Sunday, September 30, 2012
HO CHIN MINH CITY, VIETNAM (1)
HO CHIN MINH CITY , VIETNAM
24 OGOS 2012 Tiba, terus ke hotel yang telah dibooked thru internet oleh suamiku. Pengangkutan utama di sini adalah motosikal, jadi tidak hairanlah di sepanjang perjalanan ke hotel kelihatan banyak motosikal dijalanraya. Mereka selalunya akan memakai helmet yang amat comel dan berbagai warna. Berehat sebentar sebelum keluar untuk ke butik-butik yang terdapat di sekitar Ben Tharn Market. Baju-baju kurung & jubah yang cantik, bersulam indah banyak terdapat di sini dengan harga yang murah dibandingkan dengan Malaysia. Kalau di Malaysia paling kurang RM140 keatas, tapi di sini tak sampai seratus pun, malah jika bernasib baik dan pandai nego, boleh dapat serendah RM70.....
Di sini penduduknya amat gemar "melepak". Jika berjalan di waktu malam di kaki lima, mereka akan duduk bersantai, minum kopi sambil berbual-bual. Meja kecil dan kerusi kecil, malah, kotak juga ada yang dijadikan meja.. Di sekitar kedai-kedai makan juga tersedia hammock, dipasang pada tiang-tiang kedai tersebut..
Cuaca yang mendung hari tu menyukarkan kami mencari arah kiblat. Dinner dengan salah seorang rakan sepejabat suamiku di Vietnam, Vinh kami berjalan agak jauh untuk mendapatkan makanan yang halal. Kami makan di restoran yang berhadapan dengan masjid di sekitar Sheraton Hotel. Alhamdulillah selepas makan, singgah di masjid menunaikan qasar & jamak Maghrib & Isya'. Tips dari Imam Muda masjid pada suamiku "Vietnam adalah negara kafir, jadi, kalau x pasti arah kiblat, solat saja..kena yakin..." Balik, penat sangat..jalan jauh tau..huhu
bersambung...
HO CHIN MINH CITY, VIETNAM (3)
26 OGOS 2012
Pagi seawal 7.30 am dah bersarapan di hotel. Apalagi..seperti biasa, roti & telur rebus aje..he he..InsyaAllah , itu aje yang boleh makan. Ke Ben Tharn Market membeli sedikit cenderahati untuk dibawa pulang untuk yang tinggal. Dalam pukul 10.30 dah sampai ke bilik hotel, mengambil kesempatan untuk berehat sambil sms anak-anak & Aida untuk melepaskan rindu.
Pukul 1 ++ pm dah keluar, makan di sekitar area Ben Tharn di sebuah kedai makan kecil Melayu Champa yang beragama Islam. Makanan halal di sini boleh dikira cuma beberapa sahaja & agak mahal, dah jadi luxury food pula...
Gambar menunjukkann bangunan Bitexco Financial Tower yang menyerupai Menara Telekom di Malaysia.
Tiba di Airport dalam pukul 2.30 pm..suamiku menghantar sehingga ke kastam yang kelihatan begitu serius bekerja. Menurut suamiku, diorang nih strict sikit..Balik sorang-sorang (suamiku bekerja & akan pulang lagi 2 hari)..rasa kosong aje...ish ish ish..mcm lagu Najwa tu plak.
.. Alhamdulillah, selamat tiba di KLIA seperti yang dijadualkan, Aida & family yang menjaga anak-anakku selama di sana telah siap menunggu dan menghantar pulang ke Sg Buloh...Alhamdulillah..
. Terima kasih banyak-banyak buat Aida & Nizam..bukan senang tu nak menjaga 8 orang anak...he he
Juga buat suamiku..selepas 17@24 tahun..ianya sesuatu yang indah untuk dikenang...Happy Anniversarry..Harapan & doa kami seiring agar ikatan yang dibina kekal abadi dan kasih-sayang yang dibina sentiasa segar dan mekar mewangi sepertimana juga dalam mendidik dan membesarkan anak-anak...InsyaAllah...
Pukul 1 ++ pm dah keluar, makan di sekitar area Ben Tharn di sebuah kedai makan kecil Melayu Champa yang beragama Islam. Makanan halal di sini boleh dikira cuma beberapa sahaja & agak mahal, dah jadi luxury food pula...
Gambar menunjukkann bangunan Bitexco Financial Tower yang menyerupai Menara Telekom di Malaysia.
Tiba di Airport dalam pukul 2.30 pm..suamiku menghantar sehingga ke kastam yang kelihatan begitu serius bekerja. Menurut suamiku, diorang nih strict sikit..Balik sorang-sorang (suamiku bekerja & akan pulang lagi 2 hari)..rasa kosong aje...ish ish ish..mcm lagu Najwa tu plak... Alhamdulillah, selamat tiba di KLIA seperti yang dijadualkan, Aida & family yang menjaga anak-anakku selama di sana telah siap menunggu dan menghantar pulang ke Sg Buloh...Alhamdulillah..
. Terima kasih banyak-banyak buat Aida & Nizam..bukan senang tu nak menjaga 8 orang anak...he he
Juga buat suamiku..selepas 17@24 tahun..ianya sesuatu yang indah untuk dikenang...Happy Anniversarry..Harapan & doa kami seiring agar ikatan yang dibina kekal abadi dan kasih-sayang yang dibina sentiasa segar dan mekar mewangi sepertimana juga dalam mendidik dan membesarkan anak-anak...InsyaAllah...
Sunday, August 12, 2012
KUCHING, SARAWAK - PART 5
.
Inilah tempat yang paling tidak sabar dituju oleh 2 hero kami,
Danial & Danish. Harga Cuma RM1.00 seorang, umur di bawah 18 tahun percuma
sahaja. En Shamsul yang pada mulanya tidak mahu turut serta (al-maklumlah..tentu
perlu menaiki tangga yang tinggi..bayangkan Batu Caves aje…) Selepas bertemu
penjaga di pejabat, rupanya kita cuma perlu manaiki sedikit anak tangga sahaja,
sudah tiba ke pintu gua yang dimaksudkan. Kami juga perlu menyewa lampu suluh
memandangkan keadaan yang gelap di dalam sana. Atas alasan ini jugalah,
akhirnya En Shamsul turut serta…he he he, tak sampai hatilah tuh..
Pengalaman kali pertama di dalam gua :

...
.
7)
Pasar Serikin
Terletak disempadan Indonesia. Produk yang boleh didapati di sini adalah seperti telekung, kain
batik, kain/ baju kebaya, t shirt, langsir & sebagainya. Menurut sumber,barang-barang
batik, kain/ baju kebaya, t shirt, langsir & sebagainya. Menurut sumber,barang-barang
dibawa dari Pontianak, Indonesia. Jika pandai tawar menawar, amat berbaloi membeli-belah di
sini.
Sampai sekarang, masih tidak boleh faham kenapa tidak membeli walau sepasang kain
kebaya pun walaupun harga cuma antara RM40 ke RM50 .
8)
Wind Cave
Inilah tempat yang paling tidak sabar dituju oleh 2 hero kami,
Danial & Danish. Harga Cuma RM1.00 seorang, umur di bawah 18 tahun percuma
sahaja. En Shamsul yang pada mulanya tidak mahu turut serta (al-maklumlah..tentu
perlu menaiki tangga yang tinggi..bayangkan Batu Caves aje…) Selepas bertemu
penjaga di pejabat, rupanya kita cuma perlu manaiki sedikit anak tangga sahaja,
sudah tiba ke pintu gua yang dimaksudkan. Kami juga perlu menyewa lampu suluh
memandangkan keadaan yang gelap di dalam sana. Atas alasan ini jugalah,
akhirnya En Shamsul turut serta…he he he, tak sampai hatilah tuh..Pengalaman kali pertama di dalam gua :

...
Nak gelak dulu nih…he he he
Berbekalkan sebuah lampu suluh
(kami yang seramai 7 orang), tidak sangka sebenarnya, keadaan begitu gelap
sekali. Cuba bayangkan apa jadi kalau keadaan yang gelap itu hanya diterangi
oleh cahaya dari sebuah lampu suluh yang sederhana saiznya….

Suamiku didepan sekali dengan lampu suloh, menghala ke hadapan..aku & Iman yang di belakang sekali..jalan sampai tersepak-sepak anak-anak tangga.. Sebenarnya, gua ini telah diubahsuai untuk kemudahan pelancong. Trek jalan telah disediakan dan banyak anak-anak tangga yang harus dilalui.

Sepanjang jalan kami berselisih
juga dengan 2/3 buah keluarga. Setengah perjalanan kami berpatah balik, kali
ini siapa lagi yang berada di depan memegang lampu suluh…he he he, gila kuasa
sekejap…sambil berjalan sempat berkata “ sepatutnya kena ada at least 2/3 lampu
nih..tapi since dah silap tuh..kita jalan kena ingat orang lain gak..jadi, kena
suluh ke belakang juga..kalau tak..x perasan ada tangga, boleh jatuh…” he he
he..
Akhirnya selamat tiba di muka
gua..takut ada, seronok berlebih lagi..bak kata Danial..”tak puaslah mama,
patutnya kita habiskan perjalanan tadi…”
Danish pula kata “Mama, kelawar
tu semua tengah tidur ya…nanti dia tak hisap darah kita ke….” pengaruh drakula lah tu…Tak tau apa perasaan
masa tuh..gelap tuh..dengar bunyi kelawar pun..semua kecoh…he he he
Friday, August 10, 2012
KUCHING, SARAWAK - PART 4
.
1)
Muzium Negeri
Bangunan muzium ini telah dibina khas oleh Raja Charles Brooke untuk menyimpan & mempamerkan bahan-bahan hasil seni dan pertukangan kaum asli dan binatang-binatang tempatan untuk selama-lamanya. Ia telah direka oleh pelayan Rajah yang berbangsa Perancis yg mengikut Dewan Bandaran Normandy, Perancis dan warta kerajaan telah menyatakan yang bangunan inimengikiut bangunan di zaman Ratu Anne. Bentuk bangunan ini ialah bersegi empat. Ukuran luasnya 50 meter panjang dan 13.5 lebar. Galeri disinari oleh jendela yang dibina dibumbung bangunan ini.- petikan dr Muzuim Sarawak
![]() | ||
Dari jauh bangunan putih 2
tingkat itu menggamit sesiapa sahaja yang memandang. Berdekatan dengan Merdeka
Palace Hotel, muzuim tersebut terletak di atas bukit.
Di tingkat atas pula sejarah awal Sarawak boleh dilihat dinding sebelum memasuki pintu utama. Lakaran / lukisan kaum lelaki yang sibuk berburu dan bertani yang merupakan sumber pekerjaan utama dengan hanya memakai cawat menutupi bahagian tertentu. Kaum wanita pula sibuk memasak, membasuh & membuat kerja rumah, tanpa memakai sebarang pakaian. Terbulat-bulat mata Iman & Shasha di buatnya…he he he
![]() | |
Monday, August 6, 2012
KUCHING, SARAWAK - PART 3
4) Pasar Satok
Terletak di Jalan Satok. Tidak sah kalau tidak ke Pasar Satok kerana di sinilah pusat segala-galanya. Banyak barang-barang kraf, kek lapis & sebagainya di jual di sini.
5) Muzium Kucing
Kali pertama, mendengar namanya, Danish sudah tersenyum-senyum. Tidak dapat digambarkan bagaimanakah keaadaan muzium kucing yang dimaksudkan barangkali.
Nah, sekarang sudah jelas, bukan? Segala-galanya tentang kucing…
Memang agak unik sebenarnya, usaha kerajaan Sarawak dalam memperkenalkan Kuching,

Sunday, August 5, 2012
KUCHING, SARAWAK - PART 2
3)
Semenggoh Wildlife Centre
Satu lagi tempat yang ditunggu
–tunggu untuk dilawati.
Kalau tidak silap terdapat 23
ekor orang utan di sini. Harga cuma
RM5.00 untuk dewasa dan umur dibawah 18 thn dikenakan RM2.00 sahaja. Waktu
adalah diantara 9 –10 am dan 2-3 pm.
Kami perlu berjalan di
dalam hutan selama 10 minit dan di awasi oleh ranjer2 yang harus
memastikan keselamatan kami. Baru aje hendak memasuki hutan, kami disambut oleh
seekor orang utan yang mendukung bayinya. Perjalanan tergendala sehingga ranjer
mengarahkan supaya masuk & berjalan perlahan-lahan memandangkan orang utan
itu boleh menyerang.
10 min berjalan, kami tiba di tempat tersebut. Dari kejauhan di tengah-tengah hutan itu kelihatan petugas sedang meletakkan buah-buahan di dalam besen yang besar di atas pelantar yang disediakan. Cuma seekor sahaja kelihatan, itupun di atas pokok yang sangat tinggi. Mungkin takut apabila ternampak ramai yang sedang memerhatikan. Selepas 10 – 15 min menunggu, kami menapak perlahan-lahan keluar dari hutan. Ada juga yang masih sabar menunggu.
Saturday, August 4, 2012
KUCHING, SARAWAK
Alhamdulillah…peluang ke Kuching, Sarawak bersama keluarga
tidak dilepaskan. Kami di sambut dengan
arca kucing yang banyak terdapat di sekitar bandaraya ini. Menginap di
360 Hotel – Urban Resort yang berada di tengah bandaraya memudahkan untuk
melawat ke tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Kuching.
1)
Waterfront
Merupakan kawasan pelancongan
yang pasti dikunjungi jika sampai ke sana. Terletak di sepanjang Sg Sarawak dan
terdapat deretan kedai yang menjual barangan cenderahati dengan harga yang
berpatutan.

![]() |
| Iman berlatar belakangkan Sg Sarawak |
![]() |
| Sarah, semasa menaiki bot untuk ke seberang |

Pemandangan di sepanjang Sg Sarawak
di waktu malam amat indah. Jelas kelihatan bangunan Astana dari kejauhan.
Lampu-lampu yang terdapat di sekeliling menambahkan lagi keindahan malam di
Kuching. Orang ramai yang datang lebih
gemar duduk bersantai di tepi sungai mengambil angin malam.
2)
Kek Lapis Sarawak
Rugi kalau tak beli. Walaupun
boleh memandu ke seberang sungai melalui jambatan yang disediakan, kami memilih
untuk menaiki bot yang banyak terdapat di setiap jeti di sepanjang waterfront.
Tambang yang dikenakan amat murah, 40 ke 50 sen seorang.
Tapi dalam baik, Tipah tertipu
juga…dalam baik & ramah melayani kami semasa dalam perjalanan pulang ke
seberang, kami dikenakan RM14.00.(utk 7 orang..sepatutnya dalam 3 ke 4 hinggit
sahaja….) Suamiku terdiam, bayar dan terus berlalu. Jadi, berhati-hatilah…
Sudah tentulah Kek Lapis Dayang
Salhah menjadi pilihan.
Subscribe to:
Posts (Atom)