Saturday, February 19, 2011

Babak 2

Tengahari itu, Cikgu Chen, guru yang mengajar pelajaran Mathematik masuk ke bilik darjah. Selalunya Cikgu Chen akan memberi kerja rumah di akhir waktu pelajarannya dan pelajar harus hantar buku latihan di bilik guru pada keesokan harinya sebelum bermulanya waktu kelas. Dan pada waktu nya mengajar, buku-buku yang telah disemak itu akan di bawa bersama. Begitulah juga pada hari itu. Beliau memanggil nama seorang demi seorang pelajarnya sambil memberi komen demi komen. Semua pelajar menundukkan muka tidak berani memandang ke depan.

"Suraya..."jeritnya. Suraya pintas bangun menuju ke arahnya, tetapi buku latihannya dilempar mengenai mukanya sebaik dia tiba dihadapan kelas. "Bodoh...lain kali buat betul-betul. Main saja..." Suraya pulang ke tempat duduknya dengan perasaan malu. Tika yang duduk di hadapan sekali, yang beberapa jengkal sahaja daripada Cikgu Chen, rasa hendak gugur jantungnya..
"Luis..." Luis melangkah ke hadapan. Tiba-tiba Cikgu Chen melemparkan buku latihan tersebut lalu jatuh di tingkat bawah. Maka berlarilah Luis mengutip bukunya yang terjatuh itu. Begitu juga dengan Shaari, Shariza dan ramai lagi. Akhirnya nama Tika dilaungkan. Tika berdiri menghampiri Cikgu Chen yang berada di hadapannya. Cikgu Chen melihat buku latihan di tangannya lalu memandang Tika. "Bagus, awak boleh duduk dulu, kita bincang dengan kelas bagaimana nak menjawab soalan-soalan ini...." bukunya masih di tangan Cikgu Chen. "Alhamdulillah, nasib baik...." Tika tarik nafas panjang. Begitulah setiap hari di dalam kelas Cikgu Chen. Tika yang sememangnya suka pelajaran matematik itu sebenarnya amat selesa dengan cara Cikgu Chen mengajar, malah Tika rasa beliau seorang guru yang amat bertanggungjawab dan sentiasa berusaha untuk mengajar anak-anak buahnya dengan berbagai-bagai pendekatan.

Petang itu, Tika berjalan perlahan-lahan ke perhentian bas. "Lambat pula bas hari ni...dah nak gelap dah..." Dari jauh Tika ternampak sekumpulan pelajar senior yang sedang berbual-bual sambil gelak ketawa. Dan semasa itulah Tika perasan, pemuda yang sering lalu di hadapan rumahnya turut berada di situ, memandangnya sambil tersenyum. "oh...Mamat tu Tingkatan 4 rupanya..." Sebaik bas yang penuh itu tiba pemuda itu memberi laluan kepada Tika untuk naik terlebih dahulu. Ini diikuti dengan gelak ketawa teman-temannya.

Sunday, February 13, 2011

Babak 1 (Khas buat Iman & Shasha)

Pada cuti persekolahan penggal ketiga,Tika berpindah ke kediaman baru yang dibeli oleh ayahnya di Daerah Lawang. Mereka sekeluarga amat teruja , maklumlah rumah sendiri, mana nak sama dengan kuarters yang dihuni sebelum ini, disediakan oleh majikan ayahnya.

Persekitaran yang baru, orang pun masih belum ramai yang berpindah ke kawasan itu. Setiap petang, Tika dan adik-adik akan bermain di luar. Suatu hari sedang leka bermain badminton dengan kakaknya, Tika sedar akan kehadiran seorang pemuda yang sering lalu di hadapan rumahnya. Kalau sekali dua mungkin tidak ada apa-apa, tetapi kalau setiap hari sampai lima atau enam kali lalu depan rumah dengan menunggang basikal..macam ada yang tak kena saja...secara kebetulan pula, semasa Tika memerhati pemuda tersebut, tiba-tiba pemuda itu menoleh ke arahnya sambil tersenyum. Hmm...Tika cuma terdiam masa tu, tidak memberi sebarang respon. "Hm..hensem juga mamat tu.." Kakak Tika yang berada di situ cuma tersenyum memerhati gelagat pemuda tersebut.

Cuti sekolah telah berakhir. Tika cuba menyesuaikan diri di sekolah baru. Memang agak janggal pada mulanya kerana Tika yang dulunya bersekolah perempuan terpaksa melihat rakan-rakan yang lakunya agak bebas lepas dengan rakan yang berlainan jantina. Tika ditempatkan di Tingkatan 2 Seroja. Selepas guru darjahnya mengenalkan diri dan memperkenalkan dirinya, maka seperti biasa, ketua dan penolong darjah dicari. Dengan tak disangka-sangka, entah suara siapa yang mencadangkan agar Tika dipilih untuk menjadi Ketua Darjah. " Adui..apahal aku pulak nih...saja nak kenakan akulah ni...mentang-mentang aku budak baru..."
Akhirnya sebulat suara memilih Tika untuk menjadi Ketua Darjah dan Faisal sebagai penolong.

Dalam darjah, Tika perhatikan ada satu kumpulan yang diketuai oleh Nur Atan. Ahli-ahli kumpulan ni amat patuh pada ketua mereka yang terdiri daripada 4/5 orang. Nur Atan berbadan tegap, muka agak garang, macam mafia pulak. Tapi sentiasa tersenyum bila terpandang atau semasa menegur Tika. Faisal yang menjadi Penolong Darjah pula baru juga bertukar dari Sabah. Orangnya pendiam dan susah untuk diajak berunding. Di tengah-tengah darjah pula ada 2 atau 3 orang yang asyik memerhati Tika. Mereka akan bersembang kemudian tersenyum-senyum sambil memandang Tika. Yang kemudiannya baru Tika tahu salah seorang daripadanya yang bernama Hendra (nama pun macam nama orang Indon gitu, ish...tak kuasa..) amat meminati dan ingin berkenalan dengannya.

Tapi yang teruk sekali tentulah Abu Bakar. Dia akan menulis nama Tika dan Atan atau Hendra, malah nama entah sesiapa lagi di papan hitam jika ada masa terluang. Dan kelam kabut pula Tika berlari untuk memadamnya, takut jika Cikgu yang akan mengajar tiba. Suatu hari entah bila dan bagaimana, Abu Bakar berjaya mendapatkan buku latihan Tika lalu menulis perkataan-perkataan yang tidak baik di dalamnya. Cikgu Foong membawa Abu Bakar menemui pengetua dan selepas itu dia tidak mengganggu Tika lagi, cuma memerhati dari jauh saja.

Hendra pula sudah pandai menghantar surat cinta. Umur baru setahun jagung dah pandai nak bercinta...Tika tunjuk pada abang dan ayah, mereka senyum aje. Kalau Tika layan mestilah diorang marah. Tika selalu ingat pesan emak, jangan sakitkan hati orang, sebab kita tak kenal hati budi orang dan nanti macam-macam boleh jadi. Jadi Tika cuma memandang remeh, buat layan tak layan aje si Hendra tu. Tapi Si Hendra ini, orang diam dia menjadi-jadi pula...dah pandai curi-curi ambil gambar Tika dengan kamera kecilnya itu. Ini memang Tika naik angin..."buatnya dibomohnya aku..sudah..."

bersambung...

Monday, December 27, 2010

Happy Birthday Opah



Assalamualaikum..

Cuti Krismas yang lepas sempat ke Port Dickson dengan Ibu mentua, Naza & family dan Zaidi & family. Kebetulan hari tu adalah harijadi Mak, Shasha dan Iman sempat membuat coklat buat Opah mereka. Lihatlah hasil kreativiti diorang nih...






Malam tu sempat keluar dengan mak, ke town, dengan alasan mak nak beli buah...he he he, buah ke mana, kitorang yang keluar ni, sempat la pulak menjamu selera dengan sate & lain-lain lagi...he he he...




Happy Birthday, Opah...kami doakan agar sentiasa diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki sentiasa dan agar Opah diberkati Allah sentiasa...juga semua yang terbaik buat kita semua...Amin!!

Monday, December 13, 2010

Renungan - Kisah Sebabak

Babak 1

Satu hari aku yang sedang sibuk melipat baju yang bertimbun-timbun tu didatangi Danish lalu berkata, " Mama, mama tau tak apa yang Danish fikir sekarang?" "Tak, apa yang Danish fikir?" balasku. " Tak fikir apa-apa pun..." jawabnya lalu berlalu menghampiri kakaknya yang sedang asyik menonton TV.

Aku sekadar terkebil-kebil sambil memerhati tingkahnya. Apa ke halnya ni...ish ish ish...confuse aku dibuatnya....


Babak 2

Ni kisah sebabak juga...

Lokasi : Rumah Alang, Seremban

Masa : Di waktu petang, di serambi rumahnya.

Kelihatan 3 beradik sedang asyik bersembang, tak habis-habis, dari satu topik ke satu topik yang lain. Nampak dari jauh memang menarik apa yang dibincangkan tu. Mereka di kelilingi 4 atau 5 anak-anak yang agak besar, turut mendengar celoteh ibu & ibu saudara mereka. Tiba-tiba Sarah bersuara, " mama, ada monyet..." sambil menunjuk ke arah pokok mangga yang berada tidak jauh dari kami. Pokok mangga ni ditanam oleh abang iparku sendiri..dan dah berapa kali berbuah menurut kakakku...cuma time kitorang pergi, tak pernah lah pula nak berbuah...he he he.

Maka semua mata tertumpu ke arah pokok tersebut...

Kelihatan Kak Teh (Anak alang yang berumur 9 tahun) sedang berdiri memanjat pokok tersebut sambil tersengih lebar. Riuh rendah dibuatnya dengan gelak ketawa petang itu. Sarah, Sarah...nasib baik Mak Lang tak marah tau...tapi memang menurut Alang, kekadang tu sesat gak monyet kat atas pokok tu...

Babak 3

Lokasi : Rumah

Masa : Maghrib

Kelihatan seisi keluarga sedang berjemaah maghrib. Danish yang sedang menonton TV di suruh perlahankan suara TV...Shasha yang secara kebetulan agak terlewat, sempat berjemaah bila masuk rakaat yang ke 2. Usai memberi salam, Shasha turut memberi salam, lalu ditegur oleh ayahnya. "Shasha, next time, kalau lewat, lepas orang bagi salam, berdiri semula, habiskan lagi satu rakaat tuh..." Maka, Shasha pun terus berdiri untuk menghabiskan rakaat yang ke 3 tuh???? He he he

Tuesday, December 7, 2010

Salam buat semua,

Berkesempatan ke Seremban baru-baru ni, berkunjung ke rumah kakakku yang ketiga, Kak Lang di Taman orkid, Seremban. Sempat bermalam di sana. Anak-anak seronok kerana dah lama tak berjumpa dengan sepupu-sepupu mereka. Yalah, akhir sekali jumpa masa Raya hari tu. Pada sebelah malamnya sempat membawa anak-anak ke funfair yang terletak bersebelahan dengan Giant.

Aidil fitri yang lepas di rumah Alang. Alang yang bertudung hijau dan yg berkemeja gelap kat belakang tu adalah suaminya, Abang Nizam. Yang bertudung putih tu adindaku Nora manakala di sebelahnya anak sulung Alang yang berumur 16 tahun, Nadia.

Nadia di kanan sekali bersebelahan 2 orang mak saudaranya...dah lawan tokeh nampak...
Yang berbaju coklat kat belakang tu, Nazmi, anak ke 2 Alang yang berumur 15 tahun, merupakan kawan baik Danial..senang citer, dorang ni memang close sejak dari kecil lagi...serasi sungguh...

Nadia ni merupakan pembantu yang amat cekap kepada Alang dalam menguruskan rumahtangga...malah boleh dijadikan calon menantu yang amat sesuailah ....he he he

Shasha & Iman


Danial & Ami


terserempak pula dengan sepupu, Kak Lang, sempat bertanya khabar

Esoknya bersembang dengan Alang & Nora, tak habis-habis. Topik yang dibincangkan amat menarik, tentang kisah kitorang masa kecil-kecil dulu & tentang lelaki le, apa lagi. Membuatkan ku terfikir, manusia ni memang tak pernah puas...suka mengambil kesempatan. Jarang yang akan bersyukur dengan setiap anugerah yang Allah limpahi...sentiasa rasa tidak cukup...hmm...
Semoga kita dijauhi dari benda-benda camni..Amin!

Wednesday, November 24, 2010






Salam buat semua...

Cuti sekolah baru aje bermula..bermakna bermulalah episod buat ibubapa dengan ragam anak-anak di rumah. Biasalah diorang ni bila dah berkumpul reramai nie..macam-macam perangai, time baik tu baik sangat, yang tak tahan time bergaduh tuh..Rumah apatah lagi, kemas sekejap aje, dah bersepah semula..

Baru-baru ni, berkesempatan ke Tiara Beach resort di Port Dickson dengan Aida & family sempena cuti sekolah. Secara kebetulan Aida mempunyai kawan di TV3 yang menyewakan apartment 2 biliknya dengan harga yang amat berpatutan. Jadi ke situlah destinasi kami pada awal cuti sekolah yang lalu.

Plannya, pagi-pagi lagi nak bertolak, tapi beberapa hari sebelumnya, Shasha datang menghampiriku sambil berkata "Mama...kalau kita bertolak pergi PD tu pukul 1 tengahari boleh tak?" "Kenapa?" soalku. "Hari Sabtu ni kita kena gi sekolah, ada anugerah cemerlang..mama ngan Ayah pun cikgu suh datang.."tambahnya lagi." Kalau camtu, takpalah..." sahutku..Alhamdulillah..mana mungkin aku akan melepaskan salah satu hari pentingnya hanya kerana nak berjalan...biar betul..

Pagi Sabtu tu seawal 8 pagi, aku dah tiba di sekolah. Rupa-rupanya dah penuh kerusi yang disediakan di bawah khemah. Punyalah ramai orang hingga ada yang terpaksa berdiri. Danish yang menemaniku sibuk bertanyakan Kak Shashanya yang ditempatkan di tempat menunggu untuk murid-murid yang terlibat.

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengetua, Pengerusi PIBG dan dirasmikan oleh jemputan VIP. Selepas itu dimulai dengan penyerahan sijil & hadiah bagi murid yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR yang baru aje berlalu. Diikuti dengan penyerahan sijil bagi pra sekolah, Tahun 1, Tahun 2 dan seterusnya. hui...lama sungguh nak tunggu giliran Shasha yang berada d Tahun 4. Acara diselang-selikan dengan pertunjukan pentas seperti drama musikal, permainan kompang dan sebagainya. Paling membanggakanku, salah seorang tokoh yang terpilih telah mewakili permainan chess sehingga ke peringkat antarabangsa seperti di Cina, Vietnam dan sebagainya...

Pulang, sempat mengusik Shasha, " Tak teringin ke 2 tahun lagi Shasha pakai jubah & topi macam UPSR student tu?" Shasha cuma tersengih panjang. Mama doakan agar Shasha sentiasa berjaya di dunia dan akhirat, tapi kalau nak sesuatu tu usaha kena kuat sikitlah...




Balik, kitorang pun bertolak ke PD.

Tiara Beach Resort ni rupanya amat disukai kerana konsep waterparknya. Ala-ala Sunway Lagoon smalller version gitu....he he he.



Haikal & Dina

Sarah & Dina

Entah apa yang dibualkan dua beradik nie..

Lepas makan malam, ingat nak tengok movie yang disediakan..rupa-rupanya kitorang terlewat...dah habis

Seronok sungguh anak-anakku bila bertemu dengan sepupu2 mereka yang kecil & auntie favourite diorang tuh...mandi sampai semua dah gelap, especially Iman & Shasha..sampai bahagian belakang & muka diorang hingga kini terasa perit akibat terlalu lama mandi di tengah panas & tak memakai sun block terlebih dahulu..




p/s- gambar Shasha nantilah saya uploadkan..

Monday, November 8, 2010

Tahun 2010 hampir ke penghujung. Azam tahun baru? Masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan. 2011..dengan lebih tanggungjawab yang perlu dipikul dan digalas jika perancangan yang dibuat berjalan dengan lancar. Semoga Allah mempermudah serta melancarkan segala yang perlu kulalui.

Semoga Allah sentiasa memberi kesabaran pada kami untuk meneruskan kehidupan di bumi ini. Kesabaran dalam mendidik anak-anak supaya menjadi anak-anak yang soleh dan berjaya di dunia & akhirat. Adakala mungkin kita tersasar..kesilapan itu adalah atas kelemahan diri sendiri..semoga Allah memberi ketabahan, kesabaran yang tinggi buat kami demi merealisasikan impian & harapan yang murni ini.

Cerita anak-anak memang tak habis-habis...ragam, asam garam yang pelbagai. Hari ini lain, esok mungkin tak sama.

Sekarang tentu semua ibubapa sedang sibuk menyediakan segala alat kelengkapan sekolah buat anak-anak. Mana nak beli baju sekolah, sekolah agama, beg sekolah, kasut sekolah, buku tulis, stationery dan lain-lain lagi. Itu belum yuran, registration fee dan macam-macam lagilah. Itulah tanggungjawab dan pengorbanan yang perlu kita lakukan demi anak-anak yang tercinta. Semoga pengorbanan kita ini akan mereka ingat sampai bila-bila...bukan balasan yang kita minta, cuma ingatan, kesedaran pada mereka untuk lebih menghargai pengorbanan ibubapa dalam membesarkan anak-anak. Supaya mereka sedar akan tanggungjawab yang perlu pula mereka lakukan untuk diri mereka sendiri khasnya dan ibubapa amnya. Belajar sehingga ke peringkat tertinggi yang mampu..demi masa depan.


Mengimbas kembali zaman persekolahanku sendiri dahulu membuatkanku cukup terharu dengan pemgorbanan kedua ibubapa. Membesarkan nak-anak yang seramai 8 orang bukan suatu perkara yang mudah. Arwah emak adalah seorang surirumah sepenuh masa manakala arwah abah yang dulunya bekas british army di Singapore yang telah bersara pada usia 30 an. Dan melalui zaman kemelesetan yang melanda Malaysia ketika itu. Selepas berusaha mencari kerja sepulangnya dari Singapore akhirnya berpeluang bekerja di Telekom sebagai driver.

Gaya hidup sebelum itu yang agak mewah terpaksa di adjust dengan cara hidup yang baru. Alhamdulillah berkat didikan ibubapa, kami anak-anak ini sentiasa mensyukuri setiap apa yang ada...tidak pandai berkeluh-kesah. Berapa sangatlah gaji sebagai driver pada masa itu...kami yang semakin membesar...seingatku, setiap bulan seguni bekalan beras yang perlu disediakan. Subhanallah...

Masihku ingat lagi, masa tu abangku yang ke2 diterima masuk ke ITM di Shah Alam. Betapa gembira dan bangganya kedua orang tua tu. Secara kebetulan emak dikurniakan sedikit kelebihan, apa yang dibuat InsyaAllah menjadi..ayam-ayam yang diternak pada mulanya secara suka-suka saja membiak dengan begitu banyak sekali. Jadi kami yang masa tu masih kecil, begitu seronok membantu menangkap ayam beramai-ramai (betul-betul macam cerita Lat, Budak Kampung yang disiarkan di TV) untuk dijual pada Apek yang akan menimbang berat ayam-ayam ni dengan dacing yang dibawa. Bila dingat-ingatkan kembali, dengan jumlah ayam dan duit yang diterima pada masa tu memang tak berbaloi...tapi sekurang-kurangnya dapat menambah-nambah untuk menampung serba sedikit perbelanjaan abangku tu nanti...

Alhamdulillah, sekarang anak-anak tidak perlu melalui apa yang telah kami lalui..Semoga urusan Allahyarham & Allahyarhamah sentiasa dipermudahkan di sana & moga mereka ditempatkan di tempat orang yang beriman dan beramal soleh...Amin!!