Wednesday, January 20, 2016
Jalan-jalan di Bali - Bedugul (5)
Jalan-jalan di Bali - Pantai Legian (4)
Jalan-jalan di Bali - Kecak Dance (3)
Kecak Dance
Dikenakan sebanyak Rp100,000 seorang (RM32), agak mahal tetapi berbaloi. Pertunjukan bermula 6.30 pm selama sejam.
Di sini lebih teratur dibandingkan di Uluwatu. boleh refer ke :
BALI - TARIAN KECAK / KECAK DANCE (4) http://serititisembun.blogspot.com/2012/12/bali-tarian-kecak-kecak-dance-4.html
Penari dan pelakon kecak cuma berlegar di atas pentas..manakala di Uluwatu tiada pentas. Tempat duduk penonton lebih kurang seperti stadium cuma bersaiz kecil dan di tengahnya cuma lantai simen tempat persembahan. Pelakon2 di Uluwatu pula lebih bersemangat dan diselang seli pula dengan watak kelakar menjadikannya lebih hidup. Hanuman dgn tiba2 berada di celah penonton melompat ke sana sini membuatkan suasana gamat.
Taridra sama seperti di Uluwatu. boleh refer ke site yang disertakan diatas.
Pengunjung boleh membuat perbandingan sebelum mmbuat keputusan yg mn satu untuk dikunjungi.
Jalan-jalan di Bali (2)
Seawal 7.30 sudah berkumpul untuk breakfast. Seperti biasa roti bakar dan butter je yang selamat untuk dimakan...oh ya..juga homemade jem nenas special fevret mak. 8.30 am Pak Ali tiba, memulakan perjalanan ke Kintamani.
Dalam perjalanan singgah di kilang membuat batik. Di sini hasil batik seperti kain, baju, beg dan sebginya turut dijual. Harga agak mahal, mungkin kerana cara menghasilkannya yang lebih kepada melukis atau mencanting.
TIRTHA EMPUL - di sini terdapat kolam yang katanyer jika mandi di sini boleh menyucikan dosa...fungsinya ebih kurang seperti sg gangga di India. Kolam penuh dengan penganut Hindu...cuma agak keliru bila ternampak 2 orang gadis bertudung yang turut berada di dalam kolam. Mungkin dgn niat utk mendapatkan pengalaman...
Nun di atas bukit terdapat istana Presiden, Indonesia..berhampiran pura yg terdapat di situ.
Cuaca yang sejuk menyambut ketibaan kami di Kintamani, tiba sudah melepasi zuhur.
Sempat menikmati kopi panas, dengan pemandangan indah gunung merapi dan danau yang amat luas.
Solat Zuhur dan Asar (qasar n jamak) di masjid sebelum bergerak turun. Lewat lunch ari tu memandangkan di situ tiada kedai makanan halal. Alhamdulillah..sedap makanan padang yang dihidangkan.
Tidak melepaskan peluang untuk menonton pertunjukan tarian kecak di Denpasar. jika mengikuti blog yg terdahulu..tarian kecak turut diadakan di Uluwatu. Boleh refer di
BALI - TARIAN KECAK / KECAK DANCE (4) http://serititisembun.blogspot.com/2012/12/bali-tarian-kecak-kecak-dance-4.html
Dikenakan sebanyak Rp100,000 seorang (lebih kurang RM32) , agak mahal tetapi berbaloi.
bersambung....
Family Trip @ Jalan-jalan ke Bali 2016
Berpeluang sekali lagi ke Bali pada 19/1 ke 21/1..tapi kali ini selain anak-anak, keluarga sebelah suami ramai yang turut serta. Cheah n family, Naza n family, ila n amnan, mak dan mak mentua cheah pun ikut serta... lebihkurang 20 orang semuanya..kecoh, havoc tapi seronok reramai nih..
Flight dijadualkan lebih kurang 4.45 pm. Delay 30 ke 40 minit x silap. Tiba di Bali, Pak Ali telah sedia menunggu. Rombongan cik kiah seramai 20 orang bergerak meninggalkan lapangan terbang menaiki coaster yang selesa, ditempah melalui Pak Ali yg akan bersama kami selama di Bali.
Singgah sebentar di Krisna untuk membeli makanan ringan dan kudapan. Ketua rombongan @ Sham memperuntukkan masa sejam sahaja di sini. Krisna merupakan shopping mall yang menjual barangan souvenier, baju, t shirt, sabun mandian, minyak urut beraroma, batik dan sebagainya. Harga murah dan tetap.
Singgah pula berhenti makan di sebuah restoran nasi padang sebelum check in di hotel yang terletak di Legian. Kelebihan menggunakan khidmat pak supir yang beragama Islam , tak perlu risau untuk mendapatkan makanan halal memandangkan makanan fevret di sini adalah babi guling dan majoriti penduduknya beragama Hindu.
In shaa Allah ini merupakan kali ke 3 menggunakan khidmat Pak Ali yang memang superb. Jika sesiapa yang nak ke Bali boleh menggunakan khidmat Pak Ali, boleh di hubungi di watsapp di talian :
Pak Ali + 62 852-0535-9878.
Pak Ali...supir terbaekk di Bali....
Harga yang di tawarkan amat berpatutan dan tidak berkira sangat tentang masa.
Lega rasanya dapat berehat selepas hari yang amat panjang...klu x silap dalam 11 ++ pm baru check in..subhanallah...
Perlu tidur memandangkan esok perlu bangun awal. waktu di sini sama dengan waktu Malaysia cuma waktu solatnya sejam lebih awal..












