Assalamualaikum,
Agak lama tidak mengupdate blog dek kerana kesuntukan masa, ditambah pula di bulan ramadhan yang mulia ini. Masa bergerak begitu pantas sekali dirasakan. Dengan kerja di pejabat dan dirumah yang tak habis-habis.
Ramadhan sudah tiba ke penghujung. Walaupun Syawal semakin hampir, Ramadhan akan kita rindui. Aktiviti anak-anak yang setiap malam bertarawih di masjid dan membawa bekal 'moreh' lalu berkenduri pula dengan makanan tersebut. Dengan Danish yang tak habis-habis cukai kuih raya. Berbuka beramai-ramai dengan adinda dan kekanda yang tersayang. Main bunga api dan mercun oleh anak-anak dan sepupu-sepupu mereka di waktu tengah malam. Satu frasa yang akan dikenang hingga bila-bila oleh mereka.
Bulan ini juga merupakan bulan yang amat bererti bagi kami. 23 tahun merupakan suatu tempoh yang bukan sekejap. Kata-kata di bawah adalah sedikit petikan daripada kiriman suamiku, cukup membuatku berasa terharu, tersentuh dan bersyukur pada ilahi dengan anugerah yang Allah kurniakan. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaanku buat masa ini, tetapi aku rasa dia faham betapa besar & bererti dirinya buat kami sekeluarga. Semoga kasih-sayang kami kekal & sentiasa mekar mewangi sehingga ke akhirnya:
Thanks for all the good, bad,sweet, sour, hot, passionate, tough, trying times, etc throughout the 23 years we've been together....i love u then and after 23 years i still do.....hope 23 years from now i will be able to say it again.....i know it wasnt easy being with me but i knew to you i am everything....again thanks for being everything to me...n i do hope u would never regret accepting me as your companion thru life n death..
Semoga Allah sentiasa memberkati kami dengan rahmatNya, memberi kejayaan & selamat di dunia & akhirat. Juga mempermudahkan segala urusan kami di dunia mahupun akhirat kelak.
Tidak lupa juga kesihatan yang baik, kesabaran yang tinggi buat kami dalam apa jua keadaan termasuk membesarkan anak-anak. Semoga yang terbaik buat kita semua...
Alfatihah buat kedua orang tua kesayanganku, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat olehNya dan agar ditempatkan di tempat orang yang beramal soleh...Amin.
Saturday, August 20, 2011
Saturday, July 2, 2011
KEM MOTIVASI SKOR STRAIGHT A
Pada 25/6 & 26/6 yang lalu, Berita Publishing berganding bahu dengan Rebutia Excellent menganjurkan Kem Motivasi Skor Straight A. Bertempat di Melaka Tropical Fruit Farm, program bermula seawal 8 pagi. Seramai 62 peserta yang mengikuti kursus (termasuk 50 peserta adalah anak-anak
yatim tajaan MK Land).
Iman dan Danial pun kali ni turut serta.
Jumaat malam tu, selepas kerja kami terus bertolak ke rumah Alang yang berada di Seremban. Sampai dalam pukul 10++, Danish, Sarah, Shasha dan Arfan sampai ke 2 pagi baru teringat nak tidur. Iman & Danial tidur awal kerana takut terlewat..maklumlah, kami perlu tiba di sana sebelum 8 am, jadi seawal 6.15 am, selepas solat subuh kami pun bergerak ke sana.
Aktiviti agak padat, pada hari pertama habis dalam pukul 11 pm, selepas supper, aku turut menghantar Iman dan rakan-rakannya ke asrama yang disediakan.
Esoknya seawal 4.45 am sudah keluar ke asrama dan ke surau untuk aktiviti qiyamullail. Penerangan yang disampaikan oleh En Nizam amat menarik dan mudah difahami. Sebelum Sembahyang tahajud pelajar (& mak pelajar..he he he) di ajar terlebih dahulu, cara sembahyang (termasuk membaca niat dan sebagainya) seringkas
yang mungkin semampu pelajar untuk dipraktikkan sendiri di rumah nanti.
yang mungkin semampu pelajar untuk dipraktikkan sendiri di rumah nanti.
Selepas berjemaah tahajud, penerangan tentang solat hajat pula diberi. Begitulah juga, usai solat hajat dan penerangan ringkas tentang solat witir sebagai penutup.
Majlis disambung pula dengan kuliah dan solat subuh berjemaah. Alhamdulillah …
Peserta diberi masa 30 minit untuk berehat & bersiap. 7 am, aktiviti luar bermula dan berakhir sejam kemudian. Selepas minum, peserta perlu ke dewan semula untuk meneruskan pembelajaran.
Di akhir kursus, penyampaian sijil dan sedikit cenderahati diberi kepada semua peserta.
Semoga ilmu yang diperolehi digunakan sebaik-baiknya...InsyaAllah...Saturday, June 4, 2011
CAMERON HIGHLANDS @ VRS PERSONAL

Ha, yang ni Cameron Highlands version personal...he he he
Danish & Sarah, berlatarbelakangkan ladang teh
Baru-baru ni berpeluang ke sana bersama keluarga sambil bekerja amat menyeronokkan. Tambahan pula pergi bersama kawan karib @ bos, zura & family...bayangkan selepas lebih 16 tahun, tempat yang pernah kami kunjungi, tetapi kali ini bersama anak2 masing-masing. Nostalgia sungguh...

Kami ditempatkan di Cottage atau Rumah Inggeris (Mardi). Kediaman yang kami duduki ini amat cozy sehingga aku & Zura berangan-angan akan ke sana semula dengan keluarga masing-masing. (Family gathering le konon). 3 bilik tidur & 2 bilik air serta kemudah
an kelengkapan peralatan dapur memudahkan chef utama weekend itu Che Shamsul dan assistantnya, Che Zali untuk menyediakan makan malam & makan tengahari untuk seisi keluarga...he he he (memandangkan 2 ibu ni kena bekerja..ha ha ha..)
Hujan renyai-renyai menemani kami sepanjang
perjalanan dari Tapah ke Tanah rata. Sampai dalam pukul 3 ++ terus memasuki kediaman yang disediakan & mengikut Sham ke luar mencari bahan-bahan untuk dibuat spaghetti..untuk dinner le..Hujan yang lebat adalah salah satu sebab yang malam itu menjadi sejuk suungguh...dalam 17 darjah celcius..
Malam itu kami sembang tak habis-habis. Dalam pukul 10 mlm, keluar, konon nak minum teh tarik...kalau sampai di sini, rugi kalau tak rasa tehnya...class gitu...
Singgah di apartment Su & Shidah sebentar, nak ajak dorang sekali minum-minum, sambil tu nak hantar le sikit spagethi tu tuk kawan-kawan...he he he. Cuma En Nordin aje yang joint kitorang. x pelah..

Makan time....gambar sebelah kanan, Abang Amirul sibuk bakar roti untuk adik-adik...
Sebelum bertolak sempat Su menarik ke tepi & berpesan "K liza tolong tengok-tengokkan si Nordin tu..kang orang citer lain, dia citer lain..." Sambil ketawa..aku menjawab "kannya A Sham tak biasa, tahulah dia.." he he he
Balik, sempat menemani anak-anak tu menonton cerita melayu arahan Aflin shauki...x ingat lak tajuknya. Pukul 2.00 am kitorang naik ke atas. Dan pening pulak memikirkan masalah yang satu tu.. Sebenarnya bilik yang kududuki itu itu kiranya berada diluar. Pintu utama yang menghubungkan bilikku ke bahagian2 yang lain dibahagian atas mesti dikunci, dikhuatiri dimasuki orang. Tapi jika dikunci pula, amatlah dibimbangkan penghuni 2 bilik (1 bilik Zura & 1 lagi bilik anak-anakku) tidak terjaga awal ataupun terlajak tidur memandangkan agenda kami keesokannya bermula 8.30 am dan
kami harus bersiap dalam pukul 7 am untuk bersarapan dahulu. Bayangkan berebut-rebut nak bersiap, solat, menyediakan breakfast dan sbgnya. Last-last aku pun berkata " x palah, suma orang kunci pintu, biar pintu kat tgh tu tak berkunci..sbb pagi-pagi esok seperti biasa tugas utamaku mengejut seisi rumah...
Nak dijadikan cerita, esok seawal 5 am dah jaga..dalam pukul 6.15 am sebaik buka pintu terkejut sebab Shasha berada betul2 depan pintu nak kejutlah konon...rupa-rupanya, dia tak boleh tidur, asyik terjaga sebab takut terlewat...he he he
8.30 am mengikuti rombongan peserta melawat sekitar MARDI. semua ada di situ termasuk ladang teh! Malah teh Mardi turut dijual di Mart yang terdapat disitu. Strawberry apatah lagi..Danish seronok sungguh berjalan dengan "Auntie Juya"nya...he he he.
Petang, kami balik dengan perasaan yang berbunga-bunga ( maklumlah..kan kat situ banyak bunga). Bila lagi boleh ke sana ya...

Ha, yang ni Cameron Highlands version personal...he he he
Danish & Sarah, berlatarbelakangkan ladang tehBaru-baru ni berpeluang ke sana bersama keluarga sambil bekerja amat menyeronokkan. Tambahan pula pergi bersama kawan karib @ bos, zura & family...bayangkan selepas lebih 16 tahun, tempat yang pernah kami kunjungi, tetapi kali ini bersama anak2 masing-masing. Nostalgia sungguh...

Kami ditempatkan di Cottage atau Rumah Inggeris (Mardi). Kediaman yang kami duduki ini amat cozy sehingga aku & Zura berangan-angan akan ke sana semula dengan keluarga masing-masing. (Family gathering le konon). 3 bilik tidur & 2 bilik air serta kemudah
an kelengkapan peralatan dapur memudahkan chef utama weekend itu Che Shamsul dan assistantnya, Che Zali untuk menyediakan makan malam & makan tengahari untuk seisi keluarga...he he he (memandangkan 2 ibu ni kena bekerja..ha ha ha..)Hujan renyai-renyai menemani kami sepanjang
perjalanan dari Tapah ke Tanah rata. Sampai dalam pukul 3 ++ terus memasuki kediaman yang disediakan & mengikut Sham ke luar mencari bahan-bahan untuk dibuat spaghetti..untuk dinner le..Hujan yang lebat adalah salah satu sebab yang malam itu menjadi sejuk suungguh...dalam 17 darjah celcius..Malam itu kami sembang tak habis-habis. Dalam pukul 10 mlm, keluar, konon nak minum teh tarik...kalau sampai di sini, rugi kalau tak rasa tehnya...class gitu...
Singgah di apartment Su & Shidah sebentar, nak ajak dorang sekali minum-minum, sambil tu nak hantar le sikit spagethi tu tuk kawan-kawan...he he he. Cuma En Nordin aje yang joint kitorang. x pelah..

Makan time....gambar sebelah kanan, Abang Amirul sibuk bakar roti untuk adik-adik...Sebelum bertolak sempat Su menarik ke tepi & berpesan "K liza tolong tengok-tengokkan si Nordin tu..kang orang citer lain, dia citer lain..." Sambil ketawa..aku menjawab "kannya A Sham tak biasa, tahulah dia.." he he he
Balik, sempat menemani anak-anak tu menonton cerita melayu arahan Aflin shauki...x ingat lak tajuknya. Pukul 2.00 am kitorang naik ke atas. Dan pening pulak memikirkan masalah yang satu tu.. Sebenarnya bilik yang kududuki itu itu kiranya berada diluar. Pintu utama yang menghubungkan bilikku ke bahagian2 yang lain dibahagian atas mesti dikunci, dikhuatiri dimasuki orang. Tapi jika dikunci pula, amatlah dibimbangkan penghuni 2 bilik (1 bilik Zura & 1 lagi bilik anak-anakku) tidak terjaga awal ataupun terlajak tidur memandangkan agenda kami keesokannya bermula 8.30 am dan
kami harus bersiap dalam pukul 7 am untuk bersarapan dahulu. Bayangkan berebut-rebut nak bersiap, solat, menyediakan breakfast dan sbgnya. Last-last aku pun berkata " x palah, suma orang kunci pintu, biar pintu kat tgh tu tak berkunci..sbb pagi-pagi esok seperti biasa tugas utamaku mengejut seisi rumah...
After more than 16 years...alhamdulillah...
Nak dijadikan cerita, esok seawal 5 am dah jaga..dalam pukul 6.15 am sebaik buka pintu terkejut sebab Shasha berada betul2 depan pintu nak kejutlah konon...rupa-rupanya, dia tak boleh tidur, asyik terjaga sebab takut terlewat...he he he
8.30 am mengikuti rombongan peserta melawat sekitar MARDI. semua ada di situ termasuk ladang teh! Malah teh Mardi turut dijual di Mart yang terdapat disitu. Strawberry apatah lagi..Danish seronok sungguh berjalan dengan "Auntie Juya"nya...he he he.
Petang, kami balik dengan perasaan yang berbunga-bunga ( maklumlah..kan kat situ banyak bunga). Bila lagi boleh ke sana ya...
Sunday, May 22, 2011
CAMERON HIGHLANDS
Banyak teknik baru & tips2 yang dipelajari. Demo yang dibuat ditapak penanaman mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta. Mereka juga berpeluang menanam semula sayur yang baru dipetik dengan bantuan tenaga pengajar. Di akhir waktu, sijil diberi tanda tamat pembelajaran.
Di atas adalah antara gambar2 yang diambil semasa di sana. Kadang-kadang gambar saja sudah cukup untuk menceritakan segala-galanya, kan...
Monday, May 2, 2011
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Pesta Buku baru aje berlalu. Bertempat di PWTC, bermula dari 22/4/2011 hingga 1/5/11. Setiap tahun acara ini memang ditunggu -tunggu oleh penerbit dan pembekal buku. Tidak ketinggalan juga para pembaca, pelajar & ibubapa. Sekolah-sekolah juga turut datang secara berombongan bagi memeriahkan lagi suasana. Malah sesetengah gerai menawarkan diskaun sehingga 50% bagi pelajar yang memakai uniform sekolah.
Mungkin sesetangah orang berpendapat tiada apa yang boleh didapati jika berkunjung ke sana. "Alah, bukannya dapat buku harga seringgit dua..." antara kata-kata yang dilontarkan oleh adik iparku sendiri. Tapi bila diberitahu yang memang dengan harga serendah RM0.50 pun buku dijual, dia terdiam. Melalui berita yang disiarkan oleh televisyen, tahun ini merupakan tahun yang tertinggi bil pengunjungnya, kalau x silap melebihi 1.7 juta...
Berita Publishing juga tidak ketinggalan turut serta, seperti tahun-tahun yang lepas. Diskaun yang menarik serta hadiah cabutan bertuah berjaya menarik perhatian orangramai. Langganan pula menawarkan harga serta hadiah yang menarik untuk setiap langganan.
Bagi aku pula, 10 hari itu diibaratkan seperti nak sambut menantu aje..buzyy giler sampai x cukup kaki tangan. Masa tulah peluang untuk berjumpa dengan rakan juga client/subscriber. Jadi perancangan harus dibuat supaya appointment tidak bertindih. Tapi memang agaknya, bak kata Che' Shamsul kepada anak-anak, "mama kalau tak kecoh, tak sah..." he he he. Makanya sebab set sampai 4 ke 6 appointment dalam masa 1 hari...bayangkan apa yang jadi...he he he.
Tak habis satu appointment, yang satu lagi dah sampai...ha ha ha. Kecoh tul....
Alhamdulillah, walaupun jumlah keseluruhan (termasuk jualan di gerai) mungkin tidak seperti tahun lepas...alhamdulillah sangat-sangat rekod pencapaian peribadiku meningkat sebanyak lebih dari 20%. Gembira dan berbesar hati kerana dapat membantu syarikat menaikkan jualan...syukur pada Allah kerana mempermudahkan laluanku...
Juga terima kasih yang tidak terhingga kepada En Shamsul yang amat memahami, mengambil alih tugasku sepanjang 10 hari tersebut termasuk menguruskan anak2 dan pengangkutan. Nota wat Che Shamsul - rasa-rasanya sempat x next yearnya planning .... sebelum bookfair tahun depan ...penatlah...he he he

Thursday, March 17, 2011
Awal cuti sekolah hari tu mendapat jemputan dari Aida & family ke PD. Ok gak, kan, bukan senang Atam nak belanja nih...he he he. Nak dijadikan cerita, dua hari sebelum bertolak rupa-rupanya diberitahu yang aku dijadualkan bertugas pada hari Sabtu tu di Subang Parade. Jelita menganjurkan acara " Gaya si Kecil". Kesian pula, yalah anak-anak telah diberitahu dan diorang pun looking forward nak jumpa mak sedara kesayangan diorang...
Jadi, nak tak nak..aku pun bernegotiatelah dgn bos aku jika boleh ditukar orang lain memandangkan plan dah dibuat lebih awal. Nak tahu apa katanya? " Kau masih boleh pegi PD tu tapi lewat sikitlah...Tak cukup oranglah..tak apa, ko datang kul 1 pm pastu dalam 3.30 pm camtu ko baliklah.." Jadinya berbekal kata-katanya tu, sempatlah aku masak sedikit bekalan pagi tu untuk dibawa ke sana.
Habis kerja dengan t-shirt office kebanggaanku tu, aku pun terus bertolak. Dalam pukul 6.15 pm kami pun tiba disambut Aida di depan hotel. Ini adalah pengalaman pertama kami di hotel ini. Sarah, Danish & Shasha sempat ke kolam renang ditemani Danial & Iman. Malam itu anak-anakku membodek untuk turun ke taman di bawah. Aku membenarkan mereka pergi dan mengarahkan Danial mengawasi adik-adik dan dua sepupu kecil mereka. Walaupun keadaan taman agak suram tetapi ia terletak betul-betul bertentangan dengan bilik kami. Malam tu sambil berbual -bual di balcony dengan Aida, kami turut memerhati anak-anak di taman dan lupa pula..si comel 2 orang tak dibenarkan ikut..
Di belakang Dina tulah taman, terlindung oleh pokok-pokok kelapa yang ada tapi suara gurau senda dorang sampai ke Tingkat 3...ish ish ish
Cuba perhatikan 2 gambar dia atas, lihatlah mata Danish, Dina Hakim & Haikal...alamak..seramnya...he he he
Anak-anak seronok bermain. Tengah malam keluar sebentar dengan suamiku dan Danial kerana nak mencari ubat..katanya rasa nak demamlah pulak...
Pagi-pagi esoknya acara yang tak boleh ditinggalkan mestilah mandi di laut..(sayang sangat gambar langsung tak ada dirakamkan..)
Selamat Menjamu Selera -Aktiviti di tepi pantai, sebelum mandi, tikar tak ada...atas rumput pun bolehlah...
Balik tu kami singgah rumah Alang di Seremban. Sempat menapau lauk gulai daging salai di Port Dickson..sedapnya..dan Aida belanja makan sate pula...
Dan nak jadi cerita, kemudian-kemudiannya aku dapat tahu dari Aida yang rupa-rupanya menurut temannya yang pernah ke sana...tempat tu keras, berpenunggu. Memanglah, sebesar-besar kawasan hotel & apartment tu..aku perasan memang tak ramai pengunjungnya. Mungkin kerana kawasan tu besar, dan kos membaik pulih yang tinggi diperlukan setiap bulan, membuatkan kawasan tu agak terbiar, catnya juga sudah mula timbul warna-warna yang lain.
Kata Aida, "Alhamdulillah, tak ada apa-apa ya. Budak-budak tu siap main sampai malam tuh..sib baik gak kita suma sembahyang kat sini..seb baik tak jadi apa-apa..lain kali tak yah gi situ lagilah..." yalah tu, kan...Alhamdulillah sumanya baik...he he he
p/s - memandangkan tak ada gambar kali ini, gambar-gambar terpaksa dicilok dari blog Aida...tks ya ...he he he. Terima kasih daun keladi ya..nanti boleh belanja lagi...he he he
Jadi, nak tak nak..aku pun bernegotiatelah dgn bos aku jika boleh ditukar orang lain memandangkan plan dah dibuat lebih awal. Nak tahu apa katanya? " Kau masih boleh pegi PD tu tapi lewat sikitlah...Tak cukup oranglah..tak apa, ko datang kul 1 pm pastu dalam 3.30 pm camtu ko baliklah.." Jadinya berbekal kata-katanya tu, sempatlah aku masak sedikit bekalan pagi tu untuk dibawa ke sana.
Habis kerja dengan t-shirt office kebanggaanku tu, aku pun terus bertolak. Dalam pukul 6.15 pm kami pun tiba disambut Aida di depan hotel. Ini adalah pengalaman pertama kami di hotel ini. Sarah, Danish & Shasha sempat ke kolam renang ditemani Danial & Iman. Malam itu anak-anakku membodek untuk turun ke taman di bawah. Aku membenarkan mereka pergi dan mengarahkan Danial mengawasi adik-adik dan dua sepupu kecil mereka. Walaupun keadaan taman agak suram tetapi ia terletak betul-betul bertentangan dengan bilik kami. Malam tu sambil berbual -bual di balcony dengan Aida, kami turut memerhati anak-anak di taman dan lupa pula..si comel 2 orang tak dibenarkan ikut..
Di belakang Dina tulah taman, terlindung oleh pokok-pokok kelapa yang ada tapi suara gurau senda dorang sampai ke Tingkat 3...ish ish ish
Cuba perhatikan 2 gambar dia atas, lihatlah mata Danish, Dina Hakim & Haikal...alamak..seramnya...he he heAnak-anak seronok bermain. Tengah malam keluar sebentar dengan suamiku dan Danial kerana nak mencari ubat..katanya rasa nak demamlah pulak...
Pagi-pagi esoknya acara yang tak boleh ditinggalkan mestilah mandi di laut..(sayang sangat gambar langsung tak ada dirakamkan..)
Selamat Menjamu Selera -Aktiviti di tepi pantai, sebelum mandi, tikar tak ada...atas rumput pun bolehlah...Balik tu kami singgah rumah Alang di Seremban. Sempat menapau lauk gulai daging salai di Port Dickson..sedapnya..dan Aida belanja makan sate pula...
Dan nak jadi cerita, kemudian-kemudiannya aku dapat tahu dari Aida yang rupa-rupanya menurut temannya yang pernah ke sana...tempat tu keras, berpenunggu. Memanglah, sebesar-besar kawasan hotel & apartment tu..aku perasan memang tak ramai pengunjungnya. Mungkin kerana kawasan tu besar, dan kos membaik pulih yang tinggi diperlukan setiap bulan, membuatkan kawasan tu agak terbiar, catnya juga sudah mula timbul warna-warna yang lain.
Kata Aida, "Alhamdulillah, tak ada apa-apa ya. Budak-budak tu siap main sampai malam tuh..sib baik gak kita suma sembahyang kat sini..seb baik tak jadi apa-apa..lain kali tak yah gi situ lagilah..." yalah tu, kan...Alhamdulillah sumanya baik...he he he
p/s - memandangkan tak ada gambar kali ini, gambar-gambar terpaksa dicilok dari blog Aida...tks ya ...he he he. Terima kasih daun keladi ya..nanti boleh belanja lagi...he he he
Monday, March 14, 2011

Pada 6hb Mac yang lepas genap umur Shasha yang ke 11. Pada 9hb Mac pula Danish menyambut harijadinya yang ke 5.

Pagi itu semasa menghantar Danish, sempat bawa kek & sedikit jajan untuk kawan-kawan tadikanya. Seronok sungguh Danish. Sebelum berlalu meninggalkan sekolah, kelihatan Danish dikerumuni kawan-kawannya. Dan terdengarlah suaranya yang lantang tu berkata " Nanti, nanti, shuma dapat soyang satu..." he he he...yang pastinya pelat...ha ha ha
Balik, rupa-rupanya Cikgunya sempat memberi hadiah..machinegun tu...terima kasih Cikgu..tak taulah masa bila sempat dia membeli hadiah tersebut.
Happy Birthday Danish & Shasha. Mama doakan agar anak-anak mama sentiasa dirahmati Allah, sentiasa diberi petunjuk ke arah yang benar, dimurahkan rezeki, selamat & berjaya dunia & akhirat.
Subscribe to:
Posts (Atom)