Sunday, May 22, 2011

CAMERON HIGHLANDS



Pada 14/5/2011 & 15/5/2011, BPSB telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Taman Dapur Anjung Seri bersama MARDI di Cameron Highlands. Seawal 8 am 30 peserta yang mengikuti program tersebut berkumpul di pejabat Berita Publishing di Taman Desa sebelum bertolak dengan menaiki bas yang disediakan. Tiba, taklimat serta pendedahan dan cara-cara penanaman & pengurusan sayur diberi oleh pihak MARDI.




Banyak teknik baru & tips2 yang dipelajari. Demo yang dibuat ditapak penanaman mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta. Mereka juga berpeluang menanam semula sayur yang baru dipetik dengan bantuan tenaga pengajar. Di akhir waktu, sijil diberi tanda tamat pembelajaran.





Di atas adalah antara gambar2 yang diambil semasa di sana. Kadang-kadang gambar saja sudah cukup untuk menceritakan segala-galanya, kan...

Monday, May 2, 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Pesta Buku baru aje berlalu. Bertempat di PWTC, bermula dari 22/4/2011 hingga 1/5/11. Setiap tahun acara ini memang ditunggu -tunggu oleh penerbit dan pembekal buku. Tidak ketinggalan juga para pembaca, pelajar & ibubapa. Sekolah-sekolah juga turut datang secara berombongan bagi memeriahkan lagi suasana. Malah sesetengah gerai menawarkan diskaun sehingga 50% bagi pelajar yang memakai uniform sekolah.

Mungkin sesetangah orang berpendapat tiada apa yang boleh didapati jika berkunjung ke sana. "Alah, bukannya dapat buku harga seringgit dua..." antara kata-kata yang dilontarkan oleh adik iparku sendiri. Tapi bila diberitahu yang memang dengan harga serendah RM0.50 pun buku dijual, dia terdiam. Melalui berita yang disiarkan oleh televisyen, tahun ini merupakan tahun yang tertinggi bil pengunjungnya, kalau x silap melebihi 1.7 juta...

Berita Publishing juga tidak ketinggalan turut serta, seperti tahun-tahun yang lepas. Diskaun yang menarik serta hadiah cabutan bertuah berjaya menarik perhatian orangramai. Langganan pula menawarkan harga serta hadiah yang menarik untuk setiap langganan.

Bagi aku pula, 10 hari itu diibaratkan seperti nak sambut menantu aje..buzyy giler sampai x cukup kaki tangan. Masa tulah peluang untuk berjumpa dengan rakan juga client/subscriber. Jadi perancangan harus dibuat supaya appointment tidak bertindih. Tapi memang agaknya, bak kata Che' Shamsul kepada anak-anak, "mama kalau tak kecoh, tak sah..." he he he. Makanya sebab set sampai 4 ke 6 appointment dalam masa 1 hari...bayangkan apa yang jadi...he he he.
Tak habis satu appointment, yang satu lagi dah sampai...ha ha ha. Kecoh tul....

Alhamdulillah, walaupun jumlah keseluruhan (termasuk jualan di gerai) mungkin tidak seperti tahun lepas...alhamdulillah sangat-sangat rekod pencapaian peribadiku meningkat sebanyak lebih dari 20%. Gembira dan berbesar hati kerana dapat membantu syarikat menaikkan jualan...syukur pada Allah kerana mempermudahkan laluanku...

Juga terima kasih yang tidak terhingga kepada En Shamsul yang amat memahami, mengambil alih tugasku sepanjang 10 hari tersebut termasuk menguruskan anak2 dan pengangkutan. Nota wat Che Shamsul - rasa-rasanya sempat x next yearnya planning .... sebelum bookfair tahun depan ...penatlah...he he he

Thursday, March 17, 2011

Awal cuti sekolah hari tu mendapat jemputan dari Aida & family ke PD. Ok gak, kan, bukan senang Atam nak belanja nih...he he he. Nak dijadikan cerita, dua hari sebelum bertolak rupa-rupanya diberitahu yang aku dijadualkan bertugas pada hari Sabtu tu di Subang Parade. Jelita menganjurkan acara " Gaya si Kecil". Kesian pula, yalah anak-anak telah diberitahu dan diorang pun looking forward nak jumpa mak sedara kesayangan diorang...

Jadi, nak tak nak..aku pun bernegotiatelah dgn bos aku jika boleh ditukar orang lain memandangkan plan dah dibuat lebih awal. Nak tahu apa katanya? " Kau masih boleh pegi PD tu tapi lewat sikitlah...Tak cukup oranglah..tak apa, ko datang kul 1 pm pastu dalam 3.30 pm camtu ko baliklah.." Jadinya berbekal kata-katanya tu, sempatlah aku masak sedikit bekalan pagi tu untuk dibawa ke sana.

Habis kerja dengan t-shirt office kebanggaanku tu, aku pun terus bertolak. Dalam pukul 6.15 pm kami pun tiba disambut Aida di depan hotel. Ini adalah pengalaman pertama kami di hotel ini. Sarah, Danish & Shasha sempat ke kolam renang ditemani Danial & Iman. Malam itu anak-anakku membodek untuk turun ke taman di bawah. Aku membenarkan mereka pergi dan mengarahkan Danial mengawasi adik-adik dan dua sepupu kecil mereka. Walaupun keadaan taman agak suram tetapi ia terletak betul-betul bertentangan dengan bilik kami. Malam tu sambil berbual -bual di balcony dengan Aida, kami turut memerhati anak-anak di taman dan lupa pula..si comel 2 orang tak dibenarkan ikut..


Dina tertawa riang, manakala Danish kontrol macho...he he he

Di belakang Dina tulah taman, terlindung oleh pokok-pokok kelapa yang ada tapi suara gurau senda dorang sampai ke Tingkat 3...ish ish ish

Mama ngan Umi turun juga akhirnya berjalan dengan anak-anak ke kolam renang.

Cuba perhatikan 2 gambar dia atas, lihatlah mata Danish, Dina Hakim & Haikal...alamak..seramnya...he he he


Anak-anak seronok bermain. Tengah malam keluar sebentar dengan suamiku dan Danial kerana nak mencari ubat..katanya rasa nak demamlah pulak...

Pagi-pagi esoknya acara yang tak boleh ditinggalkan mestilah mandi di laut..(sayang sangat gambar langsung tak ada dirakamkan..)

Selamat Menjamu Selera -Aktiviti di tepi pantai, sebelum mandi, tikar tak ada...atas rumput pun bolehlah...

Danish...perasan dia dah boleh floatlah tu...he he he

Balik tu kami singgah rumah Alang di Seremban. Sempat menapau lauk gulai daging salai di Port Dickson..sedapnya..dan Aida belanja makan sate pula...

Dan nak jadi cerita, kemudian-kemudiannya aku dapat tahu dari Aida yang rupa-rupanya menurut temannya yang pernah ke sana...tempat tu keras, berpenunggu. Memanglah, sebesar-besar kawasan hotel & apartment tu..aku perasan memang tak ramai pengunjungnya. Mungkin kerana kawasan tu besar, dan kos membaik pulih yang tinggi diperlukan setiap bulan, membuatkan kawasan tu agak terbiar, catnya juga sudah mula timbul warna-warna yang lain.

Kata Aida, "Alhamdulillah, tak ada apa-apa ya. Budak-budak tu siap main sampai malam tuh..sib baik gak kita suma sembahyang kat sini..seb baik tak jadi apa-apa..lain kali tak yah gi situ lagilah..." yalah tu, kan...Alhamdulillah sumanya baik...he he he

p/s - memandangkan tak ada gambar kali ini, gambar-gambar terpaksa dicilok dari blog Aida...tks ya ...he he he. Terima kasih daun keladi ya..nanti boleh belanja lagi...he he he

Monday, March 14, 2011






Pada 6hb Mac yang lepas genap umur Shasha yang ke 11. Pada 9hb Mac pula Danish menyambut harijadinya yang ke 5.

Danish & Shasha bergambar dengan ahli keluarga yang lain.

Yang ni kek Danish untuk di bawa ke sekolah...


Tengoklah aksi Danish...he he he


Danish & Sarah



Pagi itu semasa menghantar Danish, sempat bawa kek & sedikit jajan untuk kawan-kawan tadikanya. Seronok sungguh Danish. Sebelum berlalu meninggalkan sekolah, kelihatan Danish dikerumuni kawan-kawannya. Dan terdengarlah suaranya yang lantang tu berkata " Nanti, nanti, shuma dapat soyang satu..." he he he...yang pastinya pelat...ha ha ha

Balik, rupa-rupanya Cikgunya sempat memberi hadiah..machinegun tu...terima kasih Cikgu..tak taulah masa bila sempat dia membeli hadiah tersebut.

Happy Birthday Danish & Shasha. Mama doakan agar anak-anak mama sentiasa dirahmati Allah, sentiasa diberi petunjuk ke arah yang benar, dimurahkan rezeki, selamat & berjaya dunia & akhirat.

Saturday, March 5, 2011

RODA KEHIDUPAN

Assalamualaikum w.b .t...

Tahun Baru selalunya akan diiringi azam untuk membuat yang lebih baik atau terbaik mengikut kemampuan masing-masing. Selalunya begitulah...tidak ketinggalan juga syarikat tempat kita bekerja. Bermula dengan bonus di hujung tahun, team building sebagai motivasi kepada pekerja untuk terus berjuang dan jika ada lebih tentunya increment sebagai imbuhan di atas segala contribution dan commitment yang telah kita lakukan sepanjang tahun. Alhamdulillah.....

Cerita pasal increment, selalunya ianya berdasarkan performance di sepanjang tahun. Adalah normal perasaan tidak puas hati di kalangan pekerja yang merasa teraniaya. Bermula dengan gossip ringan, dan mereka akan menjadi lebih agresif jika berjumpa pula dengan teman yang sekepala. Dan akan lebih teruk jika mendapat tahu rakan yang pada pendapat mereka kerjanya tak seberapa mendapat lebih daripada mereka.

Bagi aku pula, segalanya dari Allah. Kelahiran, rezeki , ajal & maut telah ditentukan oleh Allah. Kita cuma boleh berusaha, berdoa dan bertawakal. Mungkin adakalanya kita berasa kita berhak mendapat lebih dari yang sepatutnya tetapi kita harus terima hakikat & redha dengan segala ketentuan Tuhan. Setiap yang tersurat tentu ada hikmahnya yang tersendiri dan aku percaya rezeki itu mungkin akan datang dari sumber yang lain. Betapa indah & uniknya Islam, yang amat menitikberatkan soal rohaniah, melatih umatnya agar sentiasa sabar & redha atas setiap dugaan. Konsep inilah antara yang membezakan Islam dengan agama yang lain.

Berbincang dengan cara yang berhemah diharuskan. Sekurang-kurangnya kita tahu mengapa dan atas dasar apa keputusan itu dibuat. Jika banyak kekurangan InsyaAllah kita akan cuba pertingkatkan dimasa hadapan. Cuba berbincang semasa diri dalam keadaan tenang kerana jika didalam tekanan emosi ia tentunya akan lebih memburukkan keadaan.

Paling penting, kerja itu adalah ibadah...selagi kita bekerja kita harus bekerja sebaik mungkin....kalau rasa banyak sangat yang tidak kena dan sering meluahkan rasa tidak puas hati...sebaik-baiknya carilah peluang kerja di tempat lain...lebih berkat, bukan?

Teringat lagi kata-kata bekas majikan lamaku, Mr Ravi," hidup ini seperti roda, sentiasa berputar. Ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah". Selain daripada sikap redha akan ketentuan Allah, percayalah, kata-kata ini berjaya memudarkan rasa tidak puas hati, marah dan kecewa yang kita alami.

Sehingga bertemu kembali..

Sunday, February 27, 2011

RENCAH KEHIDUPAN

Terpanggil menulis tentang seorang teman, bukan untuk membuka aib, tetapi sekadar peringatan dan pengajaran buat semua. Alkisahnya, rakan ini (SP) telah berkenalan dengan seorang lelaki (KE) semasa bertugas. Entah di mana silapnya, bermula dengan sms ringkas berkenaan kerja bertukar kepada pesanan-pesanan berbau "kurang enak". Perhubungan ini berlangsung untuk beberapa bulan. Dan SP masih melayan sms ini dan jika aku sendiri berada di tempatnya sudah lama ku hentikan segalanya.

Biarlah aku cerita serba sedikit tentang SP. Sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang sudah dewasa. Orangnya minat berniaga, jadi tidak hairanlah beliau rajin mencari idea dan peluang untuk memantapkan businessnya. Semasa bertugas menemui KE, beliau ditemani oleh suaminya. Nak dijadikan cerita SP mendapat tahu yang rupa-rupanya KE adalah anak kepada seorang VIP. Apalagi...salam perkenalan disambut selebar-lebarnya...

Sms demi sms yang diterima dibalas, membuatkan KE semakin berani membuat permintaan yang bukan2. Dipendekkan cerita, suatu hari SP melangkah keluar rumah setelah perjanjian untuk berjumpa di sebuah hotel dipersetujui. Nak dijadikan cerita ada aral yang membuatkan SP tidak jadi ke tempat yang dituju. Pulang ke rumah dengan berbagai perasaan , malu pada diri sendiri, anak-anak (w/pun anak2 tak tau), bersalah dan selebihnya bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah diatas segala kejadian. Yalah manalah tau, macam-macam boleh jadi,kan...

Moral of the story, memang kita harus berusaha untuk mendapatkan sesuatu beserta doa. Tetapi berpada-pada, jika dari awal lagi jalannya tu dah tak berapa nak betul, bayangkanlah apa akan terjadi seterusnya. Jangan sesekali menggadaikan kepercayaan suami dan ahli keluarga yang lain dengan perkara yang masih belum pasti . Dan aku percaya, rezeki ditentukan Allah. Kalau ya kataNya, maka jadilah...

Minta ampun & maaf sangat-sangat ya SP bila terbaca coretan ni..aku pasti SP faham bila membacanya kerana amat mengenali sikapku yang tak akan memburukkan kawan...kan, kan, kan...nanti bila-bila kita lunch sama, ya...

Saturday, February 19, 2011

Babak 2

Tengahari itu, Cikgu Chen, guru yang mengajar pelajaran Mathematik masuk ke bilik darjah. Selalunya Cikgu Chen akan memberi kerja rumah di akhir waktu pelajarannya dan pelajar harus hantar buku latihan di bilik guru pada keesokan harinya sebelum bermulanya waktu kelas. Dan pada waktu nya mengajar, buku-buku yang telah disemak itu akan di bawa bersama. Begitulah juga pada hari itu. Beliau memanggil nama seorang demi seorang pelajarnya sambil memberi komen demi komen. Semua pelajar menundukkan muka tidak berani memandang ke depan.

"Suraya..."jeritnya. Suraya pintas bangun menuju ke arahnya, tetapi buku latihannya dilempar mengenai mukanya sebaik dia tiba dihadapan kelas. "Bodoh...lain kali buat betul-betul. Main saja..." Suraya pulang ke tempat duduknya dengan perasaan malu. Tika yang duduk di hadapan sekali, yang beberapa jengkal sahaja daripada Cikgu Chen, rasa hendak gugur jantungnya..
"Luis..." Luis melangkah ke hadapan. Tiba-tiba Cikgu Chen melemparkan buku latihan tersebut lalu jatuh di tingkat bawah. Maka berlarilah Luis mengutip bukunya yang terjatuh itu. Begitu juga dengan Shaari, Shariza dan ramai lagi. Akhirnya nama Tika dilaungkan. Tika berdiri menghampiri Cikgu Chen yang berada di hadapannya. Cikgu Chen melihat buku latihan di tangannya lalu memandang Tika. "Bagus, awak boleh duduk dulu, kita bincang dengan kelas bagaimana nak menjawab soalan-soalan ini...." bukunya masih di tangan Cikgu Chen. "Alhamdulillah, nasib baik...." Tika tarik nafas panjang. Begitulah setiap hari di dalam kelas Cikgu Chen. Tika yang sememangnya suka pelajaran matematik itu sebenarnya amat selesa dengan cara Cikgu Chen mengajar, malah Tika rasa beliau seorang guru yang amat bertanggungjawab dan sentiasa berusaha untuk mengajar anak-anak buahnya dengan berbagai-bagai pendekatan.

Petang itu, Tika berjalan perlahan-lahan ke perhentian bas. "Lambat pula bas hari ni...dah nak gelap dah..." Dari jauh Tika ternampak sekumpulan pelajar senior yang sedang berbual-bual sambil gelak ketawa. Dan semasa itulah Tika perasan, pemuda yang sering lalu di hadapan rumahnya turut berada di situ, memandangnya sambil tersenyum. "oh...Mamat tu Tingkatan 4 rupanya..." Sebaik bas yang penuh itu tiba pemuda itu memberi laluan kepada Tika untuk naik terlebih dahulu. Ini diikuti dengan gelak ketawa teman-temannya.