SELAMAT PENGANTIN BARU (3/3/12)
Hati masih libang libu bila teringat
weekend yang baru aje
berlalu. 3hb Mac 2012 merupakan tarikh yang bersejarah buat kami kerana
merayakan hari pernikahan adinda kesayangan, Nora dengan jejaka pilihan
hatinya, Shafie. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan selesai
sudah satu agenda yang penting.
.

Terima kasih yang tidak terhinnga kepada
Abang Nizam sekeluarga sebagai tuan rumah yang dah tentu semua maklum
contibution diorang nih yang berganda-ganda lebih dari orang lain
Bak kata suamiku Sham, "Abang Nizamlah yang menyambut tetamu, dia
jugaklah yang ke depan ke belakang, untuk memastikan semuanya
ok..(agaknya kalau diberi pilihan mesti dia lebih selesa memakai t-shirt
dari baju melayu tuh..) Dia jugaklah yang sibuk menguruskan hal tok
kadi, set
date & time nak nikah..tu tak pening kepala memikirkan masalah tetamu..takut tetamu melebihi makanan yang disediakan.
.stress tuh..
Dan kepada ahli keluarga yang lain juga..terima kasih yang tidak
terhingga..tanpa kalian semua, majlis tidak akan berjalan dengan lancar.Di sini juga, inginku mengambil kesempatan memohon maaf, jika ada
kekasaran bahasa atau ada kekanda atau adinda yang berkecil hati
sepanjang kita di sana. Al-maklumlah..tujuan kita di sana adalah untuk
melancarkan segalanya.

Abang Isa juga yang selama nih susah betul nak ambil cuti
(maklumlah..kerja shift) tetapi kali ini turut berada di sana hingga
majlis selesai..alhamdulillah.
 |
| Suka sangat gambar ni..seri seorang yang bakal bergelar isteri |
Pagi Sabtu itu, sewal 5 pagi kami telah mula bersiap siap..maklumlah..ramai..kena bergilir-gilir mandi & bersiap. Ada juga pagi tu baru nak menggosok baju. Selepas bersarapan, kami bergerak ke masjid. Tepat 9.00 pagi seperti yang dijadualkan semua telah tiba. Tetapi Tok kadinya tiba dalam pukul 9.20 am. Sebab?? Tok kadi terlupa nikah kat masjid, walaupun dia sendiri yang
request..dia pi kat umah pengantin lak..(berselisih jalan kot..) Nora sah menjadi isteri orang dengan sekali lafaz sahaja. Alhamdulillah...




Selepas majlis, beramai-ramai ke rumah Alang untuk bersarapan. Nora bersiap untuk majlis bersanding pula. Cantik sungguh Nora hari tu..sesuai dengan
title "Raja Sehari'..berseri-seri, seri pengantinlah katakan..
Masa ni jugalah berpeluang untuk berjumpa dengan saudara-mara yang sudah lama tidak ketemu.

 |
| Tina diapit oleh 2 daripada gadis bunga telur...Iman & Nadia...he he he |
Petugas-petugas yang berbaju hijau (semuanya cun-cun &
handsome2 belaka) siap sedia menerima tetamu di hadapan khemah. Begitu juga dengan gadis bunga telur (Nadia, Iman, Shasha & Ika). Comel-comel belaka, ke depan ke belakang memberi cenderahati kepada tetamu. Sebelum itu sedikit
briefing tentang kerja depa ni telah diadakan.
 |
| Mak Andak dikelilingi anak-anak buah |



Pengantin lelaki tiba disambut dengan paluan kompang yang kedengaran dari
speaker
Nazri. Ohh...lupa pulak nak citer..selain dari menyambut tetamu, Nazri
juga ditugaskan untuk menjaga audio/alunan muzik daripada CD koleksinya
sendiri. Malam sebelumnya, kitorang dah siap
testing dah..budak-budaklah yang paling kecoh. Pengantin berarak masuk ke rumah. Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu, majlis menepung tawar dimulai
selepas sedikit kata-kata aluan dariku untuk memulai majlis. Dimulai
dengan keluarga sebelah perempuan, diikuti keluarga pihak lelaki dan
sahabat handai.
Majlis ini diiringi oleh muzik gamelan dari Nazri..syahdu rasanya...punyalah ramai orang sampai nak berjalan pun susah. Tapi sempat juga menarik tangan Jirene (isteri kepada boss suamiku yang berasal dari Switzerland), untuk merasai pengalaman menepung tawar!
Petang, tetamu beransur pulang. Anak-anak yang selama ini buat hal sendiri aje, pulang dengan baju yang basah..rupanya sempat main air becak di taman. Semua mengambil peluang untuk berehat sebab malam nanti upacara memotong kek dan membuka hadiah akan diadakan.
bersambung.....