Sunday, March 11, 2012

KOMPANG DIPALU, SINGGAHSANA DITUJU - KHAS BUAT NORA & SHAFIE





SELAMAT PENGANTIN BARU (3/3/12)




Hati masih libang libu bila teringat weekend yang baru aje berlalu. 3hb Mac 2012 merupakan tarikh  yang bersejarah buat kami kerana merayakan hari pernikahan adinda kesayangan, Nora dengan jejaka pilihan hatinya, Shafie. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan selesai sudah satu agenda yang penting.


.
Terima kasih yang tidak terhinnga kepada Abang Nizam sekeluarga sebagai tuan rumah yang dah tentu semua maklum contibution diorang nih yang berganda-ganda lebih dari orang lain
Bak kata suamiku Sham, "Abang Nizamlah yang menyambut tetamu, dia jugaklah yang ke depan ke belakang, untuk memastikan semuanya ok..(agaknya kalau diberi pilihan mesti dia lebih selesa memakai t-shirt dari baju melayu tuh..) Dia jugaklah yang sibuk menguruskan hal tok kadi, set date & time nak nikah..tu tak pening kepala memikirkan masalah tetamu..takut tetamu melebihi makanan yang disediakan..stress tuh..

Dan kepada ahli keluarga yang lain juga..terima kasih yang tidak terhingga..tanpa kalian semua, majlis tidak akan berjalan dengan lancar.Di sini juga, inginku mengambil kesempatan memohon maaf, jika ada kekasaran bahasa atau ada kekanda atau adinda yang berkecil hati sepanjang kita di sana. Al-maklumlah..tujuan kita di sana adalah untuk melancarkan segalanya.





Abang Isa juga yang selama nih susah betul nak ambil cuti (maklumlah..kerja shift)  tetapi kali ini turut berada di sana hingga majlis selesai..alhamdulillah.

Suka sangat gambar ni..seri seorang yang bakal bergelar isteri


Pagi Sabtu itu, sewal 5 pagi kami telah mula bersiap siap..maklumlah..ramai..kena bergilir-gilir mandi & bersiap. Ada juga pagi tu baru nak menggosok baju. Selepas bersarapan, kami bergerak ke masjid. Tepat 9.00 pagi seperti yang dijadualkan semua telah tiba. Tetapi Tok kadinya tiba dalam pukul 9.20 am. Sebab?? Tok kadi terlupa nikah kat masjid, walaupun dia sendiri yang request..dia pi kat umah pengantin lak..(berselisih jalan kot..) Nora sah menjadi isteri orang dengan sekali lafaz sahaja. Alhamdulillah...





Selepas majlis, beramai-ramai ke rumah Alang untuk bersarapan. Nora bersiap untuk majlis bersanding pula. Cantik sungguh Nora hari tu..sesuai dengan title "Raja Sehari'..berseri-seri, seri pengantinlah katakan..
Masa ni jugalah berpeluang untuk berjumpa dengan saudara-mara yang sudah lama tidak ketemu.



















Tina diapit oleh 2 daripada gadis bunga telur...Iman & Nadia...he he he
Petugas-petugas yang berbaju hijau (semuanya cun-cun & handsome2 belaka) siap sedia menerima tetamu di hadapan khemah. Begitu juga dengan gadis  bunga telur (Nadia, Iman, Shasha & Ika). Comel-comel belaka, ke depan ke belakang memberi cenderahati kepada tetamu. Sebelum itu sedikit briefing tentang kerja depa ni telah diadakan.

Mak Andak dikelilingi anak-anak buah
















Pengantin lelaki tiba disambut dengan paluan kompang yang kedengaran dari speaker Nazri. Ohh...lupa pulak nak citer..selain dari menyambut tetamu, Nazri juga ditugaskan untuk menjaga audio/alunan muzik daripada CD koleksinya sendiri. Malam sebelumnya, kitorang dah siap testing dah..budak-budaklah yang paling kecoh. Pengantin berarak masuk ke rumah. Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu, majlis menepung tawar dimulai selepas  sedikit kata-kata aluan dariku  untuk memulai majlis. Dimulai dengan keluarga sebelah perempuan, diikuti keluarga pihak lelaki dan sahabat handai.



Majlis ini diiringi oleh muzik gamelan dari Nazri..syahdu  rasanya...punyalah ramai orang sampai nak berjalan pun susah. Tapi sempat juga menarik tangan Jirene (isteri kepada boss suamiku yang berasal dari Switzerland), untuk merasai pengalaman menepung tawar!

 Petang, tetamu beransur pulang. Anak-anak yang selama ini buat hal sendiri aje, pulang dengan baju yang basah..rupanya sempat main air becak di taman. Semua mengambil peluang untuk berehat sebab malam nanti upacara  memotong kek dan membuka hadiah akan diadakan.


bersambung.....


Monday, February 27, 2012

NASI KANDAR, KANGKUNG SOTONG...UMMPHH!!



Seperti biasa, hotel booked last minute, semuanya last minute. Kali ni gara-gara Che' Shamsulnya yang kena outstation ke Penang baru-baru nih. Hari Khamis baru confirmed, balik, malam kemas baju sebab plannyer esok balik kerja nak terus bertolak. Imanlah yang paling gumbira sebab dah ngidam nak makan nasi kandar Penang..termakbul sudah hajatnya...

Balik kerja Jumaat tu, tiba agak lewat di rumah. Tapi anak-anak semua dah siap menunggu. Selepas mandi & solat Isyak, kami pun bertolak. Singgah dinner dulu di Sg Buloh dan ke rumah Cheah di Sri Damansara. Kali ini Atuk & Opah kesayangan anak-anakku turut serta. Aku yang memang dari siangnya tadi mula rasa tak sedap badan, macam nak demam..sempat menelan sebiji panadol sebelum terlelap.
Danish berlatarbelakangkan pemandangan yang sungguh indah
Sempat solat subuh di masjid kesukaan kami di Seberang Prai sebelum meneruskan perjalanan menaiki feri untuk ke Pulau. Breakfast apa lagi..nasi kandar,lah di Batu Ferringhi. Ibu & bapa mentuaku cuma makan roti canai aje..Dengan budi bicara petugas di kaunter, kami dapat awal check-in..pukul 10.00 am, semua mengambil peluang untuk berehat.



 
Hasil kreativiti Shasha


Shasha & Opah..mama kat bilik tertidur awal lepas makan panadol

so sweet..dibawah lindungan towel Sarah


Atuk & Opah

Shasha & Iman dengan timbunan kulit kerang


 


Danish pun nak bergambar juga, tapi takut terjatuh ke dalam air...he he he


Inilah kuda laut..sempat singgah di akuarium Penang
Dan bunga pun berguguran....



Pagi Isnin itu, Che' Shamsul ke airport untuk mesyuarat seperti yang telah dijadualkan, manakala aku & ibu mentuaku ke kolam renang melihat anak-anak yang sedang mandi-manda. Selepas check-out, kami singgah untuk lunch dulu sebelum bertolak meninggalkan P. Pinang. Dalam perjalanan pulang, menuju ke Pantai Dalam, Sarah sempat meluahkan kata-kata " Ala, rasa tak puaslah jalan dengan Atuk & Opah.." "Ala..tak apalah..nanti ada rezeki, kita jalan lagi.." sahutku. Opah & Atuk turut mengiyakan perbualan pendek tersebut. InsyaAllah..kalau ada rezeki, kita jalan lagi...


Saturday, January 28, 2012

JOM GI TAIPING

Cuti Tahun Baru Cina yang baru aje berlalu ni, awalnya  tak ada plan nak ke mana-mana, sebab bila dah last minute semua hotel dah penuh. Tapi..tak boleh jadi nih..akhirnya Che' Shamsulnya membuat panggilan ke Taiping. Nasib baik apartment kawan sekolahnya dulu di Bukit Merah boleh digunakan. Maknanya ke situlah destinasi kami sekeluarga, kali ini Aida & family pun join kitorang..

Tapi hari Sabtu tu, jalan punyalah jam giler..Aida sampai pening-pening kepala sebab terpaksa mengharungi jam selama 9 jam (dari Ukay Perdana, Ampang)..he he he




Danial & Haikal..tetiba di tengah tasik, hujan lebat..basah kuyup le..

Dina, Sarah, Hakim & Haikal di Muzium Taiping






Sarah & Dina semasa menaiki feri di Taman Tasik Taiping.

Lihatlah dunia...jgn tak tau, gelongsor ni jugalah yang sering kami kunjungi sewaktu kecil dahulu setiap kali balik ke Taiping..


Dina & Danish..

Sarah, Dina, Danish & Hakeem


Sempat singgah di Muzium & Taman Tasik Taiping. Agak menarik di muzium yang memang telah lama tidak kami kunjungi. Sedang anak-anak berseronok di Taman Tasik..hujan pula turun dengan lebatnya..habis semua basah kuyup..ish ish ish..

Bagaimanapun seronok bila melihat anak-anak gembira /seronok, ditambah pula dapat bersama dengan sepupu-sepupu kecil mereka. Ada rezeki kita jalan lagi ek..