagi Sabtu tuh kitorang bersiap-siap setelah Che' Shamsul bermurah hati melayan permintaan anak-anak. Plan asal ke Trolak bertukar setelah sebulat suara bersetuju untuk ke Cameron Highlands. Mari kita ikuti perbualan di bawah :
Danish : Mama, kita nak pergi Trolak tu ada kolam air panas, kan?
Aku : Yalah..kenapa?
Danish : Kita nak mandi air panas, kena masuk soyang-soyang ke?
Aku : Taklah..ramai-ramai pun boleh..
Danish : Mandi boleh pakai baju ke?
Aku : Eh..memanglah pakai baju...(mula terpk hala tuju perbualan pendek tersebut)
Danish : Kalau nak masuk, kena bayar 10 yen ke 100 yen?
Confirm..pengaruh Hagemaru. Kan ke penduduk Jepun
gemar aktiviti mandi air panas dalam keadaan b***l...he he he..bayangkan macam manalah agaknya yang dia dok imagine keadaan kolam & orang yang mandi di kolam tersebut..ha ha ha

Danish agak kecewa pada mulanya kerana tidak jadi ke Trolak.
Aku terpaksa menerangkan keadaan yang sebenar & dia puas diketawakan oleh kakak2 & abangnya.
![]() |
Malam tu, sejuk sungguh, ditambah pula hujan renyai. Suhu dalam sekitar 17 celcius - 18 celcius. Sejuk giler tu...tapi masih sempat keluar untuk minum teh dan makan jagung panas...sempat juga sambar sehelai dua t-shirt untuk Shasha dan Iman sebagai kenangan...
![]() |
| Di celah-celah pokok teh |
Pagi esoknya selepas breakfast di Brinchang, bersiap-siap untuk check-out pada pukul 12 tghari. Semua tidak melepaskan peluang untuk berjalan di sekitar Mardi..semua ada di sini..ladang teh, tanaman & bunga-bungaan yang cantik dan macam-macam lagi. Danish tidak ketinggalan melawat kandang arnab yang terdapat di situ. Shasha & Iman asyik dengan berjenis-jenis bunga ros yang terdapat di Taman Ros.

![]() |
![]() |
| Cantik pemandangannya, kan... |

![]() |
| Sempat makan ais krim strawberry & strawberi bersalut coklat.. |
Singgah di pasar untuk membeli sayur & strawberry sebelum bertolak pulang. Danish kata, "Mama, bestlah...lain kali kita datang lagi ya.." "Ya, ya..InsyaAllah, lain kali kita datang lagi....."
Sunday, March 25, 2012
RAJA SEHARI -NORA & SHAFIE (III)
![]() |
| Sempat bergambar beramai-ramai di Muzium Adat, Jelebu |

Malam itu, selepas Maghrib, upacara memotong kek & membuka balutan hadiah dimulakan tanpa kehadiran Azie & family.
Kek yang cantik itu, dipotong & dibahagikan kepada semua.
Sorakan dan tepukan diberikan tanda sokongan apabila hadiah dari ahli keluarga dibuka. Gamat sungguh, macam-macam aksi dapat dilihat. Rasanya itulah klimaks event kitorang weekend tuh.
Gambar-gambar dari kamera dan video kamera pula dipasang. Haa...masa inilah acara kutuk mengutuk dan sorakan diadakan..gambar mak jugak yang banyak..sebab??
Abang Isa memang suka nak mengenakan orang dengan pelbagai aksi yang diambil. Mungkin nasib menyebelahiku hari itu kerana mungkin dah lewat malam, semua dah penat..he he he..
Malam itu, kami menyusun atur tempat tidur kerana pengantin perlu tidur dibilik pengantin. Maknanya alang & family kena tidur di luar...he he he. Dipendekkan cerita, alhamdulillah...semua ok..walaupun kalau orang luar tengok..tidur cam sardin...he he he..
| Budak-budaklah yang paling seronok.. |
![]() |
| Kelakar giler...he he he |

Pagi Ahad itu, dalam pukul 11.45 am gitu, kami bertolak ke Jelebu, sedikit jamuan menyambut dan merai pengantin diadakan bersekali dengan majlis cukur jambul.
Lihatlah aksi diorang nih di Muzium Adat, Jelebu. Mesti petugas di situ terkejut dengan kunjungan 8 buah kereta secara tiba-tiba....

Cuba tgk Iman kat tgh2 tuh..pose maut tuh...

Buat Nora & Shafie - Semoga ikatan perkahwinan yang baru dimeterai ini akan kekal abadi. Juga agar dikurniakan anak-anak yang soleh, dilimpahi keberkatan dan kemuliaan oleh Allah Taala.
Antara peristiwa penting di sepanjang majlis :
1) Disebabkan musim hujan, ada yang mencadangkan supaya mengikut petua orang tua-tua iaitu mencampakkan baju pengantin yang belum dicuci ke atas bumbung. Mungkin secara kebetulan, hujan renyai yang turun seketika berhenti bertukar dengan cuaca yang panas terik..alhamdulillah
2) Bilik pengantin banjir...he he he..sejuk pengantin..harap berkekalan hingga ke akhirnya.
3) Alang mendapat pujian yang bukan sedikit dari sedara-mara bila melihat betapa cantik & kreatifnya langsir jahitannya..siap ada yang nak menempah...itu belum tempahan dari Iman untuk majlis perkahwinannya nanti (Iman baru berusia 14 tahun!!). Siap dah booked colour biru lagi tuh...
4) Mak Long dan Pak Su yang tinggal di Taiping yang dah lama lost contact, dan baru-baru ini dapat dihubungi semula, hadir ke kenduri tersebut. Alhamdulillah...
5) Aida yang agak tensi dengan kenyataan-kenyataan tentang berat badan...he he he
6) Pak Cik Nazri yang menjadi geng & favourite anak-anak sedara yang semakin remaja & dewasa.
7) Buat sesiapa yang tak perasan, Nizamlah sebenarnya yang memulakan agenda "tepuk tangan" masa majlis membuka balutan hadiah..masih tak boleh lupa wajahnya masa tuh..kelakar sungguh...he he he
8) Ami yang dok ikut Tina dengan harapan banyak gambar kali ni (Tina yang ambik gambar guna kamera Nazri), rupa-rupanya cuma ambik gambar lantai & badan orang tanpa kepala sebab x tau adjust guna Pak Longnyer video camera. Hancus!!
9) Semasa pangantin baru aje duduk di pelamin, anak-anak buah kecil Nora duduk betul-betul didepan pelamin. Hakim sempat membelek kasut yang dipakai Nora sambil menggeletek dan mengusap kaki Nora yang memakai stoking..alahai..nasib baik Andak tak terjerit terkezut...
10) Aida yang duduk disebelahku semasa majlis pernikahan terpaksa lari ke belakang bila Hakeem wat perangai...Sabar!!
11) Dalam keadaan yang serba sibuk dan kalut itu, tiba-tiba Kak Seb datang menghampiriku dan bertanya "Teh, ni barang hantaran nak tukar ke?" Sudah...dah lupa langsung tentang barang hantaran tuh..kalau tak..bayangkan..pengantin bawa pulang barang sendiri...he he he
12) Di waktu itu jugalah tetiba sebahagian duit hantaran yang diletakkan di dalam album diserahkan padaku..sudah..mana plak nak letak nih..akhirnya disorokkan dalam almari alang dan minta tolong Ami tengok-tengokkan..kot hilang, naya tuh..siapa nak disalahkan..
12) Danish demam..hingga ke hari Selasa berikutnya masih belum bersekolah..
13) Alang & Along yang kecoh dengan "Jalik" - seorang kanak-kanak lelaki yang tiba-tiba sahaja bermain & mengikuti anak-anak buah kecil yang lain, menghantar sehingga ke kereta - yang kemudiannya baru diketahui, sebenarnya adalah anak petugas di muzium...he he he
14) Jangan tak tau, acar buah buatan Kak Seb yang telah diasingkan sedikit, telah selamat sampai ke Sg Buloh...he he he. Sorry Kak sab, mungkin weekend nih baru ke Pantai Dalam.
15) Sambal Tumis telur rebus (telur kenduri Nora...he he he) menjadi menu utama di minggu ini... (2 kali tuh dalam minggu nih...he he he)
16) Kek pisang along merupakan favourite Danish..jangan tak tahu, kitorang siap dibekalkan sebuku sorang untuk dibawa pulang.
17) Sembang dengan Alang dilewat malam (orang lain suma dah tidur, jadi kitorang terpaksa berbisik-bisik) tentang kisah silam, menjadi sesuatu yang abadi untuk dikenang..
Subscribe to:
Posts (Atom)